Friday, September 7, 2012

Acik UMK


Mak saya pernah berkata:

“Bila anak perempuan tak buat hal, anak lelaki pula susah nak jaga...haihh”

Statement tersebut dikeluarkan sebab adik-adik lelaki saya tersangat ‘hensem’ dan terhangat di pasaran~
Seingat saya, adik-adik lelaki saya dikenali sebagai pemalu, sombong dan tak suka bersembang dengan perempuan.  However, as time goes by, their shields have subsided because of vast attack by women.  Shaitan weapon.

Adik-adik saya cakap saya kakak yang garang.  Tapi masa mereka kecil-kecil sayalah yang selalu bermain-main dengan mereka masa mak sibuk membuat tugasan rumah.  Mereka memang adik-adik yang comel dan baik.  Saya selalu diamanahkan mak untuk memastikan mereka membaca buku apabila mak bawa kami ke perpustakaan desa atau negeri.  Kami adik beradik beza umur semua dua tahun.  Orang cakap makabah pandai merancang.  Hakikatnya Allah s.w.t yang menentukan.  Lepas putus susu baru dapat adik baru jadi takkan berebut dan mendapat zat yang cukup.  Tapi saya seorang sahaja yang susah nak putus susu.  Mungkin sebab itulah saya pro-mak saya lebih sebab terlebih minum susu dan berebut dengan adik~  Hingga sekarang adik saya yang ke-3 tu kurang baik dengan mak sebab tak cukup susu.  Tiba-tiba rasa bersalah…

Masa saya Tingkatan 1 dan masuk ke sekolah berasrama, adik saya darjah 5, darjah 3 dan darjah 1.  Apabila berada di asrama selama 5 tahun, saya sudah tidak ada bersama-sama mereka untuk menjaga dan memerhati mereka membesar.  Komunikasi kami menjadi kurang setelah saya mula memasuki dunia remaja.  Setiap kali menelefon ke rumah, saya hanya nak bercakap dengan mak.  Kalau adik saya yang angkat saya hanya akan cakap;

“Mak mana? Nak cakap dengan mak.”  Dengan nada serius.  Saya jadi tak reti nak bersembang-sembang atau bertanya khabar atau mengusik mereka.  Tambah pula masa itu saya sudah mula tidak selesa dengan lelaki.  Kadang-kadang bila ingat-ingat balik, rasa terkilan juga.  Sedangkan mereka kedengaran seronok apabila saya telefon ke rumah.  Terutamanya adik yang ke-4, Muiz.  Dia akan terjerit “K.Yu! K.yu buat apa?”  Tapi saya hanya cakap “Nak cakap dengan mak.”  Biasalah, sindrom budak asrama- melebihkan kawan-kawan dan kalau balik rumah diam dan berkurung dalam bilik.

Abah sangat mementingkan ikatan kekeluargaan.  Orang lelaki memang macam tu kot.  Pentingkan silaturrahim dan keturunan.  Kalau saya dingin dengan adik-adik lelaki, abah selalu pesan;

“Buat baik dengan adik lelaki, nanti dia yang akan jadi wali kalau abah dah tak ada.”  Saya hanya diam protes.  Saya tak melawan atau membalas kalau saya tidak setuju dengan pendapat ibu bapa, saya hanya diam sebab diam saya tanda saya mempertahankan idea saya.  Saya tak perlu menang bercakap tapi melukakan hati mak abah, cukup sekadar diam supaya mereka berfikiran saya menerima idea mereka.  Ada hikmahnya kerana as time goes by, setiap apa yang mereka perkatakan akan meresap dalam kotak fikiran saya dan saya bersyukur saya tidak membangkang apa sahaja yang mereka perkatakan.

Cuma hubungan saya dengan adik-adik kurang mesra.  Tapi kami tak bergaduh.  Cuma kurang berkomunikasi.  Kalau saya bercakap pun semuanya hanya untuk pesan itu ini;

“K.Yu tak suka tengok orang lelaki pakai seluar jean, jadi ampa jangan pakai.  Menyusahkan mak nak basuh.” “K.Yu tak suka itu, tak suka ini.”

Aish, teruk betul sikap.  Sudahlah tidak rapat, tiba-tiba nak minta mereka ikut apa yang kita cakap.  Tapi adik-adik saya memang ikut kecuali yang ke-3.  Mungkin protes sebab saya ambil bahagian susu dia~ Tambahan pula kami jarang berjumpa kerana masing-masing membesar di asrama.  Kakak di asrama teknik, saya di Irshad, Jijun di Nibong Tebal, Muiz di Alam Shah, adik bongsu sahaja yang berada di sisi mak sebelum ke As-Syarif, Gunung Semanggol.  Jadi kami bertambah renggang.

Pesan-pesan saya semua diikuti cuma satu ini sahaja yang mereka tak mampu.  Berkawan dengan perempuan.  Kecuali yang bongsu yang dengar perkataan perempuan pun dah marah, yang lain gagal.  No matter how much I advised, they never prevail.  Mereka akan kalah.  Tambahan pula usaha perempuan-perempuan di sekeliling mereka lebih kuat berbanding saya yang jauh dan kurang berkomunikasi dengan mereka.  Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.  Adik-adik saya pemalu dengan perempuan, tetapi kalau perempuan mula dahulu mereka sangat menghargai.  Saya sangat hangin masa itu.  Saya jadi bertambah diam sebagai tanda protes.  Kalau adik-adik saya berusaha juga untuk bercakap saya hanya akan berkata

“Pergilah cakap dengan perempuan tu, buat apa cakap dengan K.Yu.”  Itu dahulu semasa berada di sekolah menengah.  Saya kurang mendengar tetapi lebih suka melarang.  Rigid, syadid, anti, strict semua ada.  Setelah berada di tingkatan Enam dan bercampur dengan pelajar-pelajar biasa yang memiliki 1001 latar belakang kehidupan yang berbeza, saya mula membuka diri untuk perbincangan.  Saya berubah 180 darjah.

Saya cuba memenangi kembali adik-adik saya dengan membantu mereka dan bersembang-sembang dengan mereka.  Rupa-rupanya selama ini apa sahaja sikap yang saya ambil terhadap mereka, mereka tetap sayangkan saya.  Keseriusan saya itu adalah kelebihan saya.  Mereka meminta saya menjadi orang tengah, tapi apabila latar belakang perempuan-perempuan yang berkawan dengan mereka bukan dalam kalangan yang faham, saya jadi buntu.  Mereka hanya berkawan secara serius dengan seorang perempuan dan bukan jenis yang bersosial dengan perempuan menyebabkan mereka sangat menghargai perempuan tersebut sehingga apa-apa usaha pun tak mampu membuatkan mereka meninggalkan perempuan tersebut.  Tambah pula perempuan-perempuan tersebut sangat mengambil berat yang terlebih terhadap adik-adik saya.  Berbulu rasanya.  Sebab saya yakin, kesukaan terhadap wanita akan melarikan fokus mereka terhadap perkara yang lebih penting dalam hidup.

Saya tak suka mereka bercakap tentang perempuan seperti mana saya tak suka cerita pasal lelaki dengan mereka.  Apabila suatu malam dalam bulan puasa ni, adik saya yang ke-4 cuba bercakap dari hati ke hati tentang perasaan dia terhadap seorang perempuan.   Rasa panas sahaja muka saya, tapi saya tahan dan cuba mendengar.  Dia minta saya beritahu perempuan tersebut untuk tunggu.  Tapi saya tak nak adik saya berharap.  Perjalanan dia masih jauh.  Saya minta dia untuk berfikir mengenai perkara ini.  Akhirnya, dia cakap dia akan ikut apa sahaja saranan saya.  Saya cuba merasionalkan dia dengan mengatakan kalau sudah jodoh, berapa tahun pun akan bertemu juga.  Walaupun hakikatnya saya tak berkenan dengan perempuan tersebut.  Saya tak pernah berkenan dengan mana-mana perempuan yang menggunakan jalan bersms secara langsung dengan orang lelaki untuk menyatakan harapan dan hasrat.  Itu sikap saya dan mereka tidak bersalah.  Mungkin didikan berbeza.  Tapi akhirnya, dia menerima saranan saya dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan mana-mana perempuan.  Tambahan pula, dia rasa menyesal dengan pencapaiannya dalam akademik akibat hilang fokus.

Saya tak tahu selama mana dia mampu bertahan.  Kasihan dia.  Jadi sekarang saya terpaksa bercinta dengan dia.  Saya menyarankan kepadanya untuk  masuk ke dalam jemaah agar menyibukkan diri.  Berada di UMK, dia sudah menonjol dengan mengetuai bacaan ikrar dan menjadi wakil pelajar Tahun Satu untuk berucap pada majlis penutup orientasi malam ini.  Setiap apa yang dibuat diberitahu kepada saya.  Saya sangat bangga tapi dalam masa yang sama sangat risau kalau-kalau ada perempuan-perempuan yang akan mengganggu dia which I have no doubt will happen.  Semoga Allah memeliharanya.  Saya hanya boleh berpesan tetapi terpulang kepada dia untuk macam mana.  Saya lihat cara yang terbaik adalah dengan berhubung dengannya selalu.  Itulah cara yang perempuan-perempuan terdahulu buat kepada adik-adik saya untuk mengambil hati mereka.  Walaupun saya tak suka bersms setiap satu minit sebab itulah saya pakai handphone flip, tapi demi memastikan fokus dia tak lari, ini sahaja usaha yang mampu saya buat.  Kadang-kadang saya pelik kenapa perkara-perkara kecil pun perlu disms, tetapi mungkin mereka menganggap ini adalah bukti ambil berat kot… hmm..tak faham, tak faham.  Harap dia kuat.  Tambahan pula gadis-gadis Kelantan ni kan gadis idaman lelaki Malaya…tipikal~ Semoga Allah s.w.t memelihara mereka-mereka yang cuba menjaga hatinya…  

No comments: