Thursday, August 9, 2012

Permata yang seharusnya disimpan


Wanita ibarat permata.  So they said.  Hmm…permata selalunya berada di dalam perut bumi.  Allah letakkannya di situ.  Jadi kalau kita nak, kita kena gali dan dapatkan.  Apabila kita dapat kita cuci-cuci pastu simpan dalam kotak, almari kaca dan di tempat yang selamat dari pandangan manusia.  Tetapi ada sesetengah manusia dia tayangkan permata tersebut namun dalam masa yang sama dia berasa tidak selamat dan berhati-hati dengan orang sekeliling yang asyik memandang permatanya yang cantik.  Tiba-tiba permatanya jatuh di tengah-tengah jalan, habis semua orang berebut untuk mendapatkan permata tersebut dan saling berbunuhan.  Tuannya berasa sedih sebab sudahlah dia tidak dapat permatanya kembali, manusia berbunuhan pula kerana permatanya.  This was all due to her stupid mistake by bringing the diamond into view

Disebabkan itulah terdapatnya larangan wanita menunjukkan perhiasannya.  Tamsilan ini juga untuk menggambarkan wanita ibarat permata yang perlu dijaga rapi dan disimpan di tempat yang selamat iaitu rumahnya.

Sebenarnya pemikiran saya masih ortodoks dan konservatif.  Saya menganggap wanita lebih baik berada di rumah.  Jadi Ayu, apa yang awak buat di sini dan sehingga ke saat ini? 

Let juz say, saya terpaksa mengikut arus dan pada masa yang sama cuba menguasainya instead of dikuasai.  Dari kecil dah orang letakkan di sekolah, jadi kita buat yang terbaik dan kita akan pergi ke tahap seterusnya.  Buat terbaik, naik satu tahap lagi dan saya diheret ke realiti wanita semasa.  Takkan saya nak buat-buat bodoh dan sengaja menggagalkan diri saya apabila peperiksaan kan?  Saya tidak bercakap begini atas kapasiti saya berbeza dengan wanita-wanita yang melaungkan kebebasan dan berdikari di luar sana.  Saya sama seperti mereka.

I drive, I ride, I play sport, I ride horse, I am an activist, I go to demo, I go to university, I work, I go to convention, I talk politics and the list goes on.  But that doesn’t make me less ortodox in my opinion that a woman should be kept within her household.  Its for their safety, our safety and the safety of the world.

Namun, wanita tidak boleh dikurung tanpa diberi pendidikan.  Mereka wajib mendapat pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah, tahu isu semasa, tidak ketinggalan ke belakang tetapi dalam kapasiti keperluan dan keselamatan.  Sebab itulah saya kurang gemar perjuangkan isu wanita sebab saya memiliki pendapat peribadi yang mengatakan wanita suka cari pasal.  Isu wanita timbul apabila wanita tidak disimpan elok-elok di dalam rumah. 

Sebagai contoh, keselamatan.  Islam telah memerintahkan wanita untuk bermusafir dengan mahram.  Apabila dia pergi seorang diri, apabila berlaku sesuatu salah siapa? Diri sendiri.  Islam telah melarang wanita menunjukkan perhiasannya.  Apabila dia memakai gelang sehingga ke siku dan diragut, salah siapa? Diri sendiri.  Islam telah memerintahkan wanita menutup aurat.  Apabila dia tidak memakai tudung dan pakai baju ketat dan dirogol, salah siapa? Diri sendiri.  Pliz don’t tell me yang wanita bertudung labuh juga ada kes dirogol~  itu bukan dirogol, itu merelakan diri dirogol.  Kalau Mr.Darcy dengar saya punya komentar, dia mesti akan cakap;

“Are you so severe of your own sex?”

Let just think about it simply like this.  Wanita sudah mula keluar rumah dan bekerja.  Apabila wanita mula bekerja dan lebih dipercayai dalam menjalani tugasan berbanding lelaki, wanita mula mengisi sebahagian besar jawatan di dunia.  Lelaki terpaksa bersaing dengan wanita sehingga mereka ada yang tercicir kerana apparently lelaki sangat malas nak bersaing dengan wanita kerana mereka merasakan mereka tidak perlu berbuat demikian dan mereka lebih hebat. 

Akhirnya mereka berakhir dengan buat kerja jenayah seperti mencuri sebab tidak bekerja.  Seteruk-teruk wanita yang tidak bekerja, mereka tidak akan mencuri.  Tetapi mereka akan melacur atau mengemis.  Itupun kerjaya juga kerana di sesetengah negara diiktiraf.  Mencuri, merompak, merempit, mengedar dadah tidak pernah diiktiraf hatta di negara Pasir Berdengung pun.  Tetapi itulah kerjaya lelaki zaman milenium sebab kekosongan kerjaya telah diisi oleh wanita.  Anak-anak di rumah terabai kerana ibu sibuk bekerja, bapa tiada kerja.  Stress...

Dunia lelaki khususnya dan seluruh alam amnya menjadi tidak stabil apabila permata-permata ini berselerakan di atas muka bumi dan terlihat dengan mudahnya di merata-rata sedangkan tempatnya permata sejak azali di perut bumi dan disorok.  Lelaki berebut-rebut untuk dapatkan sehingga saling berbunuhan dan berperang.

Saya bawa misalan apabila wanita sudah terkeluar dari range selamat mereka.  Misalnya, terbukti bahawa mata tercantik di dunia dimiliki oleh rakyat Afghanistan.  Oleh itu tidak pelik mereka menyuruh wanita mereka menutup seluruh tubuh dan yang kelihatan hanyalah mata disebalik jaring-jaring hijab mereka.  Pernah satu ketika seorang photographer bebas berjaya mengambil gambar seorang kanak-kanak wanita Afghan yang sedang memandang terus ke arahnya.  Gambar tersebut telah tersebar ke seluruh dunia dan beliau mendapat anugerah gambar tercantik/ eksotik gara-gara mata tersebut.  Do you see why they cover their women so much?   Kedengkian puak-puak Barat disebabkan kecantikan wanita-wanita Islam ini yang menyebabkan mereka sedaya upaya merubah prinsip kita bahawa "yang cantik itulah yang harus dipelihara" kepada "yang cantik itulah yang harus ditonjol kepada seantero dunia".  (Sharbat Gula "an Afghan girl" -maklumat lanjut di Wikipedia)

Jujurnya selama saya bebas bergerak ni, saya buat bukan atas dasar seronok kerana kebebasan yang diterima thanks to those freedom fighters for womenIt freaking me out actually.  Ia menakutkan apabila semua orang boleh pandang awak, tegur awak, senyum kat awak, ngusik awak.  Cakaplah saya perasan tetapi you can notice when somebody is making an effort to speak to you.  A diamond isnt publicly displayed ok.  

 Saya ada buat pemerhatian semasa Tingkatan 6.  Seorang rakan perempuan saya Z dengan M.  Dua-dua sama cantik dan comei.  Apa yang saya perhatikan semua lelaki mudah mendekati Z tetapi tidak M sedangkan kedua-duanya berpenampilan sama.  Jadi saya buat beberapa pemerhatian.  Saya lihat bagaimana Z dan M berinteraksi atau memulakan perbualan.  Apa yang dapat saya lihat, Z memiliki tabiat untuk memandang kembali lelaki yang memandangnya manakala M ni jenis lack of sense.  Buat tak tahu. 

Seperti kebanyakan filem-filem Inggeris yang memang sentiasa mengajar cara-cara untuk flirt, memang mereka akan memulakan dengan sesi pandang memandang yang kemudian akan disambung dengan si lelaki akan mendatangi si wanita dan berbual-bual dan seterusnya poohhh! Terhasillah couple of the year.  Tak perlu cari cerita 18sx, tengok cerita Disney pun ada.  Barat memang dah ajar anak-anak untuk jadi miang dari kecil lagi.

Begitulah yang terjadi.  Tapi apabila awak memasuki dunia pekerjaan, it terrifies you apabila semua orang berusaha untuk menegur awak.  Ok, no need to say I am being paranoidThey are just trying to be nice, why notBut i dont need that attention.

Ok, saya bagi situasi.  Kita perasan ada orang kadang-kadang tengok ke arah kita dan kita tahu intention dia adalah untuk bercakap dengan kita, tetapi kita buat tak tahu sebab kita memang malas nak bersembang.  Tiba-tiba sewaktu kita bangun nak balik dia tegur juga, alamak, taktik tak berjaya;

“Nak balik dah ke?”

Dalam hati; Of course la, takkanlah nak tidur pulak kan bila dok kemas-kemas barang?~

Tapi semestinya kita dengan sopannya menjawab.

“Haah, nak balik dah.” Ringkas, padat, tak minat.

“kawan-kawan dah balik dah?”

Inilah sebab saya tak suka bagi peluang.  I hate to admit, but woman has the instinct if something is not rightThat is why you cant lie to woman.

Itu satu situasi antara banyak-banyak situasi.  Salah siapa apabila saya berasa tidak selamat?  Salah sendiri.  Persekitaran sekarang menyebabkan wanita terpaksa keluar dan bersaing dengan lelaki bukan sebab wanita pun dipikulkan dengan tanggungjawab seperti mana lelaki untuk mencari nafkah.  Tetapi hanyalah disebabkan fikiran wanita yang telah dikorupkan dengan pemikiran dan pendapat bahawa wanita pun kena buat apa yang lelaki buat.  Tempiasnya terkena kepada saya dan wanita-wanita konservatif yang lain yang berfikiran wanita seharusnya meluangkan sebahagian besar masa berada di rumah.

Wanita mana yang nak bersusah payah keluar rumah dan merantau sorang-sorang ke tempat lain.  Bercampur dengan lelaki yang kasar dan gasar di sesuatu tempat.  Memekik-mekik di tempat awam.  Terpaksa bergaduh di dalam meeting.  Berebut-rebut di shopping complex.  Dipanggil sayang oleh orang yang tak berhak walaupun tujuan sekadar melawak-lawak.  Terpaksa meminta tolong lelaki asing apabila ada masalah.  Itu semua terjadi gara-gara wanita melangkah keluar dari rumah dan cuba untuk berdikari.

Kalau dah permata, mestilah akan dilayan dengan delicate.  Diletak di dalam rumah.  Saya rasa kalau semua wanita di dalam rumah, para lelaki akan tenang di tempat kerja.  Tak perlu tengok wanita.  Mereka akan tak sabar-sabar nak balik rumah sebab penghibur hati mereka ada di rumah sedang menunggu.

Ini tidak, tiap-tiap masa sibuk memikir kat mana isteri aku. Entah-entah tengah makan tengah hari dengan jantan mana ntah?  Kalau tak fikir tentang isteri, fikir tentang wanita di hadapan mata pula. 

Lagi satu, Allah lebih dekat dengan wanita yang berdiam di rumah;

Dari Abdullah, dari Nabi s.a.w baginda bersabda,

"Sesungguhnya perempuan itu aurat.  Jika dia keluar rumah maka syaitan menyambutnya.  Keadaan perempuan yang paling dekat dengan wajah Allah adalah ketika dia berada di dalam rumahnya." (HR Ibnu Khuzaimah no 1685, sanadnya dinilai shahih oleh Al-Albani).

Sebab itulah wanita banyak buat masalah apabila terlalu lama sangat berada di luar kerana syaitan menyambutnya.  Apabila dia keluar ke pasaraya, dia cenderung untuk membazir dan berlama-lama sehingga melewatkan solat.  Apabila dia jumpa kawan, dia cenderung untuk bergosip dan mengumpat mengenai orang lain.  Apabila dia ke masjid, juga dia sibuk nak bersembang dengan kawan-kawan, lagi satu wanita dewasa yang membawa anak-anak kecil cenderung untuk tak mahu berganjak dari saf yang diduduki menyebabkan terputus saf (diajak rapat saf tak dilayan~xfaham betul).  Tak pasti ini kes ego atau tak faham~ Apabila datang bekerja, berhias tak cukup tempat, bergaduh dengan kawan sepejabat.  You never know wat women capable of.  Kalau saya pun risau dengan kaum sejenis, kalau kaum lelaki masih relax dan berbangga wanita sekarang sudah boleh all out, saya tak tahu nak cakap apa.  Tambahan pula kenyataan bahwa wanita merupakan senjata terakhir dajal.  Man, she is ruining you and the world! dont you see??!  Itulah juga yang terjadi apabila Rosmah tak mahu duduk rumah~ err, ada kaitan tak...

Solusi: Saya harap suatu hari nanti, kerjaya suri rumah bekerja dari rumah akan berkembang pesat.  

Kalaulah semua lelaki tahu bahayanya fitnah wanita, nescaya mereka akan menyimpannya di rumah sebaik mungkin.

3 comments:

Unknown said...

assalamualykum my dear..

ayu, 1stly, nk mntak ayu tukar setting utk comment boley? bt bg jd pop out window..org bila komen nk tgk entry blek..hehehe

2ndly, i'm glad u told about Disney!! hahaha akhirnya, ad jgak yg sedar ^^

3rdly, sentap! tp x sentap sgt pn ngn entry ni cuz i know what u mean. n i'm totally agree with it. tambah plak ngn situation yg baru jd dua hari lepas..hohoho sgt mjawab persoalan. well, semua yg ayu gtaw ni memg dh taw tp tu lah, perlu org utk peringat baru tersedar..kikiki

ayu said...

wa'alykumusalam..

1) ur wish has been granted..hihi
2) sedar selepas bc tesis awak :)
3) ap yg berlaku dua hr lepas? is it wif ur abi yg xbg keja tu?

Unknown said...

great! i love it this way..hihi

seriusly? i'm glad to know that.. my parents said the same when they read it.. just like what prof said..hehe

aah..that one..hehe