Monday, July 22, 2013

Detik-detik kualiti

2.35 a.m

Berhenti marathon menaip Sejarah Nasional: PRU 1959, 1964 dan 1969 untuk malam ni. Bed time story dulu sebelum berehat.

Sungguh beruntung orang yang dapat menjamin penggunaan masa dalam setiap detik hidupnya seoptimum mungkin untuk perkara kebaikan dan bermanfaat. Saya selalu gagal pada kebanyakan masa, tetapi apabila berjaya mengelakkan diri dari sebarang gangguan yang disengajakan, saya rasa puas hati melihat hasil seperti malam ni. Itupun kena paksa diri. Cuba kalau sedari awal sudah boleh fokus, mesti pencapaian dalam sehari sangat menakjubkan. Ini pun jenuh nak paksa diri untuk kekal fokus. Sebagai hukuman, tak boleh tidur selagi tak siap beberapa mukasurat.

Apa-apa pun, susunlah urusan hidup sebaik-baiknya. Anak muda tak boleh biarkan masa kosong tak terisi. Kalau ikutkan, tak ada isu masa kosong. Hakikatnya kita dah kesuntukan masa. Tetapi kita selalu tertipu dengan diri...Ish3. Belum kira dengan sikap suka bertangguh lagi. Sebab tu lah tak laju dan maju.

Perubahan bermula dari  diri sendiri. Kesibukan ataupun kepandaian mengoptimumkan penggunaan masa sebenarnya merupakan terapi yang baik dari masalah jiwa. Sibuk orang Islam tak sama dengan sibuk orang kafir. Walau sesibuk manapun, ada waktu Allah s.w.t sediakan untuk mereka bermeditasi dan menenangkan diri. Ramadhan adalah waktu yang terbaik. 

Ok, tepat jam 3 pagi. Adios!


2 comments:

hajrun said...

Brain power n buttock power setiap orang tu berbeza hehe sebab tu bila time yg tgh rajin n fokus gila tu, pulun sungguh2. Fully utilize it. Caiyok!

ayu said...

oh, camtu ka. Baiklah! terima kasih kak hajar. Selamat berpuasa dan berdoa sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan ni ok.