Saturday, August 25, 2012

Salasilah keturunan

Malam ni bersengkang mata mengkaji salasilah kerabat diraja Kedah.  Sebagai rakyat Pulau Pinang yang tidak pernah tahu perasaan memiliki raja/sultan di negeri, jadi agak termangu-mangu apabila dikhabarkan saya datang dari susur galur raja Kedah.  Sinis.  Susur galur itu pula tidak jauh.  Senang cerita saya berkongsi datuk kepada moyang dengan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah.  Saya cuba letakkan cerita yang dibawa kepada saya oleh mak saudara;

Menurut beliau;

Sultan 'Abdul Hamid Halim Shah

Sultan Badlishah 

Sultan Abdul Halim Muazzam Shah               Tunku Hasnah

                                                                    Megat Saad 
                                              
                                                                    Abdul Rahim
      
                                                                  Rosli

                                                                  ~saya~

Dengan penceritaan di bawah, they asked me to believe?

Bahawasanya Tunku Hasnah tersebut seorang puteri yang jelita dan meminang seorang guru agama bernama Megat Sulaiman dari Aceh.  Berlaku Perang Siam yang menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri.  Anak mereka dinamakan Megat Saad dan membesar menjadi seorang tukang.  Kerana kesusahan hidup dan kematian isteri tersayang, anaknya Megat Abdul Rahim terpaksa diserahkan kepada sepupunya Ayob untuk dibesarkan.  Tok Ayob telah membuang nama gelaran Megat di hadapan Abdul Rahim dalam surat beranak kerana mahu membesarkannya sebagai anak sendiri.  Semasa diserahkan balutan bayi kepada Tok Ayob dan Mak Wan, turut disisipkan bersama-sama balutan bayi tersebut sebilah keris kecil sebagai pengasuh.  Keris kecil tersebut telah disorokkan oleh Mak Wan di alang rumah dan Tok Wan (Abdul Rahim) tidak mengetahui mengenai perkara tersebut sehingga beliau sudah dewasa.  Begitulah serba ringkas cerita tersebut.  Dakwaan kerabat diraja ini disokong dengan unsur-unsur mistik yang berlaku di sekeliling keluarga Abdul Rahim antaranya:

1) Tok Chaq sewaktu berubat perlu memakai pakaian serba kuning dan panjat Gunung Jerai.  Hatta selipar jepun turut berwarna kuning.
2) Tok saya bermimpi dua kali ada seseorang datang dan menyuruh adik saya dinamakan Megat Saad sempena nama moyangnya.  Perkara ini dikhabarkan sewaktu ayah saya pening kepala kenapa adik saya asyik menangis walaupun sudah dinamakan Mohd Aqmal.
3) Kehadiran seorang tua berjubah putih dan berjanggut dalam setiap mimpi anak cucu yang rajin bangun tahajud dan didakwa sebagai Lebai Sulaiman- dialami oleh abah, mak jang dan mak cik dll...
4) Bagi anak perempuan dalam setiap keluarga, akan ada seorang yang bermulut masin dan apa yang dikata akan menjadi kenyataan jadi perlu berhati-hati apabila bergurau atau melawak...
5) Semasa mak saya mengandungkan saya, mak saya mengidam buah delima.  Pelusuk alam dicari tidak berjumpa kerana di luar musimnya.  Tiba-tiba selepas subuh di sebuah masjid, abah saya ternampak sebiji buah delima yang ranum terjuntai ke dalam kawasan masjid dari rumah sebelah.  Setelah mendapatkan buah delima sebiji tersebut dengan meminta kebenaran tuan rumah, pokok tersebut telah berbuah dengan lebatnya selepas itu (macam cerita Jula Juli Bintang 7)

Sebelum ni banyak sahaja versi dan desas-desus serta andaian-andaian mengenai asal usul keturunan Abdul Rahim ni, cuma baru-baru ini jadi kuat apabila ada orang istana turun berjumpa Tok Cik dan Tok Chaq.  Beliau meminta untuk menghadirkan diri di istana bagi memperoleh cap mohor.  Sejauh mana kebenaran, ini semua dari mulut orang-orang tua.  Saya sekadar mendengar...

Sebenarnya cerita ini sebiji seperti apa yang dikarang oleh Faisal Tehrani dalam Bedar Sukma Bisu.  Baru-baru ini saya berkesempatan membaca salah satu karya beliau yang menjadi koleksi setelah sekian lama membeli.  Satu lagi Surat-surat Perempuan Johor.  Kadang-kadang sastera sangat jadi berat otak nak bagi faham.  Mungkin juga kerana menanti masa yang sesuai untuk menghadam.  Bagai kebetulan cerita yang digarap sama seperti hikayat hidup saya.  Cewah...dah jadi hikayat pula ea~

Tidak mahu terlalu taksub dengan cerita berkaitan kerabat yang jadi topik hangat keluarga sempena Hari Raya ini selepas politik, btw Pak Ndak Mat (Mat Sabu) buat daging kambing panggang untuk open house dia yang sememangnya siapa cepat dia yang dapat, saya selongkar la salasilah kerabat diraja Kedah untuk mendapatkan kepastian.  Apa yang saya temui dari sumber ini http://www.royalark.net/Malaysia/kedah11.htm , ada la beberapa perkara yang boleh ditimbulkan antaranya;
 

sultan ‘abdul hamid halim shah+Nai Sofiah binti ‘Abdullah (isteri ke-4)

Sultan Badlishah+Tunku Sofiah+Sultana Asma

Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (s/o Tunku Sofiah),H.H. Tunku Datuk Sri Hosnah binti al-Marhum Sultan Badlishah (d/o Sultana Asma) 

Sumber: http://www.royalark.net/Malaysia/kedah11.htm

Sultan 'Abdul Hamid Halim Shah memiliki  9 orang isteri.  Hasil daripada isteri tersebut, baginda beroleh 22 orang putera dan 18 orang puteri yang bertebaranlah berkahwin dan memperkembangbiakkan keturunan.  Saya carilah adik beradik Sultan Abdul Halim kalau ada-ada nama Tunku Hasnah.  Yang ada hanyalah H.H. Tunku Datuk Sri Hosnah.  Tak pasti sama ada inilah Tunku Hasnah yang dimaksudkan atau tidak.  Tapi memanglah tidak ada perincian anak cucunya kerana dikatakan hilang dari rekod.  Sebab itulah dijejaki oleh mereka yang diamanahkan untuk direkodkan.  Wallahualam... Kalau ada menarik juga.  Siapa yang tidak mahu tahu asal keturunannya dengan jelas? Semua orang nak.  Ada yang saya lihat rekod baru sehingga tahun 2009 bagi yang memang dari dahulu direkodkan anak cucunya bagi kerabat diraja Kedah.  Dan setiap orang pasti ada hikayat keluarga masing-masing.  Lagipun cerita ini merungkai persoalan sewaktu berada di kubur Tok Wan, terlihat nama yang terukir Abdul Rahim bin Megat Saad, kenapa Abdul Rahim tak pakai Megat? Jawapan tersebut terjawab keesokannya.

Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...sekadar mengupdate sempena raya. Penemuan terbaru dan perlu dikaji dengan lebih lanjut...

No comments: