Pagi tadi selepas Subuh, sahabat saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang sahabat. Rupa-rupanya kakak sahabat tersebut yang telefon membawa berita sedih. Sahabat tersebut telah keguguran pagi itu dan sekarang sedang berada di hospital. Tujuan kakak dia telefon adalah ingin mendapatkan nombor telefon suami sahabat. Hendak dijadikan cerita, suaminya tidak dapat dihubungi. Mesti sedih apabila berlaku perkara tidak diingini tanpa suami di sisi.
Saya pernah dengar orang-orang tua di kampung bersembang, kalau isteri keguguran, suami yang paling teruk dimarahi. Alasannya tidak pandai menjaga isteri. Sudah ketentuan dan ujian Allah s.w.t buat pasangan, kita seharusnya redha dan tabah. Dan entri ini bukanlah untuk mencari salah sesiapa sebab saya jauh dari situasi mereka tetapi apabila berlaku perkara sebegini saya ingin mengetengahkan sikap orang-orang tua yang pernah saya lihat. Dis is how the typical society see the situation. Bagi orang-orang tua, mereka ada pemikiran dan sikap tersendiri terhadap perkara sebegini. Sewaktu kenduri anak bongsu Mak Lang, saya dapat tahu menantu perempuan Mak Lang baru-baru ini keguguran. Saya lihat Mak Lang bersungguh-sungguh menyesali sikap anak lelakinya.
"Dah tahu bini tengah mengandung, biar bini tu makan benda pedas-pedas." Dan disokong oleh mak cik-mak cik yang turut berada di dapur pada masa itu.
Dijadikan cerita isteri sepupu saya suka sangat makan pedas sehingga cabai melaka (cili padi) boleh dimakan begitu saja. Saya tak pasti dia tidak tahu sama ada dia mengandung atau tidak tetapi selepas dia makan makanan pedas, tiba-tiba dia mengalami turun darah/gugur. Tapi kandungan tersebut masih awal. Jadi Mak Lang ni punyalah marah kat anak lelakinya dan sehingga pada masa saya mendengar cerita Mak Lang, dia masih marah dengan sikap anak lelakinya yang dikatakan cuai. Tetapi sekarang mereka sedang menantikan kelahiran baru. Kalau fikir logik, kecuaian tersebut seharusnya salah diri sendiri sebab diri sendiri tahu keadaan badan. Rupa-rupanya orang tua tidak berfikir sebegitu dan mungkin ada benarnya. Psikologi isteri semasa hamil memang sangat bergantung sepenuhnya kepada sikap suami sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Tambah-tambah kandungan pertama. Bagi mereka, suami seharusnya lebih tahu dan lebih sensitif berbanding si isteri yang mungkin keadaan psikologinya berbeza dari biasa dan kadang-kadang terlalu mengikut hati dan emosi. Beratnya tanggungjawab seorang pemimpin dalam memastikan kebajikan insan yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik.
Melalui cerita sahabat, ada seorang rakan sekelasnya yang mengalami keguguran sebanyak 4 kali dan kelahiran 4 kali. Apabila diselidiki, rupa-rupanya si suami seorang yang panas baran dan tidak berlemah lembut dengan si isteri. Keadaan ini menyebabkan si isteri berada dalam tekanan sepanjang waktu kehamilan sehingga tidak lalu makan dan hanya bergantung kepada jus oren. Satu tindakan yang silap kerana jus oren adalah tajam. Kesannya dia keguguran kerana kandungan tidak kuat dan emosinya juga tidak stabil. Hanya pasangan yang pentingkan diri sendiri melihat mengandung ini masalah isterinya sendiri dan hanya boleh diselesaikan oleh si isteri. Nauzubillah...
Ada juga sahabat yang keguguran anak pertama, suaminya dikenakan perintah berkurung oleh ibu bapanya kerana melihat pentingnya suami di sisi untuk memberi sokongan moral dan bantuan bagi mengharungi saat-saat sukar ini. Orang-orang tua memang bertimbang rasa kerana memikirkan isteri atau menantu adalah amanah ibu bapanya kepada si suami dan keluarga mentua yang perlu dijaga. Apabila berlaku perkara sebegini, apa pandangan dan perasaan ibu bapanya? Anak aku tidak dijaga dengan elokkah? Baru saya faham perasaan mak yang belum serius nak melepaskan kakak. Dia lebih risau anaknya tidak dijaga dengan baik berbanding belum berkahwin. Selalu diulang-ulang;
'Mak takut anak mak orang buat tak tahuan. Duduk dengan mak abah, bolehlah mak abah jaga, sampai kat tangan orang, dibuatnya lebih kurang, ishh...tak boleh nak fikir.'
Kadang-kadang si suami mungkin sudah berusaha sehabis baik, tetapi mentua dan mak ayah melihat masih terdapat kelompangan di mana-mana yang akan dicari dan dijadikan modal bagi menyedarkan si suami bahawa dia belum cukup berusaha menjaga isterinya.
Mengambil nasihat Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man;
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, manusia lazimnya suka menghabiskan banyak waktu untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan – samada di tempat kerja, dalam hubungan keluarga, suami isteri mahupun persahabatan – sehinggakan kita terlupa pentingnya silaturahim antara manusia perlu dipellihara.
Sekali lagi, entri ini bukanlah berniat melihat salah manusia, cuma sekadar peristiwa tersebut mencetus penulisan entri sebegini berdasarkan penilaian manusia sekeliling. Kerana at the end of the day, Allah s.w.t lebih berhak menentukan segalanya... semoga mereka tabah. wallahualam.
Membina kehidupan dengan seseorang yang hidup dalam dunia yang berbeza dengan kita memang merupakan satu ujian yang mungkin menjadi kunci keredhaan atau kemurkaan Allah s.w.t kepada kita. Jika kegembiraan mampu dikongsi, apakah apabila dalam kesedihan masing-masing membawa diri? I'll stick by your side until you are willing to talk dis out (ni solusi terbaik diharapkan oleh setiap wanita yang at certain times dia memang kurang waras- masa pregnancy, PMS dll).
Pendapat saya, hanya si suami layak membuat keputusan berkaitan isterinya tanpa dipengaruhi oleh padangan orang sekitarnya hatta ibu bapa, sahabat-sahabat, saudara-mara atau ustaz-ustaz. Logik jika sakit perlu mencari doktor, jika ada masalah perhubungan dalam keluarga, kaunselor lebih berautoriti kerana memiliki kepakaran khusus mengenai psikologi suami isteri. Jika tidak mampu berjumpa kaunselor, cukup sekadar suami tersebut berfikir sendiri dan seharusnya mengharap petunjuk Allah s.w.t. Bukan orang sekeliling yang dikhuatiri melihat dari sudut pandangan diri dan pengalaman peribadi dan lebih malang perasaan sendiri dan semestinya tidak mengetahui langsung peribadi isteri orang lain yang berbeza perangainya. Moga pasangan suami isteri yang diuji mampu kuat menghadapi ujian dalam rumahtangga.
p/s: Wanita ni kompleks perangainya. Hanya si suami yang tahu. Jadi sudah tentu tidak logik jika keputusan si suami terhadap isteri perlu ditentukan oleh orang luar yang tidak tahu perangai isterinya. It's so not fair. Lebih baik duduk tepi tasik dan fikir jalan penyelesaian daripada bersembang dengan orang sekeliling yang tidak ada kepentingan atau kerugian. Hmm... bagitahu awal-awal supaya boleh bersedia pada masa hadapan.
(thus, always wait until our heart's ok before we make any decision)
No comments:
Post a Comment