Sebelum Presiden Morsi dinaikkan, buku Teori Konspirasi dihasilkan dengan tajuk Rothschild: Yahudi Kepercayaan Dajjal. Saya bukan peminat buku-buku Teori Konspirasi ni, tapi ada seorang sahabat yang selalu membeli dan membaca buku-buku tersebut. Satu hari, sedang saya berbincang dengan sahabat lain berkaitan konflik di Syria (saya melihat konflik di Syria dari sudut yang berbeza dengan apa yang sibuk dimainkan di FB). Sahabat saya yang kebetulan berada di situ, naik ke atas bilik dan turun bersama buku Teori Konspirasi. Dia meminta saya membaca buku ini terlebih dahulu dan kemudian memberi pandangan. Saya habiskan bacaan dalam masa 3 hari sebelum dia pulang dari Tioman.
(perjuangan belum berakhir)
Dalam buku tersebut, penulis meramalkan presiden yang bakal menggantikan Hosni Mubarak akan menjadi boneka kepada Rothschild aka Bank yang mengawal kewangan dunia. Hal ini demikian kerana, pada masa berlaku demonstrasi di Dataran Tahrir yang didakwa didalangi oleh Rothschild dengan mengupah individu-individu tertentu untuk menghasut rakyat supaya memberontak, Rothschild sedang berurusan mengenai projek mega pembangunan di Mesir. Tidak terkesan dengan huru-hara yang berlaku di Mesir.
Apa yang berlaku adalah tersasar dari ramalan penulis kerana yang naik jadi presiden Mesir kemudiannya merupakan Dr.Morsi, seseorang dari kalangan Ikhwanul Muslimin. Tiada projek mega yang diuruskan beliau sepanjang setahun pemerintahannya bermaksud beliau bukan boneka sapa-sapa. Dengan tindakan dan pendirian yang diambil berkaitan isu Syria, kita yakin di mana beliau berdiri. Dan kalau betul dakwaan wujud dalang dari Rothschild, sudah tentu mereka tidak suka kegagalan pelan awal mereka. Jadi tidak pelik jika Morsi dijatuhkan kerana mereka nak menaikkan boneka yang diramalkan oleh penulis.
Saya selalu melihat peristiwa yang berlaku di Mesir seperti mana yang berlaku di Turki. Saya pernah buat bacaan yang Morsi akan digulingkan (tetapi bukanlah saya bergembira dengan tepatnya bacaan). Tetapi kemudiannya, saya yakin Mesir akan kembali mengikut Turki- cuma perlu menunggu dan terus memberikan sokongan kepada Parti Islam yang ada.
Disebabkan saya sudah terbaca Teori Konspirasi, baru-baru ini saya belek-belek youtube berkaitan dengan mereka. Sebelum itu, ia mungkin mencabar keterbatasan akal kita untuk mengakui sebahagian besar konflik di dunia berpunca dari kelompok sebegini. Tetapi, apabila difikirkan dan dibincangkan kembali, ianya logik mengambil kira JIK pun sentiasa menyusun agenda menguasai kampus-meletak proksi dan mengkaderkan penyokong dan pendokong. Itulah yang berlaku di dunia juga apabila wang sudah berada di tangan kelompok kecil ini. Mereka cuba meletak proksi di setiap negara di dunia melalui Bank Pusat (sehingga tahun 2011, hanya ada tiga negara yang tidak mempunyai Bank Pusat- Cuba, Iran dan Korea Utara. Persamaan antara ketiga-tiga negara ini adalah mereka memiliki senjata nuklear. Pelbagai isu direka untuk memecahkan pertahanan negara, misalnya Iran pada tahun lepas berhadapan dengan desakan untuk menutup loji nuklear mereka tetapi mereka tidak berjaya dan tahun ini mereka berhadapan dengan isu membantu Syiah di Syria).
Cuma yang kita ragukan ialah adakah isu tersebut merupakan isu utama? Yang saya tahu rakyat seluruh dunia memang pening dan melatah. Tetapi saya tahu ada pihak yang sedar perkara ini dan saya yakin mereka sedang menyusun strategi yang paling ampuh. Wamakaru wamakarallah...
Saya melihat satu rakaman berita yang terbaru dengan seorang pemberita bertanyakan kepada salah seorang Rothschild berkaitan dengan pelaburannya di China. Dalam buku tersebut mendakwa China akan dijadikan proksi utama menggantikan US satu masa nanti dan sekarang mereka dalam proses menyusun China. Tidak pelik rakyat China masih miskin tetapi China menjadi kuasa ekonomi dunia. Kononnya China akan menjadi kuasa ekonomi dunia pada 2015. Tetapi kita pun tahu US sedang tenat sekarang ekonominya. Dan kepelikan rakyat US kenapa US sibuk nak jadi polis dunia terjawab kerana US merupakan proksi utama Yahudi ni.
Dalam video tersebut, Rothschild ini mengiakan projek pelaburan mereka di China dalam Wheather Channel (kaji cuaca)- video ini bertarikh 2013. Dalam buku teori (bertarikh 2012) didakwa Rothschild akan menumpukan usaha berkaitan cuaca- membuat hujan di gurun Sahara sehingga subur hijau. Tidak dapat diterima akal pada mulanya, tetapi melihat teknologi sekecil pembenihan awan, tidak mustahil adanya teknologi yang lebih canggih. Tetapi sains dan tekno bukan tuhan. Motif semua ini? Pembaca kena buka buku teori. Apa yang nak saya sampaikan, pada satu malam saya tertonton berita Nightline (sahabat baru selesai menonton TV) masa saya baru nak masuk tidur, ada satu berita menarik perhatian saya. Tajuknya- Awan aneh ditemui di China. Dengan sebahagian besar agensi berita milik golongan Yahudi Rothschild ni- Reuters, Aljazeera dll, aneh tak berita ni? Sekarang merupakan proses menarik semua mata penduduk dunia ke arah China. Melalui kuliah saya Ekonomi Politik Antarabangsa, ramai pelabur sudah mula melabur dan membuka kilang di China. Hatta sekarang produk yang hebat pun sudah mula Made in China. Saya diajar ramai pelabur nak ke China kerana kuasa membelinya banyak dan murah- dengan rakyatnya yang miskin, mana mungkin kuasa membeli tinggi (dengan keterbatasan pembacaan saya berfikir).
Saya bukan pengkaji Teori Konspirasi, jadi anggaplah cerita di atas sebagai pieces of puzzles yang perlu disusun untuk mendapat gambaran sebenar keadaan yang berlaku di dunia sekarang ni. Kadang-kadang kalau saya boleh bertanya kepada Prof.Morrie, nak je saya tanya- perlu ke saya fikir semua ni? Saya risau saya membuang masa mempedulikan sesuatu yang saya tak boleh ubah sedangkan ada perkara yang lebih penting untuk saya take into account.
No comments:
Post a Comment