Dr.Kayu> Salam. sy akan balik ukm dlm 30 min lg. skrg di bilik mayat serdang. kwn mati
Ok. Saya selalu rasa bersalah apabila nak mesej golongan veteran. Sebabnya;
1) mereka mungkin salah faham dengan ayat mesej kita
2) mereka mungkin tak faham mesej kita
3) kadang-kadang mereka tak suka/ mengalami kesukaran untuk balas mesej
Saya mesej juga sebab line asyik terputus waktu bercakap dengan prof dan buat saya rasa bersalah apabila prof telefon banyak kali.
Hasilnya, saya dapat balasan mesej di atas. Dan maaf, walaupun isi di dalam mesej tersebut adalah perkara sedih, tetapi saya tak mampu menahan gelak dengan cara penyampaian prof. Allah...ampunkan saya.
Politik merupakan satu bidang yang pada pandangan saya tidak mengalami perubahan yang begitu pesat. Isu-isu politik walaupun kita hanya menyelak akhbar seminggu sekali, tidak banyak perubahan yang berlaku selain daripada isu yang sama yang dikupas. Cuma berlainan aktor.
Berbanding dengan politik, ekonomi adalah satu bidang yang sebaliknya kerana perubahan yang berlaku dalam bidang ini adalah sangat pantas. Isu ekonomi sangat dekat dan memberi kesan besar kepada semua lapisan masyarakat.
Isu ekonomi merupakan isu asas masyarakat. Malangnya, isu ekonomi sentiasa disampaikan dalam bahasa yang hanya difahami oleh ahli ekonomi sedangkan ianya melibatkan masyarakat dalam semua peringkat. Siapakah yang lebih merasakan peritnya kemelesetan ekonomi kalau bukan masyarakat bawahan? Inilah yang cuba diselindungkan oleh pihak kerajaan. Apabila cuba disampaikan oleh pihak pembangkang, seminar ekonomi kurang mendapat sambutan berbanding ceramah politik. Sebenarnya, kalau semua orang tahu keadaan ekonomi negara yang semakin parah, kita tak perlu berusaha teruk untuk memancing undi pengundi. Rakyat serta merta akan menukar parti yang memegang tampuk kerajaan.
Orang cepat bosan dan tak faham apabila ahli ekonomi cuba menerangkan keadaan ekonomi negara, perbezaan ekonomi Islam dan konvensional dan bagaimana ekonomi Islam mampu membela nasib rakyat. Sebabnya ramai manusia tak suka dengan angka. Tengok angka lebih dari dua dah pening. Kalau boleh apabila mengulas isu ekonomi mereka hanya nak jawapan yang spesifik. Adakah negara akan bankrap? Ya atau tidak. Kalau ya, kita undi parti A, kalau tidak, kita kekal dengan parti B. Sedangkan kalau mengikut perkiraan ekonomi, pelbagai kebarangkalian perlu diambil kira. Walau besar macam mana pun, prinsip asas kewangan adalah berjimat sebelum habis. Kalau dah habis, buat apa susah payah berjimat. Tiada guna. Oleh itu, bankrap atau tidak negara, bukan persoalan, tetapi bagaimana pengurusan wang negara dijalankan?
Ramai orang tidak sedar, jenayah kolar putih itu lebih hebat berbanding jenayah rompak terang-terangan. Walaupun hanya satu sen yang diambil dari akaun kita, hasilnya dikutip daripada berbilion akaun tanpa disedari.
Jadi, saya ambil peluang yang ada untuk mendalami ilmu ekonomi pembangunan yang mungkin memeningkan tetapi tidak mustahil. Rancangan Prophet of Doom di saluran Astro History memaparkan keadaan ekonomi dunia dari kaca mata orang bukan Islam dan satu fakta yang perlu diketahui ialah... dunia benar-benar akan memenuhi ramalan ekonomi Nabi Yusuf a.s. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment