Friday, May 25, 2012

Kawalan Minda


Sebelum memasuki institusi Ramadhan, Allah sudah sediakan dua bulan sebagai tempoh untuk menyucikan diri dan hati. Sikit-sikit meninggalkan perkara kemaksiatan dan kelalaian.  Sesuatu amalan yang jika dilakukan dalam masa 10 hari berturut-turut, perbuatan tersebut akan menjadi tabiat.  Jadi sudah boleh mula menyenaraikan perkara-perkara yang perlu ditinggalkan dan menggantikannya dengan amalan-amalan soleh yang lain.

Tajuk entri saya berkait rapat dengan penyucian diri terutamanya minda.  Harapnya semua orang sedar dan maklum bahawa kita sekarang sedang berada dalam medan peperangan minda/saraf dengan kafir laknatullah.  Seperti biasa, anak-anak muda sentiasa berada di saff hadapan dalam menghadapi peperangan ini.  Namun, persoalannya, sejauh manakah bekalan dan persediaan serta kekuatan anak muda yang berada di barisan hadapan ini?  Apabila saya menyebut anak muda berada di barisan hadapan, ianya membawa maksud anak mudalah yang mengungguli medan peperangan ini iaitu dunia teknologi dan siber.  Bezanya dengan anak muda dahulu ialah, peperangan ini melibatkan semua jenis anak muda tanpa mengira kekuatan dan persediaan yang dia ada.

Kalau menurut saya pelajar sains politik, kawalan minda boleh juga diistilahkan sebagai hegemoni berideologi oleh elit yang berkuasa.  Sememangnya teori yang sedang saya gunakan dalam tesis saya yang berkaitan dengan ekonomi kapitalis dan demokrasi liberal.

Seorang rakyat Amerika ada menyebut, “I DIDN’T TRUST ANYTHING DAT COMES FROM THE GOVERNMENT”

Beliau menjelaskan, selama ini rakyat tertipu dengan golongan elit.  Seperti piramid yang terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian yang paling atas iaitu elit sebenarnya sentiasa bersatu.  Tetapi melalui media, mereka menyebarkan perbezaan dalam kalangan rakyat yang menyebabkan rakyat sentiasa bermusuhan.  Mereka selalu menyebut mengenai perbezaan (agama, bangsa, pekerjaan, gender, umur, dll), tetapi tidak pernah langsung menyebut mengenai titik persamaan yang ada dalam kalangan rakyat.  Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya dalam masa kita berkelahi, mereka boleh membolot harta kekayaan negara tanpa diketahui. 

Politikus bersembunyi di belakang tiga perkara-à the flag, the bible and the children.  Kita sentiasa mendapati sistem pendidikan kita bermasalah.  Tetapi, adakah pemimpin kita hendak membetulkannya?  Tidak sama sekali.  Kadang-kadang kita sampai naik pelik dan tertanya-tanya, apakah golongan ini tidak boleh berfikir perkara ini?  Bukan mereka tidak berfikir, tetapi mereka tidak mahu melahirkan orang yang berfikir.  Mereka hanya mahu rakyat yang taat dan patuh kepada arahan mereka, rakyat yang sentiasa mengikut sistem.  Orang macam Rafizi tidak ada tempat dalam kerajaan walau secerdik mana pun dia.

Dalam dunia ni ada dua bentuk penjajahan.  Satu bentuk penjajahan ialah anda terpenjara lalu anda dapat melihat dan menyentuh jeriji.  Satu lagi bentuk ialah anda tidak dapat melihat jeriji dan anda fikir anda bebas.
Secara ringkasnya ia dipanggil mass hypnosisàsatu doktrinisasi tanpa sedar..

Dunia sekarang manusia menghabiskan banyak masa terlibat dengan media moden, televisyen, wayang gambar, permainan komputer, internet, fiksyen dan muzik popular menjadi sebahagian dari kehidupan mereka.  Pelbagai cara, tujuan berbeza.  Tujuannya ialah untuk menyerap kepercayaan, ideologi dan objektif mereka terhadap anda secara halus hingga anda berfikir bahawa mereka adalah sebahagian daripada anda.

Pernah tak kita mendengar statement yang mengatakan Gen-Y tidak dapat dipisahkan dengan IT, tak dapat dipisahkan dengan FB, Twitter, dll.  Kalau kita sendiri mengakui perkara ini, secara tak langsung kita telah termakan dengan ideologi yang mengatakan FB adalah sebahagian daripada kita dan kita tak boleh hidup tanpanya.

Maaf saya cakap, adakah kita memikirkan dengan cara kita menukar profile seperti yang berlaku baru-baru ini mengenai tahanan Palestin dalam penjara Yahudi dapat merubah keadaan mereka?  Apakah dengan berjuta-juta memberi protes memberi kesan besar?  Apakah mereka dibebaskan? 

Kita syok sendiri.  Saya fikir Mark Zukernberg berbangsa Yahudi itu bukan semakin miskin, tetapi semakin kaya juga.  Kotlah kita memboikot FB.  Kadang-kadang saya berfikir kita memilih semudah-mudah perkara untuk berjuang dalam Islam.

