Hidup ini
penuh dengan kesedihan…
Dulu masa sekolah rendah, ada sebuah keluarga tinggal
betul-betul bersebelahan Masjid Jamek, Padang Menora. Rumah papan tu tersorok
diapit oleh rumah batu bomoh patah dengan rumah batu Penghulu kampung. Kalau
saya pergi ambil tandatangan Penghulu, saya berpeluang melihat rumah tersebut.
Tapi tak berani nak dekati. Penghulu ada dua orang anak lelaki yang saya selalu
nampak. Abangnya bisu manakala adiknya normal. Usia abangnya mungkin sebaya
saya. Kalau dia nampak saya, kadang dia senyum, kadang dia melarikan diri.
Rumah papan di sebelah masjid tu dihuni oleh sepasang suami
isteri yang memiliki 3 orang anak. Seorang anak lelaki dan dua perempuan. Anak
sulungnya yang lelaki terencat akal. Begitu juga adiknya yang kedua. Kawan saya
yang bagitahu. Ada yang cakap adiknya yang bongsu terencat juga, ada yang kata
normal. Tapi mereka tetap ke sekolah dan belajar seperti mana murid-murid lain
belajar. Saya selalu jumpa mereka semasa sekolah Arab waktu petang. Abangnya
tua beberapa tahun dari saya. Nazri dan Nazirah. Mereka berdua selalu jadi
mangsa buli. Selalu diketawakan. Tapi mereka hanya ketawa balik. Macam tak ada apa-apa.
Pernah satu masa, waktu saya naik ke kelas, kebetulan Nazirah
berada di koridor. Waktu tu hujan. Ada beberapa orang pelajar lelaki sedang
ketawakan dia. Saya hampiri mereka. Saya ingat saya marah mereka sebab ketawa
dan ganggu dia. Salah seorang dari mereka kemudian bagitahu dia makan tahi
kelawar. Ada pula yang bagitahu kawan mereka yang suruh dan dia ikut. Memang di
koridor tersebut ada tahi kelawar menitik jatuh dari bumbung apabila hujan.
Saya lagi bertambah marah sebab mereka tak halang dan hanya ketawakan dia. Saya
tarik dia pergi. Pergelangan tangan dia kecil sahaja, macam pegang tulang. Saya
dah tak ingat apa yang berlaku seterusnya. Dia hanya ketawa sedangkan saya
hampir nak menangis lihat keadaan dia…
Kemudian saya dah tak jumpa mereka. Saya berhenti sekolah
Arab semasa darjah 5 untuk beri tumpuan kepada UPSR dan mereka pula jarang-jarang
datang sekolah kebangsaan. Kadang-kadang saya terjumpa mak atau ayah mereka
mengayuh basikal. Air muka mak dia lembut dan mudah tersenyum. Tapi air muka
ayah dia serius. Berwajah cengkung. Berita terakhir saya dengar mengenai
mereka, Nazirah sudah meninggal sebab masalah jantung. Saya tak tahu apa
terjadi kepada abangnya.
Dari kecil melihat kesedihan sebegini, saya jadi sensitif
tengok orang kena buli. Kadang-kadang saya marah orang yang dibuli tu, kenapa
biarkan diri dibuli? Kenapa tak pertahankan diri? Rasa macam nak lindung mereka
walaupun mereka tak harap pun…nak mereka rasa yang ada orang peduli…tahu ada
orang tak suka pun apa yang orang lain buat kat mereka…
Dibandingkan dengan mereka, seharusnya saya berhenti mengeluh...
Dibandingkan dengan mereka, seharusnya saya berhenti mengeluh...
2 comments:
jom kita p melawat rumah depa kalu ayu balik kg?
sounds good. cuma nanti mak cik tu tak kenal ayu.. xpa, nanti kita susun cmna.. terima kasih :)
Post a Comment