People are not interested to know about
yourself. They just couldn’t care less. 5 minit pun sudah mencukupi untuk membuatkan orang di sekitar anda
bosan mendengar perkembangan diri anda. Cuma politeness yang membezakan sama ada orang keep on listening and nodding, menguap, ubah topik atau diam tetapi
mata tengok ke lain. Dalam hati mereka, ‘asyik dengar cerita ko jer, aku pun
nak cerita pasai aku gak.’ Ini bukan persepsi atau judgement, ini adalah fakta psikologi. Dalam buku How to Win Friends and Influence People ada
disebut fakta ini di awal cerita. Manusia merupakan makhluk yang pentingkan
diri. In fact, memang kita kena
dahului diri kita kalau dalam konsep Islam untuk perkara ibadah. Kalau ada satu
sahaja telekung dan sudah masuk waktu solat, kita wajib solat dahulu dan tetamu
kita dikemudiankan. Tetapi, dalam bab ini kita boleh pula dahulukan saudara
kita~. Kalau dalam soal kahwin pun, kalau ada seorang calon yang kita redha
dengan akhlaknya dan ibadahnya, kita wajib dahulukan diri kita walaupun ada
kawan kita yang suka kat dia juga sebab kahwin ini ibadah (ni kutip dari filem
Ketika Cinta Bertasbih).
Semua manusia di dunia ini kalau boleh nak orang dengar cerita dia saja.
Dia tak nak dengar pun kisah orang. Tetapi lain bagi orang yang berniat mencari
pengaruh atau bersahabat dengan seramai mungkin orang atas kepentingan tertentu. Mereka harus belajar
mendengar. Oleh itu, dalam buku tersebut, perkara pertama yang anda perlu
lakukan untuk memenangi orang di sekeliling anda dan mencipta pengaruh adalah
dengan menjadi pendengar yang baik. Bukannya bercakap tentang kehebatan diri
sendiri apabila mula mengenali seseorang. Persoalannya, sampai bila kita hendak
jadi pendengar sahaja? Bukankah kita juga perlu didengari. Bagaimana kalau
orang yang kita selalu pinjamkan telinga untuk dengar celoteh dia tidak pernah
sekali pun nak menjadi pendengar kita?
Perlu diketahui, bukan semua orang boleh menjadi pendengar yang baik.
Kalau semua orang boleh menjadi pendengar yang baik, tidak timbul nasihat be a good listener in order to be listened atau buku-buku mengajar cara menjadi pendengar yang baik. To
be listened ini pula bukanlah perkara yang sama seperti mana yang kita
lakukan. Sebagai contoh, kita mendengar masalah peribadi rakan. Sebagai
balasan, kita mengharap dia pun akan berbuat perkara yang sama kemudiannya iaitu mendengar
masalah peribadi kita. Konsep sebegini tidak terpakai dalam nasihat be a good listener in order to be listened.
Kadang-kadang kita perlu menjadi pendengar sepanjang masa selama berkawan
dengan seseorang sebelum mereka belajar mendengar. Ada yang kita sahaja menjadi
pendengar sedangkan dia tak pernah mendengar. Oleh itu, tips ini hanya terpakai
kepada mereka yang mempunyai kepentingan tertentu untuk sesuatu masa. Senang
cakap, apabila kita selalu mendengar masalah seseorang, satu masa mereka akan
senang menyetujui apa sahaja idea kita. Satu masa…dan untuk sesuatu perkara. Bukanlah
seperti mana yang kita lakukan kepada mereka, mendengar apa sahaja cerita tentang mereka.
Oleh itu, ada satu konsep asas yang perlu ada bagi menguatkan seseorang
yang hendak menjadi pendengar yang baik. Sense
of belonging. Sense of belonging ini
berada di tahap ketiga piramid Teori Keperluan Maslow sebelum mencapai self-esteem, iaitu orang yang yakin
untuk mendengar kerana keperluan dia untuk didengari sudah dipenuhi. Oleh
siapa? Adakah oleh kawan atau orang sekeliling yang dia belajar menjadi pendengar yang baik?
