Antara tempat yang saya rindu nak berada sekarang adalah di dalam Surau Al-Ansori, SMKA Al-Irshad... terlalu banyak kenangan indah yang ditinggalkan. Kadang-kadang usai solat, saya akan pejamkan mata sekejap, membayangkan keberadaan dalam surau tersebut. Tenang...
Di situlah usrah
Di situlah berbuka puasa
Di situlah tarawih
Di situlah qiam
Di situlah tazkirah, kuliah dan muhasabah
Di situlah membina ukhuwah
Tak ada rasa keberatan waktu menapak kaki ke surau untuk solat Subuh berjemaah.
Tak ada rasa kantuk waktu mendengar suara serak basah ustaz Azli menyampaikan tazkirah Subuh setiap pagi Ahad walaupun sahabat-sahabat yang lain menumpang di bahu menyandarkan kepala masing-masing...
Saya rindu saat-saat saya terpaksa melakukan kebaikan... sebab diakhir keterpaksaan timbul kerelaan selepas menikmati kemanisan...
No comments:
Post a Comment