Tuesday, June 26, 2012

Rindu punya pasal



(saya mencari gambar langit Ramadhan seperti yang saya selalu lihat setiap kali bulan Ramadhan tapi tak ada satu pun menyamai pemandangan tersebut)

I was never being so disheveled like this in my entire 3 years here in UKM.  Tapi satu hari saya sudah tidak peduli on how do I look, what I wear (tshirt ungu+tudung lepas+kasut crocs), no makeup on, no foundation, no moisturiser, no sunblock (in fact nothing on my face). I also don’t care bout my meal, my aching stomach, the heat in the room.  I just want to go home.  I want to finish all my task and go straight home.  And that’s all the thought that hovered me dis past few days.  Seperti biasa, tiket tak beli lagi but glad that the ticket counter was opened until the train departed.  It was not a smooth day anyway.  I’ve to settle everything before going home and everything was a mad rush.  Saya pun sudah tak pedulikan mata-mata yang memandang sebab saya tahu bukan mereka pandang sebab saya attractive pun.  Mungkin nampak kasihan~ Pak cik teksi yang turunkan saya bila meletakkan bayaran rm8 tapi saya beri rm6 (memandangkan itulah standard sebenar bayaran untuk student), bila saya cakap nak rm8 ke? Terus dia cakap,

“Tak pe, pak cik faham, student kan. Pak cik pun ada anak yang belajar juga.  Bagi jer berapa pun.” Saya dengan malu alah meminta maaf sebab boleh tanya pula pak cik nak rm8 (tapi saya memang merasakan itu hak saya sebagai pengguna)

Kemudian sewaktu hendak membeli tiket, pegawai KTM berusaha memecahkan rm10 saya (tiket TouchnGo tiba-tiba tak boleh diproses pula), bila selongkar ada rm3 dalam poket tapi tak ada 30 sen pula.  Dengan baik hati pak cik tu sumbang 30 sen (“Tak pa, pak cik sedekah,”)… Dalam hati saya; “Selekeh sangat ka aku ni sampai semua orang kesian nih~”  Mungkin pembaca boleh nilai sendiri.  Tapi saya sudah tidak memikirkannya lagi.

Sangat kalut dan sangat hectic.  Ingatkan dah boleh settle down  bila duduk di tempat duduk dalam koc- sengaja saya minta tempat duduk yang tidak ada orang di sebelah (dan pegawai tu pun bagi sebab kasihan jugak kot~ diberinya saya tempat duduk di hujung sekali yang ada ruang luas untuk letak beg dan meja).  Tetapi tidak semudah itu.  Ada pula dua mamat kat belakang yang bersembang rabung sambil maki-maki… sakit telinga jadinya.  Saya ingatkan orang lelaki ni memang kurang bercakap, tapi ada juga yang cakap banyak.  

Sekali sedang cuba drifted into the dreamland, tiba-tiba kereta api power off dan kami tersadai in the middle of nowhere dalam kegelapan.  The entire coach bergelap untuk selama lebih kurang sejam lebih.  Tapi saya sudah tidak peduli dan cuba kembali tidur.  Yang pasti saya nak balik rumah.  Dalam cuba nak tidur-tidur, terdengarlah pak cik-pak cik tengah bersembang dan ada pula yang tidak bertimbang rasa merokok dalam keadaan koc panas sebab power off.  Apabila generator yang rosak sudah diganti, kereta api kembali berjalan seperti biasa dan saya tiba di stesen kereta api jam 7.30 pagi.  Semakin menghampiri rumah.  Tunggu punya tunggu kelibat adik yang datang mengambil tak kunjung tiba.  Telefon mak, mak cakap dalam perjalanan.  Setelah lebih kurang setengah jam menunggu, saya telefon adik.  Sekali dia cakap dia dekat dalam tempat menunggu.  Saya pula berada di luar waktu tu.  Dan kami menunggu selama setengah jam.  Saya pun tak tahu kepeningan apakah yang telah merasuk diri, dan saya memang kehabisan tenaga setelah dari semalam dipenuhi dengan cubaan-cubaan dan halangan hanya untuk pastikan saya bisa pulang ke pangkuan keluarga… Tapi rindu punya pasal, saya sudah tidak peduli dengan keadaan diri dan sanggup lalui apa sahaja asalkan saya dapat pulang dan lepaskan rindu.

***

Hari ini saya berada di sinki dapur dengan mak, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup masuk melalui tingkap dapur dengan sawah padi yang hijau terbentang.  Sungguh tenang.  Tiba-tiba mak bersuara sambil melihat saya;

“Cepat kan masa berlalu…baru hari tu dok rindu-rindu, la ni dah ada depan mata,”

Sebulan saya tak balik rumah terasa lama bagi mak.  Saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sebab setuju dengan kenyataan tersebut.  Hilang segala keserabutan yang dilalui semalam.  Bagai tak terasa.

***

Saya termuhasabah sebentar, kalau begini kerinduan kita malah lebih dari ini kepada Illahi, alangkah indahnya (bilakan hadir perasaan tersebut?).  Sebab itu jangan pelik jika ada orang yang sanggup membuang dunia dan berada di tikar sejadah semata-mata.  Sanggup selekeh, tak makan, merempat di masjid-masjid semata-mata kerana kerinduan mereka kepada Allah (dengan alasan kesenangan itu semua dunia semata).  Walaupun insan-insan lain memandang hina, melihat cara mereka tidak kena, namun bila dilanda perasaan rindu, mereka pun ‘sudah tidak peduli’.  Apa sahaja dilakukan agar dapat bertemu dengan kerinduan mereka.  Ada yang menyahut seruan jihad, tinggal anak bini, bom diri sendiri, berkurung di dalam masjid, tak nak berkahwin dan sebagainya.  Apa sahaja yang Allah perintah, semua mereka cuba buat dalam rangka kefahaman dan pendidikan mereka.  Semua ini sebab rindu punya pasal…

Dan seharusnya kita pun begitu namun dalam rangka ilmu yang benar…

Agar setelah melalui segala cubaan-cubaan dan penat lelah serta kesusahan di dunia, mereka akan mampu tiba ke destinasi iaitu syurga. 

“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam kesibukan menikmati kesenangan; Mereka dan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.  Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki.  SALAM SEJAHTERA, ucapan dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yasiin: 55-58)

Tetapi bukan syurga matlamatnya, tetapi pertemuan dengan Allah.  Samalah bukan rumah matlamatnya, namun di dalam rumah itu ada mak dan abah. Menerima kata-kata selamat dari seorang mak pun dah mampu buat kita tersenyum dan bahagia (merasa berbaloi segala ujian dan kesukaran dilalui), inikan pula Allah, Pemilik kita… alangkah kerdilnya diri untuk membina angan-angan sebegini..

Oleh itu, mari kita bina kerinduan kepada Allah dengan beramal sebaiknya di bulan Ramadhan ini.. moga rindu kita rindu yang benar…

Tuesday, June 19, 2012

Mesej dari Mesir




Sakinah Sobri                                                                                                        
insyaAllah,,, nti fokus tau,,, kat kwsn rumah ana ni skrg macam pesta. jalan semua tutup. org syiah sambut hari jadi sayyidah zainab (bukan anak nabi, tapi depa cakap sayyidah zainab ni anak sayyidina ali. wA, ana pun xpasti)

tp dasat sgt, mmg xblh study. nasib baik mlm ni last,, menyanyi, menari,,,

byk jugak hikmah depa berkampung kat sini, sblm pilihan raya lagi. & depa semua ni org syiah yg dtg dr jauh & ana yakin depa x pi pun pilihan raya kat tempat depa sbb dah ada kat sini lama dah. sbb kalau depa pi pilihan raya pun, depa akan sokong ahmad syafiq..

& org kat sini semua yakin bila dr mursy naik nnt, iA xkan ada mcm ni lagi. sgt dasaaaaat..

benda2 cnmni baru start jadi tahun lepas. taun lepas mubarak baru jatuh, so xdak polis nak kawal. tahun ni pun, mesir x stabil lg, & xdak pun polis nak tgk2. harap2 lepas mursy naik nnt, semua ok..

tp kisah dr mursy byk sgt.. biasala, org kafir & munafik xkan senang2 ja benarkn org beriman utk menang. 3la kulli hal, yakin & doakan utk mesir.

ok la ayu. sekadar perkembangan ana dr sini.. nnt ana call nti eh. jg diri baik2

do ur best tau. Rabbuna yunajjahna, iA 


Kadang-kadang apabila ada insan yang menyayangi kita, yang sudi berdamping dengan kita, yang sentiasa ingat kepada kita, yang lebih banyak memberi berbanding kita, tidak pernah jemu melayan kita, kita macam nak beritahu satu dunia bahawa bertuahnya aku memiliki insan sebaik ini.  Betapa pemurahnya Allah s.w.t mengurniakan insan yang sentiasa menasihati kita, membimbing kita, ambil berat dan sebagainya.

Tidak ada ketenangan yang lebih tenang selain kita yakin kasihnya takkan berubah kerana setiap kali juga dia cuba yakinkan kita bahawa cinta dan kasihnya kepada kita adalah kerana Allah.  Sesungguhnya Allah s.w.t kasih kepada dua insan yang berkasih hanya kerana-Nya.  Walaupun orang lain mampu memberi lebih dari apa yang kita beri kepadanya, mampu berada di sisinya sedangkan kita sangat jauh darinya, namun kita tak pernah gusar kerana kita tahu hati dia sentiasa ada untuk kita.  Semoga usiamu diberkati Allah s.w.t Kin... dan ketahuilah kasih Allah s.w.t yang menyatukan kita...Selamat hari lahir sahabat...

p/s: selalu rasa terharu sebab memiliki sahabat yang sangat baik kerana menyedari saya bukanlah insan selayaknya menerima segala kebaikan-kebaikan ini...

Monday, June 18, 2012

Obsesi Part I




Ketika kita sedang bergelut dengan kertas-kertas peperiksaan, ada insan-insan di luar sana yang sedang bergelut dengan nyawa.  Apakan daya, hanya doa yang mampu dipanjatkan agar kalau bukan milik mereka kebahagiaan di dunia, moga kebahagiaan menanti mereka di syurga.

Sebelum itu, menyentuh sedikit mengenai pilihan raya di Mesir, saya pernah membuat bacaan bahawa kemenangan yang akan dicapai oleh calon dari Ikhwanul Muslimin, Doktor Mohammed Morsi tidak akan diterima dengan mudah oleh pihak tentera yang memegang kekuasaan di Mesir untuk sementara waktu.  Keputusan rasmi hanya akan diumumkan sebelum atau pada 21 Jun ini.  Bacaan ini dibuat berdasarkan sejarah pertukaran rejim di Turki semasa era Erbakan.  Kemenangan pertama Erbakan telah disambut dengan rampasan kuasa @ kudeta oleh pihak tentera hanya beberapa bulan selepas Erbakan memegang tampuk kekuasaan.  Tidak mustahil perkara ini terjadi di Mesir pula.  Tetapi manusia merancang, Allah merancang, dan sebaik-baik perancang ialah Allah.  Oleh itu, bacaan saya merupakan hasil dari pemikiran seorang manusia yang tidak menjangkau lebih dari apa yang dinilai melalui mata dan akal.  Namun, keadaan semasa membuktikan bacaan saya berasas dan seharusnya kita perbanyakkan doa moga yang terbaik buat masa hadapan Mesir.  Di bawah ini antara langkah-langkah awal yang diambil pihak tentera yang tidak senang melihat dominasi Islam di dalam institusi pemerintahan Mesir.

“ The ruling generals had stunned Egyptians on the eve of the vote by dissolving the Brotherhood-dominated Parliament and claiming all legislative power for themselves in an apparent attempt to foreclose the possibility that Islamists could control both the presidency and the legislature.

Although they acted under the veneer of a court ruling rushed out last week by a panel of Mubarak-appointed judges, the power grab erased their promise to turn over all power to elected civilians by the end of this month, and liberals and Islamists denounced the move as a military coup.

…Despite their seizure of Parliament, they promised a grand celebration at the end of the month to mark their formal handover to the new president.
-The New York Times-

“ The process was overshadowed by the amended constitutional declaration issued by the ruling Supreme Council of the Armed Forces late Sunday, which replaces an original document issued in March 2011 after Egypt's uprising.
The document grants SCAF legislative powers, after a top court on Thursday ordered the elected parliament dissolved, and gives it veto power over the text of a new permanent constitution.
It keeps SCAF head Field Marshal Hussein Tantawi on as minister of defence for now, and says a new parliamentary vote will come only after a permanent constitution is drafted.
The Muslim Brotherhood immediately denounced the declaration, calling it "null and unconstitutional."
…It also grants SCAF a veto right over any article of a draft constitution it considers "contrary to the supreme interests of the country.
-Hindustan Times-

Brotherhood, SCAF on collision course

Cairo: Relations between Egypt’s military rulers and Islamists have headed for further tensions after the army limited the powers of the new elected president, expected to be from the powerful Muslim Brotherhood, days after an Islamist-controlled parliament was dissolved.
The military generals who took over after Hosni Mubarak was toppled more than a year ago have retaken legislative control after Egypt’s highest court on Thursday invalidated the lower house of the parliament, robbing the powerful Muslim Brotherhood and ultra-conservative Salafists of massive gains they made in elections held late last year.
The dissolution was condemned by the Brotherhood as a “coup against democracy”.
In an amended constitutional declaration disclosed on Sunday night, the ruling Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) said it would be in charge of all matters related to the army.
 -gulfnews.com-

Apa yang dapat dirumuskan, tindakan pihak tentera yang membubar parlimen dan mengawal sepenuhnya kuasa legislatif adalah dibuat atas rasa bimbang dengan penguasaan sebahagian besar ahli parlimen yang terdiri daripada ahli Ikhwanul Muslimin.  Pengambilalihan oleh pihak tentera ini telah memberi kuasa veto kepada mereka ke atas setiap artikel yang akan didraf dalam perlembagaan yang akan digubal selepas parlimen dibentuk.  Semestinya mereka mempunyai kuasa menolak penggubalan perlembagaan yang pada pendapat mereka bertentangan dengan "kehendak dan kepentingan" negara.  Hal ini tidak pelik kerana pada masa semua lapisan masyarakat mengimpikan sebuah negara yang ditadbir oleh mereka yang cintakan Islam dan mahukan Islam di bumi Anbiya tersebut, ada juga pihak yang tidak senang dengan kebangkitan Islam kerana bimbang kepentingan mereka akan terancam.  Wallahualam…

Friday, June 15, 2012

Menangis aka berdikari


Apabila lahir seorang bayi di dunia, kita akan dengar tangisannya.  Kalau dia tak menangis, doktor akan buatkan dia menangis.  Rasional?

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, bayi yang dilahirkan akan segera menangis sebaik saja dilahirkan kerana fungsi paru-paru mereka mula berfungsi.  Sebelum ini, bekalan oksigen didapati dari darah ibu mereka melalui uri (placenta).  Setelah dilahirkan, mereka perlu menangis untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.

Kegagalan bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi akan mengalami kerosakan.

Itu penjelasan dari sudut saintifik.  Tapi keyword yang saya nak huraikan ialah “berdikari”.  Setelah bernafas dengan bantuan ibu, akhirnya dia terpaksa bernafas sendiri.  Itu bermaksud apabila dia keluar dari perut ibunya ke dunia ini, dia perlu berdikari.  Dan in order untuk berdikari, dia harus menangis.  Kenapa bukan ketawa? Kenapa bukan sendawa?  Maka, saya menyimpulkan bahawa proses berdikari itu akan bermula dengan menangis.  Setiap kali kita perlu menghadapi dunia baru, sesuatu yang asing bagi kita, kita akan menangis.

Oleh itu, ia menjadi sesuatu yang alamiah seseorang menangis apabila memasuki dunia baru yang menandakan dia harus lebih berdikari.

PASTI/tadika- dunia kindergarten.  Seingat saya, saya tak menangis waktu ni.  Mungkin sebab ada kawan sekampung yang bersekolah sekali.  Tapi rata-rata kawan saya menangis.  Ada yang harus diteman ke tandas, dipujuk, diteman oleh mak yang melihat dari luar.  Semua ini proses berdikari.  Proses memasuki dunia pendidikan di sekolah daripada sebelum ini di rumah dengan mak.  Ada yang tak mampu berdikari walaupun sudah menangis berhari-hari menyebabkan ada antara kawan saya yang berhenti dari pergi ke PASTI.  Tak bersedia menempuh dunia baru.  Saya masuk masa umur 6 tahun, tetapi ada kawan-kawan yang masuk semasa umur 5 tahun.  Awalnya mereka berdikari.  Bila saya tanya mak kenapa saya tak dimasukkan masa umur 5 tahun, mak saya jawab sebab Ayu pandai sangat, jadi buat apa pergi sekolah awal-awal? =_=  Tak ada kaitan pun...  Sebenarnya, mereka memerlukan persediaan seperti sudah boleh membaca, mengaji dan mengira semasa di rumah.  Persediaan ini perlu sebab saya lihat kanak-kanak yang tidak ada persediaan inilah yang rata-ratanya menangis lebih kuat berbanding yang sudah bersedia.  Sebabnya dia terpaksa berdikari lebih berbanding yang sudah bersedia- dia jadi rendah diri, malu, tak yakin.  Jadi peranan ibu bapa sangat penting dalam menyediakan anak-anaknya untuk menghadapi dunia baru ini.

Darjah Satu- hari pertama saya lihat ramai juga budak-budak yang menangis.  Tapi saya pula sibuk mencari-cari kawan baru.  Saya memilih yang paling comel di antara mereka yang beratur dengan ibu bapa.  Namanya Mimi.  Sayang dia tidak bertudung.  Yer lah, lepasan KEMAS.  Tak per, ini mad’u yang berpotensi. J Jauh pemikiran saya..:P  Dia telah menjadi sahabat saya mengharungi suka duka semasa darjah 1 sehingga darjah 3.  Saya kalau dah bersahabat, sampai mak dia dah jadi macam mak saya dan rumahnya jadi rumah saya, begitulah sebaliknya.  Tambahan pula, mak dia dulu sekampung dengan mak saya.  Masa awal berkenalan, Mimi ni nampak pendiam dan macam nak menangis pun ada.  Tapi dia tak sempat nak menangis sebab saya sibuk nak bersembang dengan dia.  Saya memasuki dunia baru dengan cikgu yang sangat garang (rupa-rupanya mak saudara Mimi) tapi cikgu ini telah berjasa besar lebih dari sekadar memberi ilmu.  Hanya Allah yang mampu membalasnya.  Dengan hanya satu tindakan dia, dia bukan sahaja menyelamatkan saya pada waktu itu sahaja, tetapi sehingga sekarang dan mungkin sampai bila-bila. InsyaAllah.  Saham itu akan berterusan kepadanya.  Jadi, Malaysia sangat-sangat memerlukan guru-guru yang ditarbiyah dengan ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkan akhlak Islamiah.  Ini semua produk Jemaah.  Berbalik kepada Mimi, dia meninggalkan saya semasa darjah 3 tetapi dengan satu perubahan iaitu bertudung walaupun maknya tidak bertudung.  Akhir sekali berita tentang dia, saya dengar dia kahwin awal dan sekarang sudah ada anak.  Saya pula masih berada di UKM dan sedang bertungkus lumus dengan tesis serta final exam.  Tak baik membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, tapi inilah cabarannya apabila ilmu menjadi prioriti.  Orang kampung cakap, orang lain dah sibuk kelek anak, dia sibuk kelek buku lagi.  Sabar mak cik, saya tahu mak cik kecewa sebab saya tak pilih anak mak cik…:))

Tingkatan satu- Inilah dunia baru bagi saya dengan persekitaran yang berbeza dan tentunya kawan-kawan yang berbeza dari seluruh pelusuk Malaysia.  Kalau dahulu di sekolah rendah masih boleh balik rumah hari-hari, sekarang perlu berdikari di asrama.  Alhasilnya saya menangis.  Waktu orientasi para pelajar tak sempat pun nak telefon mak ayah.  Dengan akak-akak yang garang terutama Ketua Aspuri, nak pergi ke ganggang telefon pun tak berani.  Maka bermulalah adegan buli-membuli.  Sudah la hidup berdikari, dibuli lagi.  Saya ingat lagi, sewaktu mak selesai sahaja kemaskan barang saya ke dalam locker saya terus menangis teresak-esak sambil peluk mak.  Jangan lupa apa yang saya sebut tadi- berdikari=menangis (jadi saya sedang berdikari~).  Sekali kak Masyitah datang, mak saya pun cakap;

“Jaga anak mak cik elok-elok”.

“Baiklah mak cik, biasalah tu.” Sambil tersenyum.

Saya ingat senyuman itu akan berpanjangan dan baiklah itu tandanya layanan pun akan baik.  Rupa-rupanya mak saya titipkan pesan itu kepada Ketua Aspuri yang akan mengetuai pula orientasi Tingkatan Satu.  Selamat malam tu saya kena sindir habis-habisan dan saya kira itulah pertama kali saya ditamrinkan.  Tapi akhlak kak Masyitah ini bagus menyebabkan walau garang macam singa (kawan-kawan memanggilnya cheetah (singkatan bagi Masyitah) dan dia selalu memakai tudung corak bulu cheetah semasa berada di asrama- dia juga ada gigi siung ok..) dia tetap dihormati.  Mengikut guideline orientasi yang terpaksa serius, jadi dia hanya serius di hadapan kami.  Waktu saya patahkan barang amanah (biskut mayat), saya dengan lurus bendulnya melaporkan kepada dia seusai solat zohor berjemaah.  Jawapannya;

“Tak pa, nanti kita ganti yang lain.” Lembut sahaja respon dia.

Dalam hati saya lega bukan kepalang.  Tapi ku sangka panas hingga ke petang… semasa berhimpun tu memang kena makilah sapa yang patahkan barang amanah dan kena panggil ke depan.  Itulah kak Masyitah.  Kecut perut sampai sekarang kalau jumpa dia.  Peliknya saya boleh terima semua ini apabila insan-insan yang mentarbiyah merupakan orang yang memang terkehadapan dalam membuat perkara-perkara kebaikan, bukan berpura-pura.  Orientasi diasingkan antara lelaki dan perempuan, kalau bermesyuarat dengan pimpinan muslimin menggunakan tabir (zaman terakhir perkara tersebut berlaku di Irshad), mereka terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik.

Saya ingat lagi, selepas sahaja orientasi, saya terus telefon ke rumah sebab rindu.  Dengar sahaja suara abah, terus menangis teresak-esak.  Tapi saya nak mak waktu itu, tapi disebabkan abah yang angkat saya malu nak cakap saya rindu kat rumah.  Jadi bila abah tanya;

“Laaa…kenapa teriak ni?”
 
“Ayu tak tau nak basuh baju macam mana…” Itulah jawapan yang saya terfikir waktu itu bagi melindungi rasa malu sebab menangis depan abah.  Basuh baju?  Tolonglah…budak kecik pun pandai.  Tapi abah dengan coolnya memberi panduan membasuh baju kepada saya.  Kesian anak gadisku tak pandai basuh baju, apalah yang mak dia ajar kat rumah ni~

Tingkatan enam- pun menangis kena berdikari.  Orang lain pergi oversea, matrik dan universiti, dia masuk tingkatan enam.  I felt like I have been left out.  Tapi tahankan juga hati selama setahun setengah.  Sudahlah kena berhadapan dengan orientasi lagi, tapi kali ini oleh orang-orang yang memang tak boleh buat contoh.  Maaf cakap.  Tak salahkan mereka, mereka bukan dalam kalangan insan-insan yang ditarbiyah secukupnya.  Mereka hanya pelajar sekolah harian yang rekod kehadiran ke sekolah bermasalah tetapi masih memiliki semangat dan impian untuk meneruskan pelajaran.  Bila dah lain dari yang lain, saya memang telah ditarget.  Kecoh sekolah ada pelajar Al-Irshad masuk tingkatan enam sekolah harian lepas tu buat kepala tak nak ikut orientasi.  Fikiran saya waktu itu, perangai macam budak-budak depa ni.  Motivasi saya pada waktu itu, ini hanya sekadar tempat persinggahan.  Nasib baik ada juga kawan Irshad yang temankan saya di Tingkatan 6 buat sementara waktu sebelum mendapat panggilan menyambung Law di UiTM.  Sekarang dia dah grad dan memang sangat hebat pencapaian dalam bidang undang-undang, pernah pergi ke Afrika dan India buat study case.  Bertuahnya saya memiliki sahabat-sahabat yang hebat.  Alhamdulillah… Tapi, as time goes by, saya belajar memahami mereka rakan-rakan yang tidak sefikrah dan mereka belajar memahami saya.  Barulah saya kenal siapa Hajar (saya pernah sentuh mengenai tabiatnya suka membaca novel cinta) yang sebenarnya.  Bukan kak Hajar senior saya, tetapi Hajar yang sewaktu di Sekolah Arab saya selalu buli dia.  Saya pernah cubit dia sekuat hati sebab dia kata tak sakit dan tuangkan otak udang banyak-banyak dalam kuah laksanya sebab dia kata otak udang itu sedap (saya tak suka udang apatah lagi otaknya).  Tapi dia tetap menghabiskan kuah laksa tersebut dan kata sedap.  Geram saya sebab dia tak nak surrender.  Itu zaman jahiliah sayalah.  Tapi saya telah diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengannya dan meminta maaf (kalau saya tak masuk tingkatan enam, saya takkan berjumpa dengan insan-insan yang pernah saya buli semasa sekolah rendah T_T).  Sekarang kami jadi sahabat baik.  Bila saya cerita kekejaman saya ni kat mak semasa Hajar berkunjung, mak saya tak percaya anaknya ini pernah menganiaya orang (depan mak pijak semut tak mati).