Sudah tentu tidak. Bukan calang-calang orang yang boleh mendengar dan didengar.
Ini hanya diperoleh jika individu tersebut sudah memiliki orang yang memenuhi
keinginannya di tangga kedua. Dan orang tersebut mestilah seseorang yang
membuatnya rasa love or self-belonging.
Contohnya, disebabkan mak kita di rumah seorang yang sentiasa mendengar
masalah kita sama ada kecil atau besar, kita membesar menjadi seorang yang
sihat dan positif jiwanya. Jadi dengan jiwa yang sihat dan positif tersebut,
kita tidak ada masalah untuk menjadi pendengar yang baik walaupun orang tidak
mahu mendengar cerita peribadi kita. Kerana kita merasa sudah cukup emak kita
di rumah. Atau yang paling tinggi bagi seorang Islam ialah jika jiwa kita sudah
merasa disayangi oleh Allah s.w.t dan kita yakin Allah s.w.t adalah Maha
Mendengar, kita tidak ada masalah untuk tidak berkongsi masalah kita dengan
manusia kecuali jika atas keperluan tertentu.
Dari mana nak cari love or
self-belonging? Semestinya melalui Allah s.w.t., mak ayah, adik beradik,
suami, isteri dan yang terakhir baru sahabat. To create self-belonging, relationship should be a win-win situation or
there are give and take. Orang yang tidak didengari, tidak boleh mendengar.
***
Pukul 12.30 a.m. tadi, saya baru pulang dari satu mesyuarat di ibu kota.
Dalam mesyuarat tersebut, pengerusi majlis berminat nak dengar analisis
pasca-pru 13 dari saya. Saya pun bentangkan secara ringkas walaupun saya tahu
orang-orang di dalam mesyuarat tersebut lebih senior dari saya dan lebih
berpengalaman. Saya pun tak sangka begitu besar impak orang yang ada latar
belakang pendidikan politik ni. Sedangkan entah apa-apa yang saya ucapkan. Rasa
kerdil. Tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya, adakah ini to be listened di tahap self-esteem atau self-belonging? Ini tahap self-esteem.
Saya didengari kerana pencapaian saya atau saya dihormati oleh orang lain.
Rujuk dalam gambar. Bukan kerana mereka sayang saya. dan bukan ini yang saya nak sangat. Bila-bila masa saya boleh dapat.
Jadi, siapa yang sayang saya? Itulah yang saya nak tahu. Selain daripada
Allah s.w.t yang Maha Penyayang, mak abah saya yang jauh…siapa lagi? Mereka dan
saya itu perlulah developed self-belongingness
atau love. Oleh itu, tadi saya
gatal-gatal mulut tanya seorang sahabat serumah sebelum pergi ke mesyuarat.
‘Sejauh mana kepentingan saya kepada awak?’
Dia gelak.
‘Kenapa tanya soalan macam tu?’
‘Jawab je la.’
‘Kalau Ayu, Ayu jawab apa?’
Ditanya saya pula.
‘Tak pa, fikir dulu. Nanti aku balik mesyuarat, aku nak dengar jawapan.’
Sekali dia sudah tidur masa saya pulang dari mesyuarat. Tak pasal-pasal
sahabat lain yang kena provok. Dan saya belum jumpa jawapan yang baik.
Kita boleh jumpa sahabat baik. Tak perlu cari. Waktu berkawan-kawan masa
sekolah menengah atau di universiti, masa tu lah kita kenal perangai dia. Kalau
perangai dia tak serasi dengan kita selepas 2, 3 hari bersama di mana tidak wujud self-belongingness, kita boleh
tinggalkan dia dan berkawan pula dengan orang lain sehinggalah kita boleh
bersama dengan seorang sahabat yang memang sehati dan sejiwa. Tapi kalau
sahabat sehidup semati memang kena cari betul-betul. Kena jelas kepentingan
bersama supaya hubungan tersebut kukuh dan bukan sekadar eksperimen.
Kenapa saya tiba-tiba terfikir tentang perkara ni?
***
Hari ni last treatment gigi
saya dekat Dr.Mun. Lebih setahun saya membuat rawatan dengan Dr.Mun. Ulang alik
dari UKM ke bangunan MPAJ sehingga dia pun sudah di tahun akhir dan saya
mengambil sarjana.
Waktu dalam perjalanan ke sana, saya membuat pertukaran LRT ke Ampang di Chan
Sow Lin. Semasa masuk dan duduk di tempat duduk kosong, ada sepasang suami
isteri Cina turut memasuki koc yang sama. Kelihatan sudah terlalu tua pasangan
ni. Si isteri agak bongkok dan si suami bertongkat. Jalan pun perlahan. Sewaktu
si isteri duduk di tempat duduk bertentangan dengan saya, dia menepuk-nepuk
tempat duduk kosong di sebelahnya sebagai isyarat kepada si suami. Mak saya pernah tunjuk
isyarat sebegitu juga waktu dia cakap ‘Lai, chi peng’ yang membawa maksud ‘mari,
duduk sini.’ Saya kira kalau dia Hokkien, dia pun akan cakap ayat serupa. Si
isteri bukan sekadar menunjukkan isyarat, bahkan menghulurkan tangan kepada si
suami yang menyambut sebelum duduk di sebelah isteri. Saya perasan tangan si
suami terketar-ketar sebelum memegang besi di sebelah tempat duduk. Mungkin
Parkinson.
Tiba-tiba saya rasa sebak sehingga ke hidung. Bukan sebab sedih, tapi
terharu. Cepat-cepat saya alihkan mata ke buku yang dibaca-Kumpulan Fokus Subky
Latif Isu 1977. Saya terfikir, ketuaan mereka tidak menjadi penghalang pun untuk
mereka pergi ke mana sahaja berdua. Tidak malu pun dengan kedhaifan diri pasangan. Bila
dah ok, saya curi-curi pandang kedua pasangan ni. Saya lihat si isteri tidak
berhenti berborak perlahan dengan si suami sambil bibir sentiasa senyum. Saya
lihat dia yang lebih banyak bercakap dan sekali-sekala sahaja direspon oleh si suami
bila ditanya. Saya terharu kembali.
Itulah self-belonging
yang mewujudkan pendengar dan didengar yang terbaik tanpa dipaksa. Sesuatu
yang jarang saya lihat kepada arwah tok dan tok wan saya sama ada sebelah mak
atau abah. Saya boleh katakan tidak pernah melihat mereka duduk berdua dan
berborak-borak perlahan bersama. Kalau tok wan saya bercakap, tok lebih banyak
mendiamkan diri di sudut lain ruang tamu. Saya boleh menangis kalau lihat tok
dan tok wan saya duduk bersama sambil berpegangan tangan dan berbual. Selain
dari waktu tidur, saya tidak pernah lihat mereka duduk berdekatan antara satu
sama lain. Bukan tak sayang, tetapi mungkin itu cara mereka. Mungkin mereka
sudah memutuskan peranan masing-masing sepanjang hidup bersama- tok saya lebih suka jadi
pendengar setia kepada tok wan saya.
Itulah self-belonging.
Awak dan saya kepunyaan bersama sehingga awak adalah saya dan saya adalah awak
dan kita memahami keperluan masing-masing. Rasa kepunyaan yang menguatkan jiwa.
Saya melihat mereka berdua sebagai jasad yang terpisah sedangkan mereka berdua
sudah menjadi satu. They complete each
other. Ia satu pemandangan yang sangat indah dan menyentuh hati. Buat
seketika, saya merasa seronok jika itu adalah saya…sebelum saya masuk kembali
ke dunia Subky Latif.
So, keep on praying and looking.
(bersanding di usia tua lebih membahagiakan berbanding di usia muda)