Kematian. Bagaimana kita memandang sebuah kematian
tersebut? Pernah tak sewaktu kita
berteleku di sejadah, kita tersedar yang ada kematian sedang menanti kita? Mengintai di sudut-sudut yang tidak
kelihatan. Sewaktu berteleku di sejadah seusai solat Isyak, baru saya tersedar yang saya sudah lama tidak memikirkan
mengenai makhluk bernama kematian.
Selalunya bila kita tersedar?
Apabila kita mendengar berita mengenai kematian seseorang. Sudah agak lama saya tidak mendengar sebarang
berita mengenai kematian menyebabkan saya terlupa kepadanya. Rasa-rasanya kali terakhir adalah sewaktu
sebelum Ramadhan dan selepas Ramadhan. Jadi, saya terlalai dibuai keindahan dunia.
Jadi apabila saya diingatkan,
saya mula memeriksa status saya sekarang.
Cukuplah kematian itu sebagai pembunuh kelazatan terhadap kehidupan.
Saya berpendapat istilah
meninggal dunia lebih tepat digunakan daripada mati. Mati semacam satu titik akhir. Habis.
Kejam. Sedangkan meninggal dunia
semacam satu transit. Sebabnya kita
masih ada destinasi lain yang akan dikunjungi.
Meninggal dunia bermaksud satu proses transit ke alam lain. Perjalanan roh masih berterusan, cuma ia
sudah tidak memerlukan badan/jasad lagi untuk ke alam barzakh. Jadi ia perlu transit di satu checkpoint. Jasad yang sudah tidak diperlukan di alam barzakh perlu disimpan di dalam tanah dan kita akan mengembara ke alam lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah form yang akan roh gunakan untuk mengembara ke alam tersebut. Boleh jadi ianya seperti taman-taman syurga dan boleh jadi ianya seperti lubang-lubang neraka.
***
Semasa saya menaip entri di atas saya baru nak menghadapi kematian kecil. Tiba-tiba hari ini saya mendengar khabar berita cikgu sekolah saya di Irshad sudah meninggal dunia. CIkgu Rozi. Tak tahu sama ada ada cikgu Geografi yang mengajar saya di Tingkatan 3 atau tidak. Seingat saya, hanya dia seorang yang bernama Rozi atau sebetulnya Md Rodzi.
Saya memang akan ingatkan dia. Sebab saya pernah terkena dengannya. Semasa beliau sedang mengajar di hadapan, saya dan Sakinah Sobri membaca surat khabar di belakang. Akhirnya kami di panggil ke depan seorang demi seorang untuk menjawab soalan cepu emas daripadanya. Sampai bila-bila saya akan ingat gambar tanda aras yang diminta untuk dilukiskan di atas papan hitam. Selepas selesai melukis tanda aras tersebut, saya diperli olehnya. Malu tak terkira.
"Ooo..Macam tu ka tanda aras, ang belajar kat mana?"
Itulah saya, tapi kalau jadi budak baik mesti tak best juga sebab tak ada kenangan. Saya jarang ingat kat cikgu yang baik-baik, tapi saya akan ingat kat cikgu yang sentiasa mendidik saya dengan pelbagai cara yang unik....
No comments:
Post a Comment