Dalam hidup ini, saya percaya kepada tidak adanya sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Mesti Allah s.w.t sudah tentukan dan ianya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Titik. Cerita ni antara seribu satu cerita rahsia kehidupan saya selaku hamba Tuhan.
Semasa pulang dari Melaka, sahabat saya memberi pandangan bahawa jawapan bagi istikharah kita bukanlah sesuatu yang accurate atau jelas tandanya (macam nampak jawapan atau mimpi dll). Itu yang saya faham dari kenyataannya. Respon saya pada masa itu adalah bergantung kepada bagaimana individu tersebut melihat petunjuk yang diberi atau tak sedar langsung. Tapi apabila difikir kembali, saya berpandangan ianya bergantung kepada hubungan kita dengan Allah s.w.t. Bagi saya, indahnya istikharah adalah ia memberi saya satu benda. Keyakinan. Setiap kali istikharah, saya memohon agar Allah s.w.t berikan saya keyakinan apabila saya membuat sesuatu keputusan. Tak semestinya apabila kita mempunyai banyak pilihan baru kita nak buat istikharah. Untuk satu pilihan sahaja pun kena buat. Atau tidak ada lagi pilihan pun perlu dibuat. Sebabnya supaya Allah s.w.t berikan keyakinan apabila kita perlu memilih. Dan subhanallah, setiap keyakinan ini didatangkan dalam macam-macam bentuk. Kebaikan apabila kita mengambil keputusan berdasarkan istikharah ialah, kita tidak akan dengan mudahnya menarik balik keputusan tersebut walaupun timbul masalah di pertengahannya melainkan dengan melakukan istikharah kembali.
Terkesan dengan kata-kata dalam blog sahabat;
Oleh itu, perkara biasa apabila dalam perjalanan mencapai tujuan hidup berlaku masalah di pertengahannya akibat konflik yang ditimbulkan nafsu.
Terkesan dengan kata-kata dalam blog sahabat;
kata sheikh omar suleiman dalam video ini, memetik kata-kata ibnu qayyim al-jauzi;
"malaikat diciptakan dengan tujuan, tapi tanpa nafsu. haiwan pula dijadikan bernafsu, tapi tanpa tujuan. manusia pula diciptakan dengan kedua-duanya; iaitu dengan tujuan, dan disertai dengan hawa nafsu. jika ‘tujuan’nya lebih kuat berbanding nafsu, maka dia menghampiri status malaikat. namun, jika ‘nafsunya’ lebih kuat berbanding ‘tujuan’nya, maka dia menghampiri status ‘haiwan’http://umairahshafei.blogspot.com/2013/07/ketika-harus-memilih.html
Oleh itu, perkara biasa apabila dalam perjalanan mencapai tujuan hidup berlaku masalah di pertengahannya akibat konflik yang ditimbulkan nafsu.
Sebagai contoh, saya melihat ianya sesuatu yang lucu apabila orang di FB bising-bising tentang sikap sesetengah perempuan yang sibuk mengadu dan bermadah pujangga mencari 'imam' masing-masing. Secara tak langsung, orang yang bising-bising tu pun turut menyentuh mengenai perkara tersebut. Cumanya mereka mengambil sikap menolak. Sama ada menolak atau menerima, saya fikir ianya sangat melucukan. Masing-masing sibuk menjaga hati dalam konteks yang difahami masing-masing. Baguslah. Macam tulah keadaan apabila kita mengadu kat manusia atau di wall FB. 'tuhan' yang banyak takkan mampu menandingi Tuhan Yang Esa.
Saya ceritakan satu pengalaman kecil saya.
Ada satu waktu di antara waktu-waktu, saya usai solat asar di masjid. Masa tu ada program yang saya hadiri. Semasa sedang berteleku dan bermonolog dengan Tuhan dalam diam, terdetik di hati untuk meminta ditunjukkan sesuatu. Saya menjangkakan jawapan tersebut dalam bentuk lintasan hati, atau bayangan. Tetapi, Allah s.w.t boleh buat lebih dari itu. Dan tiada yang mustahil bagi Allah. Tiba-tiba sewaktu saya mengangkat muka dari tadahan tangan tersebut, melalui celahan tirai tersebut, betul-betul datang berdiri membelakangkan saya adalah jawapan bagi doa saya tadi selang beberapa saat. Sedang bersolat. Jantung saya terus berhenti sebab tergamam.. dan saya semakin yakin dan percaya. Titik.
Moral of the story:
Kalaulah saya boleh beritahu hati ke hati kepada muslimat-muslimat, yang mengadu kepada Allah s.w.t dan jangan berpaling sekelumit pun untuk mengadu kepada media sosial merupakan penyelesaian mutlak kepeningan jiwa mereka, alangkah bagusnya. Saya pun nak mereka rasai apa yang saya rasa apabila Allah s.w.t tunjukkan jawapan-Nya dan pilihan-Nya. Allahuakbar. Salam Ramadhan buat semua.
2 comments:
salam. Penulisan yang menarik, syukran ats perkongisan :)
salam...afwan. moga beroleh manfaat :)
Post a Comment