Dah lama tak menulis
sesuatu. Sejak diari tertinggal di Ulin
Nuha (UN), mood nak menulis bagaikan
sirna. Hari ni petang hujan lebat. Adik ajak mandi hujan, tapi disebabkan petir
dan guruh pun menari bersama hujan, tak sanggup rasanya.
Kalau tengah hari tadi
mak menunjukkan kehebatan memasak masak lemak tempoyak dengan sotong dan daun
kaduk, petang ni saya menunjukkan kehebatan memasak…megi. Haha.
Itulah beza orang muda dengan orang tua, semua nak cepat. Mati pun cepat.
Sudah beberapa hari mak
memperturunkan ilmu masakan. Macam betul
apabila orang mengatakan perempuan ni belajar tinggi macam mana pun, akhir
sekali kembali ke ceruk dapur juga. Pandangan
saya, dapur itu bukan sekadar ceruk, dapur itulah yang menjamin ikatan
kekeluargaan semakin utuh. Kalau rumah
dapur tak berasap, itu tanda sesebuah keluarga itu ada masalah.
Ikutkan situasi,
seharusnya saya sudah mula panik kerana masih tidak bekerja atau menyambung
belajar. Bukan tidak mencari, tapi belum
ada rezeki. Tawaran untuk melanjutkan
sarjana sudah diterima tetapi berhasrat untuk tangguh dulu buat sementara
waktu.
Menjadi harapan setiap
anak-anak untuk memberi wang ringgit hasil titik peluhnya kepada kedua ibu
bapa. Rasa tidak sabar-sabar untuk membayar
kembali segala penat lelah kedua ibu bapa.
Wang ringgit memang mampu membahagiakan mereka. Tetapi tidak selamanya dan tidak
semuanya. Kadang-kadang perhatian dan
layanan anak-anak juga yang menjadi ukuran.
Sewaktu sedang menitik
beras pulut yang direndam dalam air selama 3 tahun ke atas kain batik untuk
dibuat bedak sejuk, dari radio kedengaran “…bukanlah kekayaan itu terletak
kepada banyaknya harta dan wang ringgit, tetapi kekayaan jiwa itulah yang utama…” Persoalan, how am I suppose to know which is which until I experience both? Jadi kita perlu merasa kedua-duanya supaya
kita mampu membuktikan kekayaan yang mana satu yang lebih utama. Kadang-kadang saya berpandangan ayat-ayat
macam tu saja nak menyedapkan hati orang-orang macam saya ni…
Berbalik kepada layanan
terhadap ibu bapa, walaupun saya hanya memasak megi yang tidak setanding pun
dengan masak lemak tempoyak mak, tetapi menghidangkan megi panas tersebut untuk
disantap sewaktu hujan lebat memang mendapat pujian mak. Tapi adik saya datang dan mengkritik;
“Ni bukan makanan sihat
ni…”~
Keinginan untuk mula
bergerak aktif kembali dan memulakan langkah ada, tetapi apabila dengar ayat
mak;
“ Bila anak-anak ada,
mak jadi semangat nak buat kerja walaupun sakit kaki, tapi bila hampa tak dak,
mak jadi tak tau nak buat apa…duduk melengung ja.”
Saya tangguhkan hasrat
nak pulang ke Selangor. Bila tengok mak
semangat menebang pokok bunga kertas di belakang rumah, ubah pasu-pasu bunga
untuk buat lanskap, titik bedak sejuk, mop lantai hari-hari, buat kek, masak
sedap-sedap dengan harapan saya belajar, ubah kedudukan perabot, buat jeruk daun kemaman, saya tahu mak
seronok saya ada di rumah.
Pernah sekali saya
bangkitkan;
“Sunyila tak ada kawan,”
Mak saya membalas;
“Mak lagi tak ada kawan,
kawan-kawan mak anak-anak lah.”
Saya terdiam dan terus
tak bangkitkan soal tersebut. Walaupun
mereka memberi dorongan untuk kita mula bekerjaya, jauh di sudut hati mungkin
mereka mengharapkan sedikit masa lagi untuk diluangkan bersama-sama anak-anak
yang dahulunya jauh dari mereka.
Kalau saya tidak ada,
tidak disentuhnya susu Anlene yang saya beli untuk ubat sakit kakinya. Mak sendiri yang bagitahu apabila
ditanyakan. Saya beli, mana tahu
kalau-kalau sakit itu berkaitan dengan tulang.
Selepas itu, tiap-tiap pagi saya nampak susu tersebut terhidang di atas
meja kecil. Jadi saya tahu, setiap kali saya
ada, dia akan sentuh benda-benda yang berkaitan dengan saya. Susu, rumah kemas, buku, kecantikan, laksa~
Abah pula, balik dari pasar
bawa beberapa papan petai, bawa pergi makan char kuey teow, dll.
Dekatnya mak dengan saya
menyebabkan kelibatnya sentiasa ada.
Seperti yang berlaku hari ini.
Seusai solat zohor, saya terlelap sebentar. Mak, abah dan acik keluar sejak dari tengah
hari tadi. Semasa sedang tidur, saya
bagai terdengar mak memanggil nama dan mengetuk pintu bilik. Suatu rutin yang saja dilakukan bagi
mengetahui sama ada saya tidur atau tidak.
Sebabnya saya hanya masuk bilik untuk tidur atau membaca, selebihnya
saya banyak melepak dengan mak di dapur.
Saya menyahut panggilan
mak dan bangun membuka pintu. Tetapi rumah
sunyi sahaja waktu saya keluar dari bilik.
Saya mencari di dapur, turut tak kelihatan. Pintu dapur pula terbuka. Disebabkan masih mamai, saya duduk di kusyen
menghadap pintu dan menunggu. Tidak
berapa lama kemudian, kedengaran kereta masuk ke perkarangan rumah. Terdengar mak memberi salam dari depan,
tetapi saya hanya menunggu di kusyen.
Sewaktu mak datang ke dapur, saya tahu mak masih berada di luar semasa
saya dengar suara emak memanggil dan mengetuk pintu bilik saya…..?
Suatu rutin dan
kebiasaan sehingga minda separa sedar saya turut terbiasa dengannya. Saya bercadang nak balik minggu depan, sudah
mak pening-pening telur mahal sekarang ni nak dibuat kek untuk saya.
Dalam dunia ni, tidak
kira walau apa pun yang terjadi kepada kita, masih ada yang sayang…luar
biasa sayangnya sehingga menjadi sebati dalam diri…rajin-rajinlah minta mak
ayah kita doakan apa-apa sahaja untuk kita, kasih sayang mereka adalah
cebisan kasih sayang Tuhan buat hambanya yang tiada galang ganti…
Walaupun saya coretkan di dalam entri kali ini, akan ada lagi bukti-bukti kasih sayang mereka yang mengharukan jiwa saya. Membuatkan masa selama 23 tahun hidup di bawah belaian kasih sayang mereka terasa begitu cepat berlalu dan terlalu banyak untuk disebut...Ya Allah, rahmatilah keduanya :)
Walaupun saya coretkan di dalam entri kali ini, akan ada lagi bukti-bukti kasih sayang mereka yang mengharukan jiwa saya. Membuatkan masa selama 23 tahun hidup di bawah belaian kasih sayang mereka terasa begitu cepat berlalu dan terlalu banyak untuk disebut...Ya Allah, rahmatilah keduanya :)
No comments:
Post a Comment