Sarapan pagi di kolam air panas-Makan tengah hari di UN-Makan malam di KL.
Siapa
sangka keindahan cerita yang tersurat, mengandungi pengalaman tersirat yang
mengajar diri.
Saya
rasa macam betul-betul ditamrin semalam sehingga saya perlu menonton filem
Anger Management malam ini.
Bermula
dengan perjalanan seawal jam 5.40 pagi, kami membelah pekat pagi menuju ke Hulu
Langat. Walaupun sekadar menghantar sahabat, saya rindu nak mencecah kaki ke dalam
air sungai yang sejuk. Terngiang-ngiang bunyi deras air sungai yang mengalir.
Trafik
sangat lancar dan jalan raya lapang. Berhenti solat Subuh di masjid sebelum
meneruskan perjalanan. Ujian pertama bermula apabila terpaksa mendaki jalan
yang tinggi dengan kereta auto. Memasang gear rendah tetap mengecutkan perut
kerana jalan yang tinggi. Macam manalah mereka begitu yakin kereta boleh
mendaki tempat setinggi ini.
Lepas
tu, tiba-tiba pula di selekoh dakian ada kereta diparkir betul-betul di
selekoh. Meninggalkan kami dengan ruang yang sangat terhad untuk membelok.
Saya
‘kagum’ dengan orang lelaki. Mereka selalu terlebih yakin apabila tiba bab-bab
kereta. Datanglah apa keadaan pun, mesti waktu kita ragu-ragu mereka terlebih
yakin. Ada ke patut diletak kereta di tempat sebegitu.
Sudahnya
waktu nak kembali turun dari jalan yang tinggi dan curam tu, saya terlalu
mengawal brek risau mencium kereta tersebut sehingga bunyi tayar belakang
menggeser tanah agak menyeramkan. Menuruni curam sehingga saya rasa macam
nak tarik brek tangan dan keluar
tinggalkan kereta di situ juga.
Walau
bagaimanapun, setelah halangan dilalui, kami berdua membeli nasi lemak di tepi
jalan dan makan di kolam air panas. Buat merehatkan diri. Saya cuba juga
memenuhi hajat diri untuk mencecahkan kaki ke dalam air sungai. Air terlalu
panas sehingga tidak mampu mencecah kaki lama-lama. Air sungai pula tidak
terlalu sejuk kerana air sungai di sebelah kolam air panas ini sudah jauh dari
hulu.
Ujian
hebat datang sewaktu dalam perjalanan ke KL. Tiba-tiba saya lihat suhu kereta
mendadak naik. Segera berhenti di stesen minyak berdekatan. Setelah memandu
pelbagai jenis kereta yang semuanya orang punya selama 6 tahun, saya terlalu
sensitif dan mudah risau jika kereta tersebut ada rekod kerosakan. Entah berapa
kali saya nyaris kemalangan. Hanya Allah yang menyelamatkan saya dari terlibat
dalam kemalangan kereta.
Walaupun
kadang-kadang saya memecut, tapi setakat ini belum exceed 100km/j. Saya mudah terbayang andai saya hilang kawalan,
tayar lari, saya brek dan kereta terpelanting. Err..mungkin sebab pernah
terjadi. Syukur saya masih mampu mengawal stereng dan brek walaupun kereta
sudah berpusing dua kali. Kalah KL Drift. Allah masih memelihara kami. Sudahlah
bersama saya waktu itu bakal isteri orang. Kalau saya sahaja mungkin kurang la
sikit rasa terkilan kalau terjadi apa-apa. Tak berani nak bagitahu mak sehingga
sekarang~ mesti mak suruh bersara dari memegang stereng.
Bukan
setakat masalah suhu sahaja, bunyi yang pelik semasa menutup enjin datang dari
skru yang longgar. Skru yang memegang roda enjin yang berputar. Ditakdirkan
Allah ada dua orang pemuda mekanik kompresor yang datang melihat-lihat.
Walaupun sudah membiarkan kipas sejuk sebelum mengisi kembali air, semasa
mereka meminta distart enjin kereta,
bunyi itu tetap datang. Rupa-rupanya, ada masalah yang lebih besar dan serius.
Encik tu cakap kalau lambat sikit, entah apa akan jadi kalau tercabut skru
tersebut. Lantas beliau dengan bersusah payah memperketatkan kembali skru
dengan peralatan yang sedia ada oleh mereka. Servis percuma. Hanya mampu
mengucapkan terima kasih dan membeli air Revive buat mereka. Turut diberi tips
dan pesanan untuk diservis kembali kereta.
“Air
Revive ni tak penting, yang penting air kereta tu, hati-hati bawa nanti.”
Mood saya pada waktu tersebut sudah tidak
berapa ok apabila timbul masalah sebegini. Orang cakap, kalau nak tahu tahap
kemarahan dan kesabaran seseorang, lihat gaya pemanduannya dan bagaimana dia
sewaktu di atas jalan raya.