Universiti- sekali lagi sudahlah kena berdikari, dibuli lagi.  Dunia baru selalu penuh dengan tribulasi.  Tapi saya dah buat persediaan bercampur dengan manusia yang banyak ragam sewaktu di Tingkatan Enam, jadi tidak ada istilah culture shock yang konon terjadi kat budak-budak yang konon dulunya warak…stereotaip.  

Alam pekerjaan- inilah dunia baru yang bakal ditempuhi oleh mereka yang bakal bergraduasi tahun ini.  Master? Kerja? Kerajaan? Swasta? Menganggur?  Tapi saya tak bersedia untuk itu, tapi saya bersedia untuk menangis sebab kena lebih berdikari selepas ini….

Wednesday, June 13, 2012

13 Jun

Tiba-tiba rasa sebak bila menulis bahagian Penghargaan bagi Latihan Ilmiah.
sedangkan abstrak, isi kandungan dan penutup masih belum siap lagi...
3 tahun

Latihan Ilmiah.


Jilid.


Konvo.

:
:
:
:
v

Perjalanan masih panjang..yet it feels short once you know your aim.

Sunday, June 10, 2012

Bengkok



Bagai bengkok Tulang rusuk. Ya. Aku tahu. Tahu sekali. Penaku tempang. Kudung. Cacat. Dan, aku juga tahu. Langsung tak cantik. Dan, kau. Mata-mata yang melihat, Hati-hati yang merasa, Aku tunggu. Untuk diluruskan.
ya Allah,bantu aku jadi solehah, walaupun aku hanyalah.. seorang umairah nurhidayu. amin. :)

p/s: maaf umairah copy+paste dr blog awak (sini).  Sometimes I juz don't know how to say it..


Saturday, June 9, 2012

The Brotherhood of War


Before I go to sleep, there is something I would like to share with all of you.  

Dalam proses penyelesaian tesis ini, banyak perkara yang saya temui berkaitan tajuk tesis "Kedudukan Amerika Syarikat sebagai Kuasa Ekonomi Kapitalis Dunia selepas Perang Dingin".

Filem di atas merupakan adaptasi dari Perang Korea yang merupakan perang saudara antara Korea Utara dan Korea Selatan.  Punca perang?  Berlainan ideologi.  Ideologi apa? Ideologi komunis dan ideologi demokrasi.  Dari mana datang ideologi? Komunis dari Soviet Union, Demokrasi dari Amerika.  Saya menyempatkan diri untuk menonton dan serius cerita ini memang mengundang air mata.  

Perang Korea ini samalah seperti mana Perang Vietnam, pemisahan Jerman Utara dan Jerman Barat, penyembelihan manusia oleh Rejim Pol-Pot... konflik yang terjadi adalah sesama saudara hanya untuk memuaskan pihak sebenar yang berkonflik iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat.  Kalau kita fikir logiklah, kalau A bergaduh dengan B, kenapa A tak berperang dengan B? Kenapa C1 berperang dengan C2 pula???  Kenapa dipanggil Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union?  Sebab tak pernah pun berlaku pertembungan antara keduanya, tetapi yang terlibat adalah negara-negara kecil yang diperbodoh-bodohkan.  Tindakan Amerika Syarikat yang takut ideologi komunis tersebar telah membawa rakyat Korea ke kancah peperangan.  Sehinggalah sekarang peperangan itu tidak tamat macam api dalam sekam...

Kalau kononnya peperangan tersebut melibatkan antara ideologi yang tiada agama (komunis) dengan ideologi agama (iaitu yang berada di pihak demokrasi tak kisah sama ada Buddha atau Kristian) ianya tak benar sama sekali.  Kedua-dua ideologi tak ada agama sebenarnya.  Demokrasi itu membawa sekular juga.  Tapi kita dah ditipu dengan ayat "kalau awak tak bersama saya, awak bersama mereka" yang telah menyebabkan peperangan saudara boleh berlaku.

Dan tanpa kita sedari atau butai, peperangan sebegini telah dibawa ke dunia Islam pula.  Slogan "kalau awak tak bersama saya, awak bersama mereka" telah dibawa untuk memerangi keganasan. Peperangan yang dicipta sekarang adalah antara terorisme vs demokrasi.  Kita dipaksa memilih untuk berada di pihak mana?  Hakikatnya, kenapa kita perlu mengikut permainan yang dicipta oleh mereka?  Kenapa perlu berada dalam gelanggang mereka?  Kita ada agama kita yang merupakan ideologi kita, buat apa kita nak mengikut demokrasi atau keganasan.  We are neither.  Islam bersatu dalam perbezaan, bukan berperang dengan perbezaan.  Kita masih seakidah.

Tanpa kita sedari, Islam juga sedang diheret ke kancah perang saudara.  We are fighting each other for what? Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Mesir, Syria.  We are being dragged to war just to satisfy them, the AS.  Kenapa ada pemimpin yang sanggup menembak rakyat sendiri dan consider them as a terrorist?  Mereka itu saudara awak kot...  Kenapa Arab Saudi boleh lihat sahaja saudara mereka di Palestin disembelih?  Bukankah mereka itu saudara awak juga...?


Disebabkan ideologi bodoh manusia ni, saudara terpaksa berperang antara satu sama lain.  Mereka sendiri tidak tahu mereka perang untuk apa.  Inilah peperangan yang saya lihat kalau mati, mati dengan sia-sia.  Sekejap boleh jadi komunis, sekejap boleh jadi demokrasi.  Dan sekarang tiba-tiba pula ada pengganas dan kali ini Amerika Syarikat take over peperangan ini.  Mengetuai negara-negara pak turut ini untuk mencari rakyatnya sendiri untuk disembelih.

Sebab apa jadi begini?  Sifirnya samalah seperti yang berlaku di Malaysia zaman sultan dahulu.  Sifir ini digunakan di sepanjang sejarah  wujudnya penjajah.  Konflik sebenarnya merupakan jalan pintas untuk kuasa besar menakluk dan campur tangan dalam urusan sesebuah negara.  Kalau tak ada konflik?  CIPTA KONFLIK.  Bila dah campur tangan, letak residen.  Sekarang, bila dah campur tangan, letak kerajaan boneka dan kaut hasil negara dan kuasai dunia.  

Kadang-kadang nak mengamuk dalam tesis, nak merungkai kebodohan-kebodohan manusia, tetapi tak cukup kefahaman lagi nak berbuat demikian dan semestinya tak boleh.  Inilah tesis yang disiapkan dengan emosi bercampur baur.

Semoga Allah s.w.t mengurniakan hidayah buat pemimpin-pemimpin kita untuk kembali kepada Islam dan bersatu melawan kafir laknatullah... Telah jelas perkara yang benar dan perkara yang dusta, tetapi sedikit sangat manusia yang mahu berfikir...

Friday, June 8, 2012

Jiwa kanak-kanak



Kalau tidak keberatan, saya nak cadangkan kepada pembaca untuk menonton filem Spongebob Squarepants The Movie.

Sebab?

Sebab filem tu lawak sangat dan seingat saya sudah lama saya tak ketawa sungguh-sungguh seperti itu sehingga lenguh-lenguh rahang mulut (sebab menahan ketawa, tak sopan kot ketawa kuat-kuat).  Sehingga sewaktu menaip ini pun saya senyum sendirian.

Ok, alasan di atas memang sungguh tak dewasa dan tak berunsur membina.

Sebab sebenar ialah falsafah di sebalik cerita tersebut.  Saya malas nak hurai panjang-panjang seperti sebelum ini, cuma keyword yang saya nak sentuh ialah ‘hati kanak-kanak’.  Pengajaran yang saya peroleh:

1)      Hati kanak-kanak bebas dari segala prasangka
2)      Minda kanak-kanak belum terdoktrin dengan segala doktrin dalam dunia ni
3)      Kanak-kanak sedih/berkecil hati hanya sekejap
4)      Semangat ingin tahu yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran

Saya ambil tentang doktrin.  Kita tahu kanak-kanak masa kecil tidak tahu apa yang betul apa yang salah.  Siapa yang bagitahu dia ini salah dan ini betul?  Yes, ibu bapa.

Pernah tak dengar mak cakap kat anak;

“Haa, tak dengar cakap mak nanti polis tangkap.”   (Sedangkan sepatutnya rasa selamat apabila ada polis, ni buat anak takut dengan polis, tapi sekarang memanglah polis pula yang jahat).

“Haa, pi la situ, nanti jebon ambil.” (sedangkan sampai sekarang saya tak tahu jebon ni sejenis manusia atau binatang~)

 Lama-lama dogma yang dibawakan tersemat dalam otak kanak-kanak dan membina pemikirannya.  Kalau dogma dan doktrin itu sesuatu yang baik seperti;

“Tak baik bohong, nanti Allah marah.” (kerana ini adalah kebenaran)

“Makan sayur nanti badan jadi sihat boleh la kita pi shopping.” (shopping? Owh, itu untuk saya)

Doktrinisasi ini kalau tidak kena tempatnya akan mengehadkan kebolehan anak-anak.  Menyekat imaginasi dan kreativiti mereka.  Okey, entri ini bukanlah nak bagitahu cara nak didik anak-anak, tapi nak bawa kita berfikir doktrin yang selama ini menghantui fikiran kita dan menyekat keupayaan sebenar kita.

Dalam cerita Spongebob ini, sewaktu mereka (Spongebob dan Patrick) nak masuk ke Shell City untuk mendapatkan kembali mahkota raja, semua orang terkejut dan tak percaya mereka ini mampu survive di sana.  Tapi disebabkan mereka ini tak pernah tahu pun apa ada dalam Shell City dan bahaya yang menanti, they didn’t expect anything and just keep going.  Sewaktu dua orang pak cik yang jaga sempadan memberi amaran kepada mereka,

“You wouldn’t last for 10 seconds in there,”.

Tapi mereka tetap melintas sempadan tersebut dengan kereta Krabby Patty.  Tiba-tiba datang satu raksasa dan rampas kereta mereka.  Mereka tergamam dan hanya mampu melihat.  Saya assume mereka akan patah balik dan takut.  Tapi mereka tengok kepada dua orang pak cik dan terpacul dari mulut Spongebob;

“How many seconds?”

“Twelve,” Jawab pak cik tu.

“In your face, hahaha…”  Spongebob dan Patrick ketawakan pak cik tersebut sebab sangkaan pak cik tersebut yang mereka tidak akan selamat dalam 10 saat telah meleset sebab mereka masih selamat walaupun dah 12 saat.

Pak cik tersebut berpandangan antara satu sama lain kerana pelik dengan mereka berdua ni.  Sebabnya apabila pak cik tu maksudkan 10 saat, itu adalah analogi bahawa mereka tidak akan bertahan lama.  Tapi Spongebob menerima kata-kata itu sebagai 10 saat yang betul.  Dapat tangkap tak bagaimana minda kanak-kanak berfungsi?  Sebabnya mereka tak pernah didoktrin sebelum ini dan ditakut-takutkan bahawa Shell City itu tempat yang sangat bahaya dan kalau masuk memang tak selamatlah.  Jadi, mereka teruskan perjalanan dan akhirnya berjaya hadapi semua raksasa tersebut sebab minda mereka yang bebas dan tidak takut kepada bayang-bayang.  Kalau orang dewasa yang masuk Shell City memang takkan selamat.  Sebab?  Sebab otak orang dewasa penuh dengan sangkaan dan pemikiran yang telah dibentuk sejak dari kecil lagi.


“Jangan pergi demo nanti JPA kena tarik,”

“Jangan nyanyi sewaktu di dapur, nanti dapat suami tua,”

“Tempat gelap banyak hantu,”

Dan macam-macam lagi.  Sebab itulah saya tak suka tengok cerita hantu.  Dalam cerita tersebut, pelbagai gambaran hantu direka untuk ditonton.  Apabila saya duduk sorang, saya akan terbayang kembali gambaran tersebut, tetapi kalau saya tak pernah tengok langsung cerita tersebut, adakah saya dapat gambarkan?  Mestilah tak, sebab tak pernah tengok.  Media lagi satu sumber doktrin yang sangat teruk.

Kesimpulannya, cubalah kita lihat kembali doktrin-doktrin yang selama ini telah menyekat kebolehan dan keupayaan kita untuk perform dan mencapai sesuatu yang dilihat mustahil dalam hidup.

Jadi, sempena peperiksaan ini, singkirkan pemikiran-pemikiran yang menyekat untuk kita mencapai keputusan yang terbaik.  4 flat? Tak mustahil.  InsyaAllah…  Jiwa kena besar dan kanak-kanak selalu memiliki jiwa besar ini.

Buktinya, sewaktu sedang berarak ke demonstrasi di hadapan kedutaan Syria, seorang kanak-kanak lelaki terjatuh sewaktu sedang berjalan di sebelah ayahnya.  Tetapi dia bangun kembali dan berjalan tegak ke hadapan.  Ayahnya tanya ok ke tak, tetapi dia hanya diam dan terus melangkah ke hadapan.  Kalau kanak-kanak lain, saya yakin dia akan menangis sebab 1) malu dan 2) sakit.  Macam mana dia boleh berjiwa besar sebegitu?  Sebab dia tahu ayahnya orang hebat dan dia pun perlu jadi sebegitu.   Sewaktu berada di hadapan kedutaan, ayahnya merupakan antara orang yang membuat ucapan dan kanak-kanak lelaki tadi berada di belakang memegang playcard tinggi-tinggi tanpa mempedulikan orang-orang yang mengambil gambarnya.  Itu menunjukkan pendidikan kanak-kanak dimulakan oleh ibu bapa...Oleh itu, didiklah anak-anak untuk berjiwa besar.  Ajak tengok cerita Spongebob sama-sama~

Wednesday, June 6, 2012

Wanita yang mahal

Wanita yang mahal bukanlah yang tinggi wang hantarannya.

Pandangan saya, wanita yang mahal ialah wanita yang sangat menjaga dirinya.
Biarlah orang nak cakap apa pun, tapi saya sayang sangat wanita jenis ni.  Mungkin kadang-kadang ter'over' sayang sampai ada yang rimas dengan sikap saya.
Tapi dah sayang sangat...nak buat macam mana...

Contoh, sahabat saya Sakinah Sobri.  Haa...yang itu mahal, ranking nombor 1.
Sayang sampai orang persoalkan kenapa letak 'in a relationship', lesbiankah?
Haha...hanya Allah yang tahu saya lesbian atau tak...
Sebab ramai sangat yang sayang kat dia, jadi I've got to be the one who is more exclusive for her

Seronok bersahabat dengan wanita yang mahal-mahal ni.
Kehidupan mereka happening, mana ada masa nak bersedih-sedih walaupun tak ada pak we, tak ada orang lelaki suka, tak ada orang lelaki mengorat, tak ada orang lelaki pandang, tak ada orang lelaki layan.

Dari kecil lagi saya cenderung suka berkawan dengan wanita jenis ni.
Walaupun orang cakap masa kecil biasalah campur lelaki perempuan, tapi mereka ni lain.
Saya rasai perbezaan ini sebab saya pernah berada dalam dua jenis kumpulan ni.
Satu kumpulan budak perempuan yang kononnya high-profile (budak-budak pandai) dan satu kumpulan budak perempuan yang low-profile (kurang pandai tapi jenis yang mahal)
Sebelum masuk sekolah Arab (KAFA) saya berkawan dengan kumpulan high-profile ni... adalah anak YB, cikgu dsb.  Mereka ni selalu berkawan dengan kumpulan lelaki yang high-profile (pandai, hensem kononnya, berjawatan, dll)... hari-hari mesti ada isu dengan kumpulan lelaki ni.  Dia suka akulah, aku suka dialah.  Jeles sebab dia suka kat perempuan lainlah, kena usiklah, gossiplah dll.  Itulah isunya setiap hari.  Itulah kehidupan saya bersama kumpulan ini.  Selamatlah budak-budak yang kurang pandai ni nak berkawan dengan kumpulan ni, kena buli dan kutuk selalu.  Orang lelaki yang pandai-pandai ni memang tak pandanglah budak-budak perempuan yang low-profile ni.  Tak pernah ada dalam topik bualan.

Tapi bila saya masuk sekolah Arab, saya terpaksa berkawan dengan kumpulan yang low-profile ni sebab budak-budak high-profile sekolah tempat lain.  Tapi mengejutkan sebab mereka sangat pandai dalam bab-bab agama ni, bahasa Arab, tafsir Al-Quran, tajwid.  Waktu tu saya mula rasa rendah diri, rupa-rupanya aku ni tak pandai juga...  Jadi saya mula berminat berkawan dengan mereka.

Dan jujur kehidupan saya memang happening dan adventure!... dan baru saya tahu ada benda lain yang lagi best dari bersembang tentang lelaki...
Saya dibawa mengembara dan meneroka ke alam lain yang lebih rock!
Aktiviti setiap kali waktu rehat yang setengah jam itu memanglah best!
Sepanjang 2 tahun saya dibawa mengembara dengan basikal masuk kampung, keluar kampung,
Setiap hari ada sahaja laluan kampung yang tak pernah saya masuk, shorcut sana sini,
Bermain toi, rounders, panjat pokok buah, aci-ligan-duduk sampai kawan saya kena peluk dengan makhluk halus kat pokok depan-depan mata (serius itu pengalaman benar pertama dan terakhir depan mata yang takkan pernah saya lupa), mandi ban (tali air)- tapi saya jadi tukang perhati saja sebab tak berani nanti kena marah dengan mak, kacau mak cik kantin sampai kena kejar, makan di rumah kawan, bersilat dalam kebun rambutan (aksi jer lebih)
Bila kelas malam, waktu rehat tu kami akan kayuh basikal masuk kampung malam-malam, lalu tepi kubur pastu pecut laju-laju, cerita kisah seram, beli ayam goreng kat pasar malam (menu utama tiap-tiap hari Jumaat)
Memang nakal habis dan semua yang kami buat tu tak langsung libatkan insan bernama lelaki... saya mula rasa seronok

Sejak hari itu, saya kurangkan bergaul dengan kumpulan high-profile ni...
bukanlah bermaksud saya tinggalkan mereka, saya hanya masuk masa belajar sahaja, yang lain saya lebih banyak habiskan masa 2 tahun di sekolah rendah dengan kumpulan low-profile tapi mahal..
Mereka anggap saya macam pembela mereka dalam pelajaran sebab kalau dulu selalu tak ada tempat mereka nak rujuk dan kalau tanya budak high-profile ni memang kena kutuklah atau tak dilayan,
Tapi saya rasa itulah sumbangan saya yang sedikit bagi membalas jasa mereka yang telah menyelamatkan saya dari mati kebosanan dengan masalah-masalah melibatkan budak lelaki...

Tak ada dah diri Nurhidayu yang selalu masuk persembahan tarian lagu Inggeris kanak-kanak, jadi ibu pari-pari Cinderella dalam persembahan teater bahasa Inggeris, jadi bahan gosip dengan lelaki itu ini- semua ku reject mentah-mentah (macam lah banyak...).... semuanya kerana saya semakin jatuh cinta dengan wanita-wanita yang mahal ni...

Dan perasaan tersebut saya bawa sehingga ke sekolah menengah (dan bersyukur sangat sebab Allah tempatkan saya di sekolah yang lagi banyak wanita-wanita yang mahal ni)... dan mereka sememangnya menjanjikan seribu satu kenangan yang memang manis buat saya sehingga ke akhirat sana...tak tercerita di sini.

Orang lelaki tak suka dengan cara mereka? Haa...mereka tak kisah pun dan tak sempat nak fikir... yang penting mereka sangat menjaga diri... nampak syadid di hadapan, kat belakang  merekalah insan yang paling seronok apabila bersama, apa yang tak ada, yang lawak, yang manja, yang caring, yang comel, yang romantik... sebab itulah saya semakin jatuh cinta dengan mereka... Tak ada masa nak jadi sayoq-sayoq ni..
Bukan tak bercakap langsung sebab itu fitrah, tapi penawarnya sentiasa ada... saya semakin suka berkasih-sayang dengan mereka...
Kalau orang lain boleh bercerita tentang seorang lelaki dari A-Z, mereka nak kenal dengan seorang lelaki pun susah...apakah mereka tak berurusan dengan lelaki?  Urusan jalan juga, tapi lebih dari itu tak perlu kot...
Selama berkawan dengan mereka, tak pernah pun mereka ni suka bercerita tentang lelaki
" Tadi lelaki A usik aku, tadi lelaki B tengok aku, aku rasa lelaki C suka dekat perempuan B...(terbaru lelaki D like status aku (=_=)~ perlu ker..."

Orang perempuan ni fitrahnya suka bercerita, sebab itulah jadi kes lelaki tu tak menaruh perasaan pun tapi dia yang perasan...itulah yang susahnya, last-last diri sendiri juga yang merana
Bagi saya perasan boleh tapi nak cerita kat satu alam?  It wasn't a good choice and very unwise..
Dulu waktu Tingkatan 5 tengah lepak-lepak di bilik rehat, adalah bercampur wanita-wanita yang mahal dengan yang kurang menjaga ( bukan niat saya nak kelaskan dan merendah-rendahkan kalau nampak begitu, tapi saya fokus kepada sikap yang kadang-kadang mahal kadang-kadang kurang menjaga, jadi semua tak terlepas)
Bergebanglah tentang lelaki itu lelaki ini dan kebetulan saya ada masa itu,
Tiba-tiba terpacul "Cuba kita buat pertandingan, siapa yang boleh tahan dari tak bercakap tentang lelaki dalam satu hari ini?"  Maka berlangsunglah pertandingan tersebut dan tidak ada seorang pun yang berjaya.  Terbuktilah bahawa sikap kurang menjaga itu masih ada dan wanita itu fitrahnya memang suka bercerita.
Sebab itulah prevention is better than cure.

Oleh itu, biasalah kalau wanita yang mahal itu selalu mengelak dari bertembung dan berurusan dengan lelaki. Secara automatik tidak akan ada cerita antara mereka.
Nak sengaja cari peluang bercakap dan berurusan dengan lelaki? Huh...jauh sekali.
Prinsip mereka: Selagi boleh buat sendiri dan minta tolong wanita, selagi itu mereka takkan minta tolong lelaki...last choice
Jadi tak payah la nak pertikaikan bila mereka kahwin dengan lelaki ada pula suara-suara, kata tak suka lelaki, last-last kahwin dengan lelaki juga...itu no choice...lagi satu pandangan stereotaip, bukan tak suka lelaki, sebab sukalah kena jaga, takut nanti terbuat dosa~
Saya pun semakin sayang dengan cara mereka ini...

Tapi bila dah masuk universiti, kes-kes tak boleh elak ni lah yang jadi batu ujian buat mereka...
Saya yang lemah ini pun tak terlepas sebab itulah saya cekup seorang wanita mahal untuk berada di sisi...
Memang kalau bersamanya prinsipnya sangat keras tapi makin saya sayang dan ingin menjadi kuat sepertinya.. (dengan saya pun dia jual mahal juga~)

Semoga Allah sentiasa menjaganya dan menyayanginya seiring dengan pertambahan usianya dan mengurniakan lelaki yang mahal buatnya...

p/s: Maaf andai ada prinsip di sini yang tak disenangi oleh sesetengah pihak...tapi benda yang mahal memang macam tu jadinya, hanya mampu melihat... dan kadang-kadang bukanlah wanita itu yang terlalu menjaga, bahkan Allah juga yang memeliharanya dan memelihara hati orang-orang yang melihatnya...

Tuesday, June 5, 2012

Rintihan

Kadang-kadang apabila saya terbangun tengah malam, saya mendengar sahabat saya merintih di atas tikar sejadah.  Tersedu-sedu mengadu di hadapan Allah s.w.t., sedangkan di hadapan saya dia bukanlah seorang yang mudah menangis apalagi merintih.  Nampak kuat dan tabah.  Malah dialah yang selalu memujuk dan memberi kata perangsang kepada saya.  Saya turut menjadi sebak melihat keadaannya begitu dan dalam hati saya berdoa agar Allah kasihani dia dan kabulkan doanya.  Akhirnya Allah mudahkan urusannya dan memberi ganjaran kepadanya.  Saya tumpang seronok.  Sangat-sangat dan rasa macam saya pula yang memperoleh nikmat tersebut.  Tapi Allah masih simpan satu doanya.  Allah masih mahu mendengar rintihanmu sahabat.   Jadi jangan kecewa dengan Allah, setiap makhluk di langit dan bumi yang mendengar rintihanmu juga mendoakanmu walaupun pada waktu saya terlupa mendoakanmu…

Umpan

Tanya sama hati mengapa merindu?
Ingat masa lena apa mimpimu?
Masa berjauhan apa nan dikenang?
Bila difahamkan itulah sayang...
 (Filem Anakku Sazali oleh P.Ramlee)


Hmm...Bilalah dapat balik rumah?

Tadi mesej mak masuk:
Salam.ayu balik cepat buah rambutan dah masak

Ada-ada jer umpan nak suruh balik cepat~
Bukan tak nak balik, tapi tesis tak izin...
tinggal proses editing...tunggu yer rambutan, jangan gugur lagi.

Monday, June 4, 2012

Kingdom of Cambodia Part II

(Sedang mengakses internet di lobi Hotel Fairyland sebelum bergerak ke Pondok Annur)

Kadang-kadang, mungkin saya perlu biarkan gambar yang berbicara.  Terlalu banyak cerita sehingga saya tidak tahu hendak mula dari mana.  Tapi gambar-gambar yang saya letakkan dalam entri kali ini, dikreditkan kepada Encik Hisham, insan yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kami ke Kemboja.

Gambar di bawah merupakan agenda utama ziarah ke Kemboja, melawat tapak pondok Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama Pas Pahang yang dilantik baru-baru ini.  Semasa ustaz sedang bermesyuarat di dalam surau, inilah agenda sampingan kami.  Meraikan kanak-kanak di sini.

Sebelum itu, perjalanan 3 jam dari Phnom Penh ke Kampot dihiasi oleh kawasan sawah padi yang gersang kerana saliran air belum dinaiktaraf.  Malaysia sudah lama menikmati 3 kali hasil tanaman padi setahun, tetapi di sana masih 2 kali setahun bergantung kepada musim hujan.  Apa yang saya perasan, setiap rumah memiliki tempayan besar untuk menahan air hujan di tepi-tepi rumah.  Mungkin sistem perpaipan pun belum dibuat.  

Jadi, ini merupakan agenda hari kedua.  Sebenarnya agenda semalam lebih romantis dan sentimental, tetapi gambar-gambar yang diambil ada bersama-sama kak Hajar, senior saya sewaktu di Irshad.  Mungkin saya akan berkongsi di sini jika memperoleh gambar tersebut.  Saya berpeluang menyusuri Sungai Mekong pada waktu malam menaiki kapal (river cruising), suasananya...Subhanallah... Berpeluang juga melihat komuniti Muslim yang tinggal dalam bot menggantikan rumah.  Naik ke darat apabila hendak bersolat jemaah.  Tanpa surau, tanpa lampu.  Solat jemaah atas tanah lapang berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit.  Islam merupakan minoriti di sini, jadi beginilah nasibnya.  Namun, masih tak menghalang mereka untuk menunaikan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Siapa sangka jauh di dalam kebun gajus, ada komuniti Muslim Kemboja dan pondok agama.


 (K.Hajar in action)



(Ustaz Mokhtar sedang bermesyuarat dengan masyarakat kampung mengenai perkembangan pondok)

 (Bersama Kak Siti Hajar, zaujah Ustaz Mokhtar memberi goodies kat kanak-kanak)


(Encik Hisham dan salah seorang pewakaf tanah)

Apabila manusia tidak tahu nilai dunia, maka mereka tidak akan terkejar-kejar dunia tetapi mengejar akhirat.   Dan sesungguhnya nilai akhirat itu lebih besar.  Tanah yang mereka miliki kalau dijual membolehkan mereka membina rumah batu bagi menggantikan rumah papan mereka, tetapi mereka mewakafkan tanah tersebut tanpa meminta sesen pun.  Mereka hanya mahukan ilmu agama.


(Bawah) Keunikan bandar Phnom Penh.




Saya ni bukanlah sapa-sapa pun, tetapi kehadiran saya diraikan seperti sebahagian daripada mereka.  Tiba-tiba mendapat gelaran Hajah Ummi dari Ustaz Tahir, mudah-mudahan menjadi hajah... berada bersama-sama komuniti Muslim Kemboja, memang sepatah bahasa Kemboja pun saya tak tahu, tapi saya dengan Kak Hajar determine nak belajar.  Sebab malu nak belajar depan-depan orang ramai, dengan menggunakan bahasa isyarat, saya mengajak Mak Cik Kalthum ke rumahnya.  Dia agak faham bahasa Malaysia, jadi dia malu-malu nak bawa saya ke rumahnya.  Sepatah dia cakap "miskin", "malu"... Saya buat isyarat tak apa (selepas itu dalam bahasa Kemboja "autaihh")..

Sebelum sampai ke rumahnya, dia bawa saya melihat mak cik-mak cik tengah berewang memasak makanan untuk kami.  Terkejut mak cik-mak cik tengok saya datang ke dapur mereka (dapur mereka berada di luar). Semasa menyalami salah seorang dari mereka, saya dipeluk erat olehnya.  Ambil bau orang Malaysia kot...:)  Saya cakap kat Mak Cik Kalthum "nak tolong", tapi dilarang oleh mak cik (namanya agak susah nak sebut).  Dia menunjukkan ke kerusi dan kata "ngkoi", menyuruh saya duduk.  Sambil saya duduk, dia mengajar menyebut nama-nama sayur dalam bahasa Kemboja.  Kebetulan saya membawa buku kecil, jadi saya merekodkan sebahagian daripada perkataan-perkataan sepanjang berada di sana.  Gelak mak cik-mak cik di situ mendengar saya menyebut dalam bahasa Kemboja.  Peduliklah...asalkan saya belajar...

Disebabkan saya dilarang untuk tolong, jadi Mak Cik Kalthum membawa saya ke rumahnya.  Memang dhoif rumahnya.  Mungkin saya akan tunjukkan jika mendapat gambar dari Kak Hajar.  Saya sempat bersolat jemaah dengan Kak Hajar dan Mak Cik Kalthum dalam rumahnya.  Hanya ada dua ruang, ruang tamu dan dapur.  Tiada elektrik dan tiada tandas.  Tandasnya di sungai dan hutan.  Di situlah dia bersama 6 orang anaknya tidur.  Panasnya hanya Tuhan yang tahu.  Tapi saya kagum sebab dia boleh faham bahasa Malaysia berbanding rakan-rakannya,  dia boleh mengaji dan seorang yang taat dalam agama.  Semua mak cik-mak cik di situ memakai stokin, kemiskinan bukan alasan untuk menutup aurat dengan sempurna.  Siap yang berpurdah lagi.  Telekungnya lebih bersih dari telekung di surau-surau kita.  Ada buaian dan pelantar di luar rumahnya, jadi saya duduk di buaian dengan angin sepoi-sepoi sambil belajar beberapa perkataan dengannya.  Saya sempat mengorek sejarah hidupnya.  Dia telah tinggal di tanah tersebut selama 10 tahun.  Suaminya masih ada dan pernah dihukum oleh rejim Pol Pot, sebelah tangannya dipotong.  

Kanak-kanak di situ mahu tapi malu.  Tapi bila dah diusik, baru mereka seronok.  Mereka pula yang ajar saya dan Kak Hajar bahasa Kemboja.  Tergelak-gelak mereka bila dengar saya sebut.  Lagi satu perkara pelik yang mereka buat ialah membelek-belek tangan saya.  Sambil pegang mereka membanding-banding dengan tangan mereka.  Mulanya saya pelik, tapi rupa-rupanya mereka pelik dengan kulit kami.  Mereka menyebut "sor" yang bermaksud putih sambil membandingkan dengan tangan mereka.  Allah... tergelak saya.  Sepanjang berjalan, memang ada seorang kanak-kanak ni memegang tangan saya tak lepas.  Tapi saya tahu, saya tak putih pun, ini kuning langsat, tapi tak tahu macam mana nak terang dalam bahasa Kemboja~ Kami dijamu dengan makanan Kemboja, ayam kampung golek, ikan goreng, sayur suhun dan ayam masak kurma (sangkaan sayalah berdasarkan warna kuah tu..)... dan masakannya banyak berasaskan daun pudina.

Semasa nak meninggalkan kampung tersebut, bergenang air mata mak cik-mak cik terutama Mak Cik Kalthum.  

Saya dapat simpulkan kehidupan di Kemboja adalah kehidupan rakyat Malaysia sebelum merdeka.  Mereka ketinggalan daripada kita 50 tahun ke belakang.  Tetapi akhlak mereka mungkin lebih baik dari kita.  Kadar toleransinya tinggi (bukti daripada gaya pemanduan).  Lagi satu yang saya perasan, lelaki-lelaki di sana semua tak ada yang buncit.  Mereka berada di tahap masih memenuhi keperluan asas, jadi gaya pemakanan pun sihat.  Mereka lebih banyak makan sayur dan sup.  Semasa saya dihidangkan dengan bihun sup, hidangan sampingan adalah daun-daun ulam (daun pudina, dll)... mungkin kehidupan masa krisis macam itu.  Cukuplah tu setakat ni, sekadar perkongsian untuk membuka minda akan betapa harus bersyukurnya kita terutama saya akan nikmat kehidupan yang Allah kurniakan dan menyedarkan kita akan insan yang lebih memerlukan...

Friday, June 1, 2012

Kingdom of Cambodia Part I



I am taking my time off from the thesis.

Pernah tak kita hadapi perasaan terpisah dengan seseorang tetapi kita tak tahu bila kita akan bertemu?

Saya merasai perasaan terpisah dengan keluarga tersebut tetapi saya tahu saya akan bertemu dengan mereka juga jika Allah memanjangkan nyawa saya.  Saya merasa perasaan meninggalkan tanah air, tetapi saya tahu saya akan pulang juga selepas tiga hari, insyaAllah.  Jadi perasaan saya aman.  Saya boleh beritahu mak, “Mak, Ayu balik 7/6 nanti, insyaAllah”. 

Tetapi bagaimana jika kita terpisah tetapi kita memang tak boleh langsung menetapkan bila kita akan bertemu?  Tidak boleh langsung menggambarkan pertemuan itu.  Namun, secebis kata-kata dari seorang ustaz semasa hendak berpisah di lapangan terbang mengubat hati:

“ Kita berpisah sekarang, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita akan bertemu di syurga kelak.”  Sambil mengangkat tangan sebagai salam perpisahan.

Allah…Hati saya terus diruntun sebak pada waktu itu juga apabila mendengar kalimat akhir ustaz.  Tiga hari bermusafir bersama ustaz, sosok tubuh itu telah menyebabkan saya melalui bermacam perasaan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.  Nama Allah dan ayat Quran sentiasa bermain di bibir ustaz membuktikan kekuatan hubungannya dengan Allah.

Mungkin ayat tersebut juga menjadi mentera penguat hati beliau sewaktu terpisah dengan keluarganya semasa peperangan.  Selama 18 tahun beliau hidup dengan perasaan terpisah dari ibu bapa dan saudara-mara tanpa mengetahui apakah pertemuan tersebut akan kunjung tiba.  Ustaz terpisah dari keluarga semasa tahun 1973, pada waktu gelap pekat malam sewaktu mereka beramai-ramai  bersama penduduk kampung lari menyelamatkan diri.  Daripada 7 adik-beradik ustaz, Allah memilih ustaz untuk diberikan ujian besar tersebut.  Dalam gelap pekat tersebut, ustaz telah terpisah dari keluarga dan mengikut sesiapa sahaja yang berada berdekatannya.  Saya dapat bayangkan keadaan tersebut melalui pengalaman dua kali mengikut demonstrasi BERSIH.  Dalam keadaan kecoh dan orang ramai yang bersesakan lari menyelamatkan diri, kita hanya memikirkan diri sendiri dan tidak mampu memikirkan orang lain.  Tetapi seperti yang saya sebutkan, kita masih tahu akan pertemuan di penghujung hari BERSIH tersebut, dan perasaan kita akan aman. 

Namun, ia memerlukan iman yang tinggi dan kekuatan perasaan untuk melalui keadaan yang mana kita sudah tidak mampu mengungkap istilah pertemuan di dunia.  Dan bagi seorang yang berumur 14 tahun, ia ujian yang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Ustaz mengikut pelarian yang melarikan diri sehingga ke Thailand dan mereka berada di Thailand selama 3 bulan sebelum meneruskan pelarian sehingga ke Malaysia dan menetap di Kelantan.  Beliau menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumbuh selama beberapa tahun sebelum akhirnya berkahwin dan tinggal di Kota Tinggi, Johor. 

Namun, harapan kepada sebuah pertemuan sentiasa ada dalam diri ustaz membuktikan kuatnya perasaan yang perlu ada untuk menghadapi hidup. 

Pada tahun 1991, setelah 18 tahun terpisah tanpa berhubung, ustaz kembali ke Kemboja dengan berbekalkan secebis harapan untuk mencari keluarga beliau dan bersatu kembali dengan mereka.  Alhamdulillah, kuasa Allah tiada siapa yang tahu.  Ustaz dipertemukan kembali dengan ibu bapanya serta saudara-mara yang lain.  Saya tak dapat menggambarkan detik-detik pertemuan tersebut bersama-sama perasaan yang disimpan.  3 hari meninggalkan bumi Malaysia sahaja terasa seperti 3 tahun.  Memijak sahaja bumi Malaysia, bergenang air mata sebab rindu yang amat sangat kepada insan-insan yang saya tinggalkan (teruk sangat…macam mana nak pergi belajar luar negara ni?)~

 Siapa sangka Allah memberi peluang bagi sebuah lagi pertemuan selepas perpisahan sebelum perpisahan terakhir yang kekal?  Sekarang kedua-dua orang tua ustaz sudah tiada, namun Allah memberi kesempatan buat ustaz untuk berbakti kepada orang tuanya, insan yang telah berjasa.

Mendengar cerita dari ustaz mengenai peristiwa yang dilalui oleh ayahnya selama terpisah tersebut menambahkan lagi runtunan perasaan.  Dua kali ayah ustaz berhadapan dengan maut semasa era kekejaman rejim.  Kali pertama atas kesalahan bersolat.  Ayah ustaz telah ditangkap dan menghadapi hukuman ditolak masuk ke dalam lubang.  Lubang tersebut digali khas untuk menolak masuk pesalah beramai-ramai dan dibiarkan mati di dalamnya.  Namun, ayah ustaz dibebaskan atas dasar kasihan askar yang bertugas.  Kali kedua ditangkap kerana ditemui surah yasiin dalam buku ayahnya.  Hukuman yang sama dikenakan namun dilepaskan juga atas dasar kasihan semasa hendak jatuhkan hukuman.  Allahuakbar…siapa yang menguasai hati manusia kalau bukan Allah?   Sesungguhnya nasib hamba yang taat kepada Khaliq tidak akan disia-siakan.. T_T…  Lalu nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Teringat kata mak, kalau kita ada harapan terhadap sesuatu, Allah akan memanjangkan umur kita sehinggalah harapan tersebut tercapai.  Jadi, jangan pernah berhenti berharap.  Harapan ayah ustaz begitu besar untuk bertemu dengan anaknya yang ketiga sehingga Allah memanjangkan umurnya dan sempat bertemu ustaz sebelum pergi mengadap Allah dan berpisah buat selamanya.

Cukuplah sekadar cerita ini memberi pengajaran kepada kita bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengabulkan doa hamba-Nya walau bagaimana pun keadaan kita.

Berikut merupakan antara seribu satu pengajaran yang saya peroleh selama 3 hari berada di Kemboja.  Setiap kali ada masa senggang saya mengambil peluang bertanyakan pengalaman hidup ustaz sehingga saya mampu merekodkannya di sini.  Akhir sekali, semasa hendak berpisah, saya mendapat mentera yang menguatkan semangat ustaz untuk menghadapi perpisahan tersebut:

“ Kita berpisah sekarang, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita akan bertemu di syurga kelak.” 

Saya akan rekodkan lagi pengajaran-pengajaran yang saya temui dalam ziarah saya ke Kemboja.  Moga Allah memanjangkan umur saya untuk saya menggapai harapan dan impian yang telah saya bina…Wallahualam.