Hanya tekan like, hanya tekan share…selemah itukah iman kita?  Astaghfirullah…  Kalau mengambil tamsilan burung pipit yang membawa air bagi memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim, itu kerana setakat itu sahaja yang mampu dilakukan oleh burung pipit.  Tapi, anak muda?

Like dan share produk boikot daripada Yahudi boleh, buatnya tak boleh…KFC bantai juga, PEPSI telan juga, NESTLE tibai juga, rokok hisap juga.  Saya memang geram dengan sikap ini.  Bukankah ia mengundang murka Allah?  Kita berkata (baca like dan share) perkara yang kita tak buat pun!

 “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.

Teknologi buatan Yahudi Zionis ini sebenarnya sedang membahagi-bahagikan fokus kita tanpa kita sedari.  Kita merasakan kita sedang menggunakan masa dengan baik apabila kita menghabiskan masa di depan FB me’like’ dan me’share’ perkara kebaikan.  “Tak pe, aku sedang berdakwah.  FB juga merupakan medium dakwah yang terbaik sebab semua orang guna FB.”  Tertipunya kita… Awak tak lihat keadaan awak?  Berbaring di atas katil, bersandar di kerusi malas, menopang dagu, mengunyah makanan, dalam bilik yang selesa, ada aircond, ada kipas, bersama keluarga tersayang, bersama sahabat-sahabat seperjuangan, kemudian awak mengadap FB awak ‘like’, ‘komen’, ‘share’ gambar-gambar saudara di Palestin, Syria dan awak rasa berpuas hati sebab sudah melakukan dan menyebarkan kebaikan…

Tertipunya awak dan saya! Apakah begini keadaannya orang yang berperang. 60 tahun sudah berlalu sejak peperangan saraf diisytiharkan…60 tahun dah berlalu…apa yang umat Islam dah buat?  Adakah saya mengajak sahabat-sahabat pergi terbang ke Palestin dan berperang dengan Yahudi secara berhadapan sekarang juga?  Itukah yang saya mahu?!

Bahkan bukan kemahuan saya…tapi demi Allah, APA sebenarnya tuntutan Islam ke atas kita? APA sebenarnya yang kita kena buat?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.

Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w ialah ‘Iqra’’(Bacalah!).  Zaman kegemilangan Islam diungguli oleh budaya ILMU.  Zaman keunggulan Barat juga diungguli oleh ILMU.  Kalau begitu sifirnya, kenapa mesti memandang enteng nilai ilmu?  Kenapa susah sangat nak faham? Kenapa mesti nak bersoal-jawab kalau sibuk study, sapa nak buat kerja jemaah?  Bagi saya senang jer.  Buatlah apa awak nak buat, nak naik gunung Everest ke, nak berdemo ke, nak berkempen ke, yang penting awak menuntut ILMU.  Tak kisahlah apa ilmu pun, yang penting ianya BERGUNA untuk ISLAM dan masa hadapan ISLAM.  Bangsa yang bodoh tak ada tempat dalam dunia ni! 

"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."                      
                                      
 Jujur saya katakan, saya memang geram betul dengan FB.  Ia menjadikan saya manusia yang rela buang masa, berprasangka, ujub, takabbur, bangga diri, rasa best, perasan bagus.  Tolong jangan beritahu saya imannya bertambah apabila bermain FB.  Semua itu dusta. Itu tandanya riak sebab rasa iman bertambah!  Kalau kita rasa orang berprasangka buruk kepada kita, itu tandanya kita sendiri yang mulakan.

Allama Iqbal, ahli falsafah Islam ada menyebut dalam Rahsia Diri bahawa setiap kebaikan itu bermula dari diri.  Perbaiki diri dahulu dan masyarakat akan secara automatik menjadi baik.

Ada kajian mengenai Freemason yang menyebut bahawa kita sedang dikawal: minda, tubuh, jiwa--à jika kita tidak memahami potensi diri, kita takkan dapat memahami pengajaran penting dari sebuah sistem yang mengawal anda.. 

Pandangan peribadi saya, kita semua tidak menggunakan sepenuhnya potensi diri.  Kita telah disuntik ubat pelali iaitu media,IT, hiburan.  Kalau tak mengadap benda ni, hidup tak lengkap, rasa nak gila, sunyi, kosong.  Media menjadikan kita tak rasa bagaimana penderitaan saudara kita di Palestin, Syria..sebab rasa persaudaraan itu timbul atas dasar iman.  Bagaimana iman nak subur kalau asyik mengadap hiburan, tv, fb…like lah seribu kali, share lah berjuta kali, hati yang lalai tak akan rasa apa-apa…Astaghfirullahal’azim.  Iqbal menggunakan sepenuhnya potensi diri sehingga mampu menubuhkan negara Islam Pakistan.  Semua ini didasari dengan ILMU.

Oleh itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah “walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman)”.

Orang-orang yang ingin memburukkan keadaan di dunia ini tidak pernah berhenti walau sehari.. Bagaimana kita boleh berehat? Sinarilah kegelapan itu.

Entri ini agak ekstrem kerana penulis merasa marah dan kesal dengan diri sendiri…semoga kita semua dirahmati dan diberi kekuatan untuk BERUBAH serta menyedari POTENSI DIRI.  Wallahualam…

No comments: