Manusia ni makhluk yang unik. Dia
diciptakan dengan akal, nafsu dan iman. Timbul persoalan, di mana terletak
akal, nafsu dan iman ni? Di mana yer? Entah, saya pun tak tahu.
Lagi. dalam diri manusia ada
raja. Rasulullah s.a.w bersabda, hatilah yang dinobatkan sebagai raja tu.
"Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Jadi, cerdik pandai mengatakan
segalanya bermula dari hati. Disebabkan dia raja, jadi segala proses pembuatan
keputusan bermula di sini.
Setelah membaca dua buah buku self-help karya pakar psikologi Learning From The Heart dan
The Now Effect, saya mendapat satu
lagi peranan hati; menyerap segala perasaan yang melanda. Macam Spongebob.
Semua orang pun tahu sebab di hatilah bermula segala perasaan, tetapi semua
orang belum tahu bagaimana caranya menyerap perasaan secara sihat.
Apa yang manusia selalu lakukan
adalah menafikan perasaan tersebut, cuba menolaknya pergi sejauh mungkin.
Caranya adalah menggunakan akal. Konon dengan alasan cuba merasionalkan
perasaan, hakikatnya perkara tersebut lebih memburukkan keadaan apabila masalah
tersebut adalah besar.
Hati adalah raja, Allah s.w.t
menciptakannya untuk menampung segala perasaan yang melanda. Akal tak begitu.
Dia ada limitnya. Sebab hasilnya akan melahirkan insan-insan yang duduk di
Tanjung Rambutan atau masalah psikiatri yang lain sebab wayar/saraf dah putus.
Kita selalu bertemu dengan
manusia yang mempersoalkan nasib diri. Kenapa jadi begini? Kenapa jadi begitu?
Kenapa walaupun saya dah setia, tetapi dia tetap meninggalkan saya? Kenapa
walaupun saya dah berubat tetapi tetap tak baik-baik? Kenapa walaupun saya dah
berusaha saya masih tak dapat-dapat lagi? Mereka cuba bermain dengan logik
sedangkan hakikatnya di dunia macam-macam benda yang tak masuk akal selalu
terjadi. Oleh itu, akal tak mampu menanggung semua bebanan soalan ini disertai
dengan bebanan perasaan yang dahsyat. Mungkin disebabkan pengaruh tahap pendidikan, persepsi yang dibina masyarakat atau sikap.
Tetapi hati boleh. Dengan syarat,
biarkan hati yang merasa setiap perasaan yang dialami tanpa campur tangan akal.
Cuba untuk terima perasaan tersebut dan bukan menolaknya. Ia lebih memudahkan
perasaan tersebut untuk pergi berbanding menentangnya dan selamanya ia akan
berada di situ.
Kalau kita sedih, terima perasaan
tersebut. Bukan cuba menafikan dengan menggunakan akal “aku ok, aku ok”.
Sebabnya kita akan menjadi semakin tak ok. Kalau kita sunyi, terima perasaan
tersebut. Kalau kita suka, sukalah rasanya. Kenapa cuba menafikan? Kita boleh
tipu orang, tetapi kita tak mampu tipu diri sendiri. Perkara ini akan
merosakkan diri dan mengundang stress. Apabila kita mula menerima perasaan yang
sebenar, kita akan rasa ok lepas tu.
Seorang lelaki yang kehilangan
isteri dan anak dalam kemalangan, kemudian dibuang kerja, selepas itu ibu dan
ayah pula meninggal. Bencana demi bencana yang berlaku bukanlah dalam kemampuan
akal untuk difikirkan sebab musababnya serta merta. Perasaan yang melanda perlu
ditangani dahulu. Kalau tidak, keputusan yang diambil tidak akan membawa
kebaikan. Orang yang memerah otak memikir punca bencana ini kemungkinan akan
berfikir, ‘Allah dah tak sayang aku’ dan akhirnya membunuh diri sebab tak mampu
menghadapi dengan akal fikiran, tanpa mengetahui dia mampu menghadapi dengan hati.
Tapi sebab rajanya tak bersih dan korup, maka dia lebih ikutkan akal yang
singkat.
Baru-baru ini kenduri sepupu,
saya berbual-bual dengan isteri sepupu saya yang baru sahaja berkahwin beberapa
bulan yang lalu. Kami tak berkesempatan untuk kenal semasa dia berkahwin sebab
saya tak ada di sini. Sembang-sembang, dia membuka cerita dirinya. Pengalaman
dia bercinta sebelum berjumpa sepupu saya agak berliku-liku. Secara ringkasnya
dia telah berkawan dengan seorang lelaki selama 6 tahun sebelum putus. Sedangkan
pada masa itu mereka sudah berbincang mengenai perkahwinan. Kemudian dia
berkawan pula dengan seorang cikgu selama 3 tahun. Beberapa hari sebelum akad
nikah, tiba-tiba lelaki tersebut beritahu dia sudah tidak ada perasaan terhadap
kakak ni dan putuskan perhubungan di telefon. Kenduri yang sepatutnya merupakan
kenduri akad nikah digantikan dengan kenduri tahlil sebab orang kampung dah
dijemput. Orang kampung sentiasa bercakap-cakap tentang dia dan keluarga.
Kemudian dia berkawan pula dengan pensyarah. Semasa sedang berkawan dengan
pensyarah tersebut, sepupu saya yang pada masa itu sedang mencari pasangan
hidup mengajaknya berkahwin. Mereka hanya kenal semasa sepupu saya datang ke
Jabatan Perangkaan Pahang untuk urusan audit. Disebabkan jodoh itu urusan Allah
s.w.t, akak tu terima sepupu saya dan mereka terus berkahwin tanpa perlu
bercinta. Urusan jadi mudah dan rezeki melimpah-ruah kemudiannya. Jodoh dia
datang pada usia 29 tahun. Apa yang saya boleh katakan, dia memang memiliki
hati yang besar untuk berhadapan dengan segala mehnah yang berlaku.
Inilah yang dikatakan dengan
bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, berkahwin dengan orang
lain~
Saya selalu kagum bagaimana mereka boleh menempuh ujian sebegini. Terinspirasi untuk menulis di blog dan berkongsi.
Kalau tanya saya, sanggupkah nak lalui semua ni? Saya akan jawab once lost, lost forever macam Mr.Darcy. Sebab itulah prevention is better than cure. Sebenarnya
akak tu boleh saman tunang dia sebelum ni sebab membatalkan majlis akad nikah last minute. Ada akta dalam mahkamah
syariah untuk kesalahan melanggar perjanjian pertunangan. Tetapi, itu semua
hanya logik yang tak mampu mereda perasaan pun. Dia terima dengan hati yang
terbuka segala yang terjadi dan akhirnya Allah s.w.t kurniakan dia sepupu saya
yang baik dan suka makan kek. Sekarang mereka sedang menantikan zuriat pada
bulan 6 ni, insyaAllah. Saya mendoakan kebahagiaan yang berkekalan buat mereka. Baginya, apa yang lelaki sebelum ini dah buat was not a big deal. Tak apalah, sekali petik sepuluh yang datang. Hmm.. still it wasn't a good option to experiment with all the man in the universe just to find the idle one. Wasting 9 years befriending with the wrong guys when the right one will come along at the age of 29. Still, its you who choose your own way. And you who will endure all the consequences. She surely had the big heart to go through all the obstacles...pray I didn't have to face all these.
Hujung minggu ni sepupu lelaki
saya pun akan berkahwin. Dia pun macam tu juga, bertunang dengan orang lain,
kahwin dengan orang lain. Dan beberapa sepupu saya yang jadi macam tu sama ada
sebab ditinggalkan atau meninggalkan sebab selalunya bercinta sebelum
kahwin. Hmm… doa saya, biarlah satu
dulu, kini dan selamanya… hati saya belum cukup kuat untuk diuji kebesarannya or so my brain said.
Wallahualam…
3 comments:
tabahnya akak tu.. moga dia dikurniakan keluarga yg bahagia hingga ke syurga Allah.. ameen..
btw, ap la kaitannya akak tu dapat spupu kamu yg suka makan kek....?? apekah ~~
p/s: nak serap perasaan - aah, suka dia sb dia sweet.. boleh? :D
entahlah...hehe...
sapa yg sweet 2? jiran sebelah? hehe...
hati2...sweet2 bhy utk ksihatan...diabetes~
ye la, ye la... okay what, ad jiran yg sweet.. buatkan kita rasa selesa.. suka x bererti cinta lalalala
Post a Comment