Malam ni saya menerima panggilan dari pimpinan anak negeri Pulau Pinang mengingatkan saya untuk meminta beberapa kampus mengupdate nama ahli yang baru. Sebelum mengakhiri perbualan, beliau membuat beberapa provokasi kepada saya;
"Ustazah kenapa tak pergi jamuan hari raya PISA hari tu?"
"Ana praktikal."
"Ooo...praktikal. Sibuk la no. Habis praktikal apa plak, kahwin?"
Tersentap sebentar dengan lawak yang saya kira agak kasar dan tidak disangka datang daripada beliau, tapi saya hanya membalas;
"Kahwin yer?" Saya menyoal kembali sebelum diam seperti berfikir sehingga beliau mengakhiri perbualan di telefon. Timbul persoalan dalam diri;
Adakah semua belia telah dikorupkan dengan isu-isu kahwin ni? Sehingga perbualan mengenai urusan jemaah pun boleh diselitkan dengan isu yang saya kira terlalu peribadi. Macam nak jer ckp;
"How dare you talk to me like dat?"
Bilalah ibadah perkahwinan ni nak jadi ibadah dan bukan semata-mata upacara yang perlu diwarnakan dengan adat dan budaya? Bukankah mudah kalau semua orang memiliki minda yang simple dan tidak terlalu pening dengan upacara dan adat dan menganggap ini adalah perkara yang besar dan berat. Kesannya, perkahwinan akan menjadi ibadah yang tak perlu pun nak dipublisitikan dengan cara yang salah. Macam solat, haji dll.
Sebenarnya bukan isu kahwin yang nak ditimbulkan, cuma persoalan yang nak disentuh ialah begitu boringnya keadaan politik di Malaysia sehingga ada isu lain yang mendominasi minda mahasiswa yang popular sebagai pejuang kelas bawahan ni. Mungkin ada yang kata saya buat generalisasi hanya berdasarkan apa yang dikatakan oleh pimpinan tadi. Tapi, saya perasan sejak akhir-akhir ini berdasarkan status-status di FB melalui sampel saya yang terhad. Saya berpandangan situasi politik semasa di Malaysia sangat membosankan. Ulasan politik di dada-dada akhbar juga meloyakan. Ulasan-ulasan yang memperluaskan skop pandang politik yang sebenar diletak di lampiran-lampiran belakang sahaja. Jadi pemikiran mahasiswa yang tak ada asas mengenai ilmu politik telah menjadi jumud dan tertutup.
Hal ini demikian kerana, penulisan penganalisis politik dari sudut pandang sains politik kurang diketengahkan menyebabkan isu politik diulas oleh mereka yang cetek akalnya dan mempunyai pemikiran yang sempit akan makna politik. Apa yang dilontarkan tidak lebih daripada sekadar sebahagian daripada skop politik yang sebenar. Hanya isu peribadi dan personaliti pemimpin yang menjadi jajaan dan tumpuan pihak-pihak media sama ada arus perdana atau media alternatif sehinggakan rakyat pun dah muak dan mula melabel parti tersebut berdasarkan peribadi pemimpin yang dicanang oleh media be it dari pihak pembangkang atau kerajaan.
Pendapat saya ini disokong oleh tulisan Hishamuddin Rais dalam blognya. http://tukartiub.blogspot.com/2012/08/siapa-nasharudin-mat-isa-tulisan-tukar.html?zx=e9dc1a30c0329eb5 Cumanya beliau mengulas daripada Teori Karl Marx politik yang berlaku dalam negara. Tapi saya tahu tak der sapa pun yang peduli tentang kenaifan rakyat Malaysia mengenai politik hatta mahasiswa sendiri. Mereka hanya menerima bulat-bulat daripada media dan kemudian mengulas dengan pengalaman dan pengetahuan sendiri.
Yang diorang sibuk dunia hiburan. Yang terbaru saya ambil hari ni mengenai fenomena Oppa Gangnam Style. Hah, malang saya ni yang selalu dipaksa dengar siaran Hot.fm yang dibuka oleh rakan dalam kereta sewaktu ke kerja. Pastu boleh pula orang di pejabat saya cakap;
"Orang yang kutuk tarian tu famili dia tak sporting,"
Apa punya pemikiran~ inilah pemikiran yang telah disumbat oleh Barat yang membawa budaya mereka ke sini dan memaksa kita menerima budaya mereka dengan alasan, the very same reason "Come on...sportinglah"
Dari dalam kereta, membawa masuk ke pejabat, cair tahi telinga selalu mendengar muzik. Disebabkan Malaysia ini negara yang menegakkan kebebasan, jadi saya raikan saja mereka. Bukan semua orang sama kefahamannya. Saya terfikir satu perkara, memang sudah menjadi budaya dan ritual orang Kristian dan Yahudi untuk menyanyi dan mengalunkan muzik di dalam tempat ibadat mereka. Dalam lirik-lirik mereka semestinya ada kata puji-pujian kepada tuhan mereka. Hindu juga begitu dan semua agama di dunia ni kecuali Islam. Yusuf Estes seorang pendakwah Kristian sebelum masuk Islam apabila mendengar di dalam masjid tidak ada alunan alat-alat muzik, beliau tersangat pelik dan bercita-cita besar untuk membawa muzik ke dalam masjid. Beliau terfikir kalau beliau berjaya membawa muzik ke dalam masjid, maka berapa banyak beliau akan untung kerana terdapat berapa juta masjid di dunia ini. Sudah tentu perkara tersebut tidak berlaku kerana Allah akan memelihara rumahnya. Tapi terpeliharakah rumah kita? Kalau tidak dapat di masjid pun tak apa, dalam rumah-rumah orang Islam perlu dibiasakan dengan adanya muzik. Rosak. Daripada pemikiran kecil Yusuf Estes semasa menjadi pendakwah Kristian ini kita sudah boleh nampak cita-cita mereka iaitu menyogok sebanyak mungkin pemikiran umat Islam untuk mengamalkan budaya mereka. Bagi saya nasyid yang mengguna alat muzik itu adalah seperti budaya Kristian dan Yahudi di dalam upacara ritual mereka iaitu memuji-muji tuhan di dalam lagu. Pemujaan kita kepada Allah diajar melalui Rasulullah s.a.w adalah tidak melalui lagu-lagu yang menggunakan alat-alat muzik. Sedarlah. Pujian dan pujaan adalah melalui zikir. Wallahualam...