Ujian
selepas dari itu lebih mencabar. Hujan lebat, risau dengan suhu kereta,
kesesakan di pusat bandar, sesat, cari jalan tak jumpa… Kesimpulannya, saya
dapat mengetahui sejauh mana tahap kemarahan saya.
Tahap
pertama- percakapan saya menjadi keras. Saya masih boleh bercakap tetapi dalam
keadaan tertekan menyebabkan suara saya menjadi keras. Tahap kedua- saya nak
menangis sebab geram sangat dan berputus asa sehingga rasa macam nak patah
balik atau back off. Tapi depan
sahabat saya tak boleh menangis, jadi saya tahan. Tahap ketiga atau maksimum-
saya sudah tidak peduli dan berdiam diri. Biarlah apa nak jadi.
Akhirnya
kami berehat di Masjid Negara dan ia membantu saya untuk kembali tenang.
Dalam
kehidupan pun, orang cakap marah tanda sayang. Ia menunjukkan kita masih peduli
and we want to work things out. Kita
masih mahu menyelesaikan masalah. Apabila kita menangis, kita semacam kecewa
dengan sesuatu perkara dan melihat semacam tidak ada jalan keluar. Tetapi masih
boleh dipujuk dan diberi kata semangat. Namun, apabila kita sudah tidak peduli
terhadap sesuatu, itu tandanya tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Orang
tua-tua cakap, sudah tawar hati. Pujuklah macam mana pun, memang tidak ada
jalan kembali.
Melalui
filem Anger Management yang ditonton, pakar terapi tersebut menerangkan ada
marah yang sihat dan marah yang tidak sihat. Jadi dia cuba mengajar marah yang
sihat. Dua ciri kemarahan pula ada dua- explosive
dan implosive. Dia fokus kepada
orang yang implosive iaitu orang yang
tidak pandai marah tetapi menyimpannya di dalam hati sehingga menjadi toxic anger syndrome (TAS). Suatu saat
apabila kemarahan itu tidak dapat disimpan, dia akan meletup dan keadaan pada
masa itu memang serius. Jadi orang yang tidak pandai marah ini rupa-rupanya
ada risiko juga yer…hmm…
Pakar terapi itu cuba membuat pesakit yang tak reti marah itu untuk marah agar kemarahan itu diluahkan dan tidak menjadi toksik di dalam diri. Agar orang sekeliling tahu apa yang membuat dia marah dan tidak mengulanginya lagi.
Kesimpulannya,
kemarahan itu perlu juga diluahkan dengan betul. Tidak semestinya dengan
menengking tetapi dengan memberitahu pun sudah cukup.
Macam
seorang senior saya semasa saya Tingkatan 3, dia terkenal sebagai seorang yang
sangat baik dan tidak pernah marah. Satu malam, semasa sedang berprogram, dia
dan seorang rakannya datang hendak menemui AJK Aspuri. Tetapi pada waktu
tersebut, akak-akak yang lain sedang berprogram. Jadi dia memanggil saya yang
kebetulan berada berdekatan. Dia meminta saya menyampaikan tegurannya kepada
AJK Aspuri. Ayat terakhirnya;
“Awat
tahu tak saya tengah marah? Saya tengah marah ni.”
Malangnya,
nada dia bercakap tidak langsung menampakkan kemarahan. Tiada intonasi marah
langsung. Saya hanya berdiam diri, tetapi dalam hati saya tergelak habis. Walau
bagaimanapun, dengan memberitahu dia marah, akak-akak tersebut mengambil serius
tegurannya.
Seperti
juga seorang individu yang pernah berurusan dengan saya. Walaupun dari nada
percakapannya tidak menunjukkan kemarahan, tetapi dari merah padam mukanya,
saya tahu saya telah bangkitkan satu isu yang tidak disukainya. Cuak juga saya
waktu itu. Ingatkan tak reti marah… Marah itu fitrah. Cuma kita perlu pandai
mengurusnya.
Saya mungkin jenis yang mudah meluahkan kemarahan dan berterus-terang kalau saya sedang sedih, marah, kecewa atau ada sesuatu yang tidak kena. Tidak perlu saya menengking pun rasa-rasanya dari riak wajah orang sudah boleh membaca perasaan saya. Itu apa yang sahabat saya cakapkan. Jadi saya sedang belajar bagaimana nak menguruskan kemarahan tersebut. Tetapi, at least saya tidak berisiko menghidap toxic anger syndrome. Dan sepanjang tamrin yang saya lalui semalam, saya tidak meletup walaupun suhu saya naik. Terima kasih sahabat sekalian. Akhirnya kami tetap berjaya ke Pejabat Agung PAS. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment