Walau
marah macam mana pun kita kepada mereka, mereka tetap berbuat baik kepada kita.
Mereka tidak pandai membenci lagi. Walaupun sebentar tadi kita membuat mereka
menangis, sekejap cuma mereka akan datang kembali kepada kita untuk mengadu
macam-macam. Keinginan kepada perhatian itu lebih utama berbanding perkara lain.
Walaupun
saya selalu garang-garang semasa program, waktu rehat mereka akan datang
mendekati untuk bercerita. Ada yang sampai meletakkan kepala ke ribaan saya,
saya kekok untuk membelai kerana khuatir menyebabkan ahli-ahli syurga yang lain
cemburu. Sedangkan mereka mungkin tidak merasa sedemikian.
Walaupun
semasa berada dalam surau ada seorang dua yang kena libasan rotan saya kerana
bersembang dan saf tidak teratur, selepas selesai solat tetap mereka datang untuk
bersalam dengan saya kerana mengharapkan ciuman ke pipi mereka. Saya tidak
memaksa atau menjadikan peraturan untuk bersalam dengan saya seusai solat.
Namun, setelah saya menyalam seorang dua di sebelah dan memberi ciuman,
masing-masing berlumba untuk mendapat peluang yang sama. Macam satu perkara
yang dinanti seusai solat. Mencari-cari kelibat saya kalau saya tidak ada di
saf hadapan. Dahagakan perhatian...
Kanak-kanak
memang cepat belajar melalui perbuatan. Apabila dilihat rakan-rakan mereka
datang bersalam dan cium pipi dengan saya, esoknya semua akan mengambil peluang
yang sama. Satu lagi, saya sudah biasa solat dengan berbaju kurung. Beberapa
hari kemudian, muncullah golongan yang tak nak memakai telekung dan nak
bersolat dengan pakaian sedia ada. Masalahnya tudung mereka pendek dan
kadang-kadang stokin tak bersih. Apabila ditanya kenapa tak nak pakai telekung,
mereka jawab ‘ustazah pun solat tak pakai telekung.’ Hmm… tak ada masalah pun
bagi saya kerana Islam itu mudah. Cuma, kadang-kadang pakaian kurang sempurna
yang buat saya paksa juga untuk pakai telekung.
Kadang-kadang
saya tidak perlu menjawab atau berhujah dengan mereka, ada sahaja kelompok yang
nak menyokong dan membela saya. Antara perbualan yang menyebabkan saya geli
hati
Dialog
1:
Saya:
Baik-baik nanti air tu tumpah…ish, air tu…
Auni: Cikgu ni air, air… air la…
(saya rasa
saya dah sebut bahasa baku~kanak-kanak memang cepat bezakan pelat yang
berlainan dari negeri asalnya)
Nabihah: Apelah… betullah tu…cikgu kan asal Kelantan…
Saya : Pandailah kamu ni, sejak bila ustazah bagitahu ustazah asal Kelantan~ (sambil ketawa tak berhenti)
Dialog 2:
Diyana: Cikgu
ada anak tak?
Saya : Manalah ada anak…kahwin pun belum lagi.
Diyana: Kenapa tak kahwin?
Auni : Buat apa nak kahwin…kahwin tu tak pentinglah.
Umairah : Pentinglah..Allah yang suruh. Rasulullah suka orang yang kahwin.
(saya hanya ketawa melihat mereka berhujah)
Haish
kecik-kecik dah pandai. Ada pula yang depan-depan mata saya melihat lelaki dan
perempuan bermain mata sambil tersengih-sengih macam kambing. Geram saya dan
cepat-cepat menghalau pelajar lelaki ke kelas. Yang perempuan pun sama juga
menjeling-jeling. Ini yang pantang ni…
Saya cuba
untuk mengajar mereka supaya berhati-hati dengan golongan lelaki. Kasihan
mereka sebab masih naif tetapi sudah mengalami peristiwa yang bukan-bukan. Datang
pula dari orang lelaki dewasa yang merupakan ahli keluarga sendiri.
Pengalaman
masa kecil berhadapan dengan lelaki-lelaki yang miang ni menjadi pengajaran
kepada ahli-ahli syurga. Seingat saya, jenuh mak saya nak menjaga. Apabila
diketahui pemandu van yang membawa saya ke PASTI meminta saya mencium pipinya
baru saya boleh turun, mak saya mengamuk. Mak minta tok wan atau tok su
hantarkan. Mak jadi paranoid. Saya dididik untuk pandai mempertahankan diri
dari diambil kesempatan. Jangan bercakap dengan orang asing, jangan buka pintu
kalau mak tak ada , jangan terima apa-apa dari orang tak dikenali. Over and over again.
Sehingga
pernah saya utus surat layang mengecam guru sandaran yang gatal kerana memegang
tangan saya. Saya pun tak terfikir seorang pelajar darjah 4 boleh berbuat
demikian. Kawan-kawan saya ada yang mengatakan saya kejam kerana guru tersebut
menangis selepas baca surat satu muka penuh tersebut. Betullah, mata pena itu
lebih tajam dari mata pedang. Kawan-kawan yang baik dengan cikgu tu memaksa
saya meminta maaf dan kata cikgu tu nak jumpa dengan saya. Tapi sampai ke sudah
saya melarikan diri. Geram betul, biar dia ingat sampai tua. Mind set saya, dalam diri semua orang
lelaki mesti ada the dark side atau
Mr.Hyde apabila berhadapan dengan orang perempuan. Cuma sejauh mana dia pandai
mengawal yang membezakan mereka. Dari mata pun dah dapat baca apa dalam otak
mereka… Letak sebelah pula kes-kes nak mengambil jadi adik angkat, abang
angkat. Walaupun saya tak ada abang, saya tak terdesak lagi ok nak panggil
orang lain abang.
Haa..dah
termelalut pula. Kalau isu ni, sahabat-sahabat saya cakap jangan bincang dengan
saya, sebab saya mesti ada hujah/teori yang memihak kepada saya. Baiklah. End of story. Bukan mudah nak pastikan
ahli-ahli syurga ini kekal sebagai ahli syurga jika tidak dididik dengan acuan
Islam yang sebenar. Besar tanggungjawab ibu bapa sebenarnya. Bahkan sudah
terlewat kalau baru sekarang nak fikir bagaimana untuk mencorak anak-anak nanti
dan bagi memastikan dia kekal sebagai ahli syurga. Bukti di hadapan mata saya
membuatkan saya sentiasa merasa pentingnya peranan ibubapa sebagai guru pertama
anak-anak.
Sentiasa
saya membandingkan perhatian mak saya terhadap kami yang sangat besar
berbanding ibu-ibu kanak-kanak ini yang sibuk bekerja sehingga kanak-kanak ini
tidak pandai mengaji, solat, dan berakhlak mulia walaupun sudah berumur 7 tahun. Kasihan mereka…