Wednesday, September 19, 2012

Bas Retro


Bas Retro
2.30 pm

Menunggu bas di Hentian Kajang nak ke UKM.  Huh, first time nak cuba naik bas dari luar.  Sejak ‘patah kaki’ lepas mak abah bawa balik kereta dan tak ada kenderaan lain, we have no choice.  Ingatkan nak ambil Rapid, alih-alih naik Bas Mini @ Bas Retro.  Gelaran bas retro ni disebabkan keadaan bas seperti bas sebelum merdeka dan pemandunya memasang siaran radio Klasik Nasional.  Serius saya rasa macam kembali ke zaman 10-20 tahun ke belakang. 

Sahabat saya di sebelah ketawa tak berhenti kerana tak percaya akhirnya dia terpaksa menaiki bas retro ni.  Saya pun tak tahu apa sahaja yang lawak.  Dia cakap best juga sebab bas ni berangin.  Mahu tercabut tudung.  Memegang tiket bas, memang membawa saya mengimbau pengalaman terakhir saya menaiki bas awam seperti ini adalah sewaktu Tingkatan 4. 

Masa tu saya bergaduh dengan pemandu bas sebab saya bayar harga pelajar sedangkan dia suruh saya bayar harga penumpang biasa.  Pelajar memang dapat diskaun apabila memakai baju uniform sekolah.  Tapi apabila memakai baju unit beruniform, kami dikenakan harga biasa.  Saya tak puas hati sebab bagi saya kami tetap pelajar dan baju yang saya pakai tetap baju uniform sekolah.  Sebabnya ada pemandu bas yang tetap mengenakan harga pelajar walaupun memakai baju unit beruniform.  Yer la, dah ambil depan sekolah dan memakai lencana takkanlah pekerja kilang pula.  Pak cik bas berbangsa Singh ni sahaja yang pelik.  Saya berkeras tak nak bayar lagi 20 sen dan hanya membayar 50 sen.  Dia berleter sepanjang jalan dan saya buat tak tahu sahaja.  Penumpang lain pun buat tak tahu sahaja.  Adik saya pun pernah ada masalah dengan pak cik ni.  Kadang-kadang ada kawan saya kalau pak cik ni yang berhenti di hadapan bus stop sekolah, mereka memilih untuk tidak naik bas.  Rela menunggu lagi setengah jam untuk bas lain lalu.

Jujurnya saya tak selesa.  Bukan dengan keadaan bas tetapi dengan mata-mata pendatang asing dalam bas tersebut.  Macam sahabat saya cakap, rasa macam buat jahat pula bila naik bas ni.  Saya pula rasa macam saya ni pula pendatang asing sebab mereka memandang pelik.  Perlu la kan, cucuk mata baru tahu!  Sebelum kenderaan lain turun dari langit, kami akan naik bas retro ni lah kot.  Alamatnya hitamlah nanti~

Apabila bas mula mendekati UKM masing-masing bertolak-tolakan siapa yang nak tekan loceng.  Last-last, lepas dari simpang baru pemandu tu berhenti.  Tahu tak apa perkara yang memalukan kalau naik bas?  Tekan loceng tapi loceng tak bunyi…hambik.  Dan keadaan loceng atas kepala kami memang meragukan fungsinya.  Tapi kalau di Mesir mungkin perasaan malu tu ditepis sebab memang tidak ada pilihan. 

Tak pelah, bukan selamanya pun.  Hikmahnya di sini, walau apa pun yang kita lalui dalam hidup, perlu bersama orang tersayang sebab kalau bersama mereka apa pun tak apa.  Siap boleh gelak-gelak lagi.  Yang pasti saya takkan naik sorang-sorang.  Seram bukan sahaja pada waktu malam, juga pada waktu siang.  

No comments: