Showing posts with label lukisan alam. Show all posts
Showing posts with label lukisan alam. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Pencuri Masa

Sekarang cuaca panas.  Burung pun tahu.  Sebab itulah burung keluar awal pagi sekarang ni.  Pukul 5.50 pagi sudah bising.  Moga boleh berehat awal agaknya apabila hari semakin meninggi.  Saya baru sedar perkara tersebut awal pagi ini.

Sehari suntuk semalam bermula selepas subuh membawa ke jam 4.30 petang saya menjalani hukuman.  Hukuman kerana suka bertangguh. (mungkin bukan bertangguh, tetapi tidak bersungguh-sungguh).  Saya perlu menghabiskan esei konflik etnik di Kashmir separuh dari 25 mukasurat lagi untuk mencapai KPI pensyarah.  Apabila ada sahabat yang melintas meja study saya ,mereka menegur,

"Tak habis-habis lagi ke assignment, dari hari tu dok buat."

Esei sains politik tidak seperti esei biasa.  Politik itukan seni.  Ia memerlukan seni untuk membuatnya.  Esei sains politik bukan bersifat deskriptif.  Ia memerlukan analisa.  Walaupun  banyak rujukan, tetapi perlu ada pengolahan kerana esei perlu bersesuaian isu dengan teori yang digunakan.  Untuk menganalisa itulah yang memakan masa.  Menterjemah pula satu masalah bonus.

Berada di hadapan laptop selama 10 jam berterusan bukan satu perkara yang normal.  Bangun hanya untuk solat,makan, dan perkara yang mendesak sahaja.  Perkara lain tidak dipedulikan.  Walaupun bermeeting, otak masih kepada esei.  Walaupun ketawa, hati masih menangis esei tak habis-habis lagi.  Hari-hari mengadap bait-bait perkataan yang dijalin, dibackspace, kemudian taip lagi, delete lagi, dan berterusan sehingga tarikh 8.1.12.  Tempoh masa hanya pukul 12 tengah hari untuk menghantar esei.  Tapi saya pasrah, pukul 4.30 petang baru selesai.  Itupun hanya mencapai 19 mukasurat.  Saya tidak berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.  Otak sudah tidak mampu menggarap lagi akibat tekanan masa.  Akhirnya dengan 19 mukasurat saya ke kedai untuk diprintkan.  Saya optimis kerana semester lepas pun saya tak pernah berjaya mencapai 25 mukasurat tetapi mendapat A-.  Inilah namanya tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku...dan mungkin inilah juga yang akan menjadi liabiliti untuk peluang mendapat A dan akan disesali.  Nauzubillah...

Walau bagaimanapun, sewaktu salinan hardcopy esei masih panas di tangan, otak sudah mula terasa lapang.  Dunia bagai bercahaya kembali.  Dalam perjalanan menuju ke kampus, baru perasan jalan raya baru diturap, daun-daun pokok sudah kekeringan akibat cuaca yang panas dan gugur memenuhi jalan.  Seperti musim luruh sedang tiba.  Bunga-bunga kertas kembang mekar menghiasi tepi-tepi jalan.  Terbang segala kesakitan akibat terlalu lama berada dalam postur yang sama selama 10 jam dan memerah otak.  Subhanallah~indah sungguh lukisan alam.  

Itulah nikmat yang dirasai setelah menjalani hukuman kerana suka sangat mencuri masa dan bertangguh.  

~sama-sama menanti keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim hari ini
~Bagaimana pula isu Adam Adli?
~Apa respon Hasan Ali?
~Sesungguhnya dunia politik ialah dunia saya...tak boleh berhenti dari memikirkannya~

Mencari kembali buku-buku yang dipinjamkan kepada orang...

Thursday, July 14, 2011

Hujan pagi

Jumaat, 8.43 a.m.

Time-time hujan ni teringat plak kat mak di kampung.  Mak cakap hujan-hujan sedap tidur.  Pendapat saya, hujan-hujan sedap kalau buat kerja atau membaca sambil melihat dan menghayati titisan-titisan hujan di luar tingkap bilik.  Selalunya selepas hujan mesti burung akan berkicau.  Itu perkara yang tak boleh dilepaskan.  Burung bersyukur, manusia pun perlu bersyukur, bukan berdengkur.  Terngiang-ngiang perbualan telefon dengan mak baru-baru ni, sehari selepas Bersih. 

"Mak telefon ke semalam? Ayu dah tidur waktu tu. Ada apa mak?"
"Mak risau Ayu kena gas pemedih mata.  Nanti Ayu tak boleh lihat, dahla orang ramai waktu tu.  Kena tak? Jadi camna?"
"Mestilah kena mak.  Semua orang pun kena.  Pedih gak, tapi taklah sampai tak boleh lihat."
"Lega mak dengar..."

dan perbualan pun berterusan...

Sebenarnya saya tak pernah beritahu mak pun yang saya akan turun ke Bersih.  Tak pernah sebut pun.  Tapi seorang ibu ni boleh membaca dan menjangka tindakan anaknya.  Jangan ingat dia jauh di kampung, dia tak dapat mengupdate status anaknya.  Walaupun dia tak ada komputer dan internet di rumah, jauh sekali mengetahui cara nak berFB, Twitter dan sebagainya, Allah kurniakan teknologi yang lebih canggih dari itu kepada seorang ibu mengalahkan agen Mossad.  Mungkin sebab itulah dia minta adik saya pun turun juga.  Tiba-tiba jer adik saya yang tak pernah ambil tahu pun tentang politik beritahu nak join.  Saya ingatkan dia dah jadi SB.  Rupanya SB mak saya.  Sedikit sebanyak dia tahu saya tak keseorangan dan ada orang yang dia boleh percaya bersama saya.  Hmm...mak...mak.  Firasat saya, semua ibu pun ada teknologi canggih sebegini, tapi kadang-kadang disebabkan sikap anak-anak yang tak mahu memberi peluang kepada ibunya mencampuri urusan hidupnya dengan alasan sudah besar menyebabkan ibu tersebut tidak dapat berperanan sebaiknya.

Seorang ibu dapat merasai keresahan hati anaknya.  Selama 9 bulan kita berada dalam rahim ibu, dia sudah arif akan gerak laku kita.  Dia dapat membaca hati kita walaupun kita jauh di matanya.  Inikan pula Allah yang kasihnya 70 kali ganda dari kasih ibu.  Kalau kita merasai kasih yang dilimpahkan oleh seorang ibu, kita mungkin dapat membayangkan besarnya kasih Allah.  Tapi seperti yang saya katakan tadi, kita sendiri tidak memberi peluang kepada Allah untuk membimbing kita dengan membuat setiap keputusan dalam hidup tanpa bermunajat mohon petunjuk daripada Allah.  Apabila hasil yang didapati mengecewakan dan sebaliknya, kita menyalahkan Allah dan merasakan Allah tidak kasih kepada kita.  Astaghfirullah...

Mungkin hari ini, Jumaat, sama-samalah kita bermuhasabah diri sejauh mana kita berbakti kepada ibu bapa kita dan menghambakan diri kepada Allah dengan sebenar-benar penghambaan.  Mungkin dah boleh membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan.  Dan rancang ibadah-ibadah yang akan ditingkatkan selain mengambil masa sebulan di rumah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.  Entahkan Ramadhan akan datang kita masih dapat bertemu di dunia ini lagi atau tidak, jadi rebutlah kesempatan yang ada dalam Ramadhan yang terdekat ini. Wallahualam...


(selalu mandi hujan waktu kecil-kecil)

Hujan pun dah berhenti...rahmat Allah tertebar  ke seluruh alam...Alhamdulillah..:)

~Lain yang dirancang, lain yang dibuat~


Thursday, March 3, 2011

Biar Gambar Berbicara


 Mak ayam garang betul lepas telur dah menetas.  Muka cam mafia. Asyik nak terjah jer kalau dekat.
 Jalan-jalan cari makan. Proses sosialisasi pertama dalam hidup seekor ayam bermula dari didikan oleh sang ibu.
 "Mak, cek dah tak larat jalan...Asyik jalan-jalan jer, jomlah kita rehat pulak,"
"Nak lari sebentar...boringlah ikut mak, dunia dah moden, buat apa ikut cara lama...cek dah boleh berdikari,"




















Haa....kan dah kena culik dengan saya...padan muka. Jalan sorang-sorang lagi..eh, sekor-sekor...


Pengajaran: Sayangilah ibu anda.  Walau macam mana garang pun seorang ibu, hakikatnya tidak ada ibu yang nak anaknya jadi teruk.  Kita jer yang tak cuba nak faham metod seorang ibu dalam mendidik anaknya.  Mungkin proses sosialisasinya berbeza berbanding kita pada zaman ini, namun ibu tetap cuba berikan yang terbaik kepada anaknya.


Jangan merajuk kalau mak marah,  kena ingat kalau seorang ibu tak luahkan kemarahannya, nanti dia akan pendam dan mungkin kita akan berbuat dosa tanpa disedari. Kalau dia marah, tanda positif sebab dia nak bagitau kita yang perbuatan kita lakukan ini menyakitkan hatinya. Saya tak kisah kalau seorang ibu itu marah, asalkan jangan benci sudah.  Ingat yang marah bukan tandanya benci dan diam tak semestinya dia redha dengan apa yang kita buat.


mode~rindu yang amat...:_(...kuat Ayu, Allah ada.