Thursday, October 4, 2012

Emas Putih



Satu hari sewaktu dalam bilik kuliah, saya membelek-belek cincin yang dipakai oleh seorang rakan di jari manisnya.  Saya tanya kepadanya;

“ Ni emas putih ke?”

Dia mengiakan.  Kemudian saya ternampak cincin yang sama dipakai oleh seorang lagi rakan.  Tetapi cincinnya ada empat lapis.

“Beli di mana?”

“Di Lazo Diamond kat Metro Kajang.  Murah jer ni.”

Emas putih murah?  Macam tak percaya.  Selalunya emas putih lebih mahal berbanding emas kuning.

By the end of the lecture, saya sudah buat keputusan.

“ Nak beli juga emas putih tu.”

Rakan-rakan saya masing-masing berpandangan dan membulatkan mata.  Tidak percaya yang saya akan berminat dengan benda-benda ni. 

“Serius?” dia meminta kepastian.

“Betullah.  Tapi tak tahu bila nak beli.”

Saya tak perlu menunggu lama sebelum rakan-rakan saya membawa saya ke Lazo Diamond pada petang itu juga selepas kelas.  Sungguh teruja nak penuhi hasrat saya sebab mungkin mereka lihat saya ni naif sangat kot bab-bab ladies ornament ni.  Pergi kelas tidak pernah bermake up, berhias.  Sanggup drivekan saya dan temankan saya membeli cincin tersebut.  Sebenarnyalah, bukanlah tidak ada niat tu, cuma saya tahu saya tetap tidak akan puas walau macam mana saya hias diri sebaik mungkin.  Saya berfikiran seorang wanita hanya akan merasa dirinya cantik apabila berkahwin.  Kalau diletakkan seorang wanita cantik dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki yang menjadi anak dara tua dengan seorang wanita biasa yang gemuk tetapi berkahwin, wanita yang sudah berkahwin itu tidak akan merasa rendah diri langsung dengan wanita cantik yang tidak berkahwin tersebut.  Dalam hatinya menyebut;

“ Alah, muka lawa tapi tak kahwin buat apa, tak lawa-lawa aku pun ada lelaki nak.”

Haa…macam tu lah pandangan saya.  Kontroversi tak?  Pernah dibahaskan dalam geng Krabby Patty, tetapi saya coret di blog buat tatapan umum.  Wanita akan merasa dirinya cantik apabila memiliki suami.  Menunjukkan bahawa ada juga orang yang melihatnya dengan pandangan berbeza.  Walau sejuta lelaki memujanya, tetap dia tidak berpuas hati dengan kecantikan yang dimiliki sehinggalah ada orang yang nak jadikan dia isteri.  Sebab itulah ditouch up diri sehingga jadi macam zombi atau patung Barbie semata-mata mahu menarik perhatian lelaki tetapi tetap tak ditemui kepuasan tersebut. 

Dan kerana itu jugalah terdapat sebahagian besar wanita apabila sudah berkahwin dia tidak lagi peduli mengenai dirinya.  Sudah tidak malu, kalau dulu duduk bersimpuh, selepas berkahwin duduk…….. (tak sesuai disebut).  Kalau dulu cakap pun berbisik, selepas berkahwin panggil suami satu kampung boleh dengar.  Ada lagilah perubahan-perubahan yang tidak wajar dan tidak sesuai disebut oleh saya yang masih solo ini~  Ini hasil pemerhatian peribadi saya terhadap wanita sebelum dan selepas berkahwin.  Semua ini terjadi sebab mereka sudah mencapai satu tahap kepuasan dalam diri mengenai kecantikan mereka.  Mereka dah jemu nak jadi cantik sebab dahulu sudah bersusah payah.

Tak kisahlah sama ada perkahwinan itu akan berakhir dengan penceraian atau tidak, menjadi janda adalah lebih baik daripada menjadi andartu.  Ini disebut sendiri oleh mereka yang berpengalaman berkahwin dan bercerai di hadapan saya.  Sehingga pada satu-satu masa, wanita memegang prinsip asal namanya lelaki, kalau dia nak kat aku, kahwin jer...  hmm... sebab itulah wujud kes isteri kena belasah, berkahwin dengan penagih dadah, isteri kena jual.. kasihan kaum saya yang lemah ini.  Apa sudah jadi dengan dunia ini?

Berjuta orang cakap aku cantik, tetapi aku tetap tak percaya sebab kalau aku cantik kenapa tak ada lelaki yang hendakkan aku??

-begitulah monolog orang perempuan bujang sehingga menyebabkannya terdesak untuk menampilkan kecantikan sehingga melewati batas syariat semata-mata nak tarik perhatian spesies lain.  Ok, case close.  Jadi saya simpan perasaan membuak-buak nak jadi cantik tersebut untuk masa depan.

Berbalik kepada cincin.  Kenapa emas putih?  Saya suka emas putih lebih sedikit berbanding emas kuning.  Sebab?

Emas putih bernilai tinggi tetapi tidak boleh digadai.

Emas kuning bernilai tinggi tetapi boleh digadai.

Saya nak dijadikan macam emas putih.  Mahal harganya, mempunyai nilai yang tinggi hanya di mata pemiliknya tetapi tidak bernilai untuk digadai atau ditukar dengan benda lain seperti wang misalnya.

Emas kuning mahal juga harganya, mempunyai nilai yang tinggi di mata pemiliknya tetapi pada satu-satu masa, emas yang bernilai tadi boleh digadai oleh pemiliknya pada bila-bila masa untuk mendapat habuan lain seperti wang atau cincin baru.

Jadi orang yang akan memiliki emas putih tersebut akan berfikir dengan baik sebelum membelinya kerana sekali ia memiliki selamanya ia tidak akan ditukar ganti.

Balik dari usrah Ameerah pusat dengan mutiara hikmah daripada Dr.Mariah…terima kasih Dr.  Terilham nak menulis selepas mendengar pengalaman hidup beliau.  

p/s: cincin yang saya google semua saya tengok tak cantik.  Hanya cincin yang dimiliki mendapat tempat di hati^^ emas putih memang eksklusif~ 


2 comments:

Unknown said...

kind of agree with u dear about before vs after marriage. so true, ras ny dlm masy melayu tu bkn 1 perkara pelik tapi tetap xley ditukar status: sepatutnya tak jadi mcm tu. kadang2 annoyed bila tgk pasangan yg mcm tu tp apakan daya, diri sndri x kawen lg, ras x ad hak nk tegur.. hmm

btw, org x ska emas kuning jgak. gaya org tua2. hohoho.

ayu said...

nanti sama2 kita remind keh...:)spy kecantikan itu bkn utk manusia tetapi tuntutan Islam utk menjaga kecantikan dan kebersihan diri...Allah kan suka cantik..

emas kuning ptg gak sbg aset masa depan, tp emas putih jd keutamaan utk perhiasan