Melihat keadaan kenderaan yang dinaiki siswi UPSI yang kemalangan akibat mengelak babi hutan yang melintas jalan cukup menyayat hati. Sewaktu mendapat khabar berita mengenai kemalangan yang meragut dua nyawa sahabat sejemaah tersebut, saya kurang terkesan berbanding apabila melihat keadaan kenderaan tersebut. Bagai dapat membayangi saat-saat genting yang mereka hadapi.
Kalau orang-orang tua memberi nasihat mengenai pemanduan, mereka selalu nasihat saya kalau ada benda melintas di hadapan dan kita sedang memandu laju, brek atau biarkan ia berlanggar lebih baik berbanding mengelak kerana kesan mengelak lebih fatal berbanding langgar. Alasannya kita akan hilang kawalan berbanding jika kita cuba brek dan peluang untuk kecederaan serius lebih kecil berbanding mengelak. Saya tak tahu sejauh mana perkara ini praktikal, tetapi saya ada sedikit pengalaman mengenai saat-saat cemas. Tapi mungkin juga sebab belum tiba ajal. Tapi ajal dan kecederaan adalah dua perkara yang berbeza. Sebab itulah saya memilih menaiki kereta api berbanding bas. Mati memang di mana-mana, tetapi peluang kemalangan dan tahap kecederaan antara bas dan kereta api sangat berbeza.
Disebabkan saya ni jenis mendengar cakap orang tua (-_-)"...maka I bare that in mind setiap kali memandu kereta. Antaranya sewaktu kucing yang panik melintas jalan, saya membuat brek kecemasan. Nasib baik kereta belakang tak ada dan kucing tersebut berjaya tiba ke seberang. Tapi hampir-hampir menangis juga ler dibuatnya. Peristiwa kedua, sewaktu naik motor, ada van yang keluar dari simpang secara tiba-tiba. Saya sempat lagi berfikir sama ada nak ke depan atau ke belakang, tapi akhirnya memutuskan untuk brek kecemasan dan melanggar pintu pemandu tersebut. Alhamdulillah, saya tak cedera dan motor hanya pecah di bahagian hadapan. Semangat bagai terbang dari diri dan saya terdiam kaku sehingga pak cik van tersebut menarik motor saya dengan saya masih di atas motor ke tepi jalan. Waktu tu bulan puasa, pak cik tersebut menulis nombor telefon dan meminta saya menelefonnya untuk membaiki motor saya. Saya hanya mengangguk-angguk sahaja. Dalam otak waktu tu kosong je. Rasa macam roh dah terbang dari diri. Selepas pak cik yang lain suruh saya balik rumah, baru saya bergerak pulang ke rumah. Sampai sahaja ke rumah, saya beritahu mak saya yang saya kemalangan. Reaksi yang saya tak boleh lupa dari mak saya ialah dia suruh saya pergi ke sekolah juga apabila mendapati saya tak cedera dan motor tak rosak teruk. Tapi disebabkan semangat saya dah terbang, saya terus terbaring tak sedarkan diri di ruang tamu. Kemudian, yang ketiga sewaktu melanggar anjing. Yang ni paling saya trauma, tapi apabila anjing tu langgar jer motor dan saya jatuh tergolek, at least saya tidak mendapat kecederaan yang serius berbanding jika saya mengelak dan melanggar tembok di tepi jalan atau kereta di lorong lain. Mungkin akan terpelanting. Saya berjaya untuk tidak pengsan dan dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kajang. Merasa la juga naik ambulans yang laju. Pengalaman terakhir saat cemas sewaktu membawa kereta di dalam terowong, apabila kereta Vios yang datang laju dari belakang memotong dan melanggar cermin sisi kereta Saga yang saya pandu, saya tidak automatik mengelak walaupun panik. Jika dalam keadaan panik, selalunya orang akan mengelak secara tiba-tiba yang menyebabkan kemungkinan mereka akan melanggar dinding terowong. Seram bila memikirkan. Berguna nasihat orang-orang tua sebenarnya.
Lagi satu, fakta paling penting yang wanita perlu tahu tentang pemanduan ialah penglihatan wanita sangat terhad apabila memandu pada waktu malam berbanding lelaki. Pemandangan lelaki menjadi lebih tajam apabila malam berbanding wanita. Jadi, saya selalu mengelak memandu pada waktu malam terutamanya Lebuh raya Utara-Selatan kecuali jalan yang saya sudah biasa. Oleh itu, jangan sesekali memandu pada waktu malam dalam jarak yang jauh dan jalan yang tidak biasa dilalui.
Lagi satu, fakta paling penting yang wanita perlu tahu tentang pemanduan ialah penglihatan wanita sangat terhad apabila memandu pada waktu malam berbanding lelaki. Pemandangan lelaki menjadi lebih tajam apabila malam berbanding wanita. Jadi, saya selalu mengelak memandu pada waktu malam terutamanya Lebuh raya Utara-Selatan kecuali jalan yang saya sudah biasa. Oleh itu, jangan sesekali memandu pada waktu malam dalam jarak yang jauh dan jalan yang tidak biasa dilalui.
Dalam pemanduan, saya selalu kagum dengan kaum lelaki walaupun saya selalu kutuk mereka bawa laju sehingga selalu maut dalam kemalangan. Impian saya ialah menjadi secekap pemanduan gaya lelaki seperti abah saya. Walaupun kena marah waktu abah ajar bawa kereta sewaktu berumur 17 tahun, saya tahan jer sebab nak cepat belajar. Lagipun, cikgu yang ajar saya bawa kereta ialah perempuan sebab saya tak suka lelaki ajar. Jadi, perlu dapat latihan tambahan dari abah sendiri. Antara perkara yang paling saya nak kuasai ialah masuk parking bentuk V sekali masuk, U-turn dalam ruang yang terhad sekali pusing, keluar simpang secepat mungkin dan hafal jalan. Setakat ini, masuk parking bentuk V, saya berjaya buat sewaktu abah saya ajar sekali sahaja. Hah, sempat saya buat abah saya kagum. Tapi, bila dah duduk universiti dan tak pegang stereng secara kerap, kemahiran pun dah tumpul. U-turn dalam ruang terhad tak de masalah setakat ni. Hafal jalan? Fail even jalan kat Penang pun. Maknanya perlu lebih belajar selepas ni. KPI abah saya, kalau saya berjaya buat abah saya tertidur sewaktu saya memandu, itu bermakna saya dah jadi pemandu yang boleh dipercayai. Waktu pertama kali dapat lesen, abah saya tak mampu nak tidur sebab risau dengan cara saya memandu. Sekarang setelah 4 tahun memegang lesen kereta, saya pun meletak KPI seperti abah. Kalau saya tertidur waktu menaiki kereta, bermakna pemandu tersebut memang boleh dipercayai. Abah saya selalu buat saya kagum apabila dia memandu, tetapi dia tak berjaya kagumkan mak saya. Mak co-pilot yang paling skema.
Oleh itu, pemanduan berhemah selalunya saya belajar dari emak saya. Bukanlah belajar, tetapi diajar. Antaranya, kalau jadi co-pilot tak boleh tidur sepanjang perjalanan. Kalau atas jalan, jangan terlalu menyempit ke kiri, bagi ruang motor nak potong dari kiri. Jaga jarak dari kereta depan sejauh nampak tayar belakang kereta tersebut. Pegang stereng dua belah tangan, jangan sebelah. Paling laju 60km/j kalau bukan di lebuh raya. Kalau di lebuh raya, berada di lorong kedua lebih baik. Sebelum naik kereta, panaskan enjin terlebih dahulu. Selalu cek air sebelum keluar. Jaga temperature. Kalau temperature naik, apa perlu dibuat. Tinggal mak tak ajar cara nak tukar tayar sebab mak tak reti. Jangan brek mengejut, nanti tayar haus. Yang paling recent, baca doa dan berzikir. Itu antara pesan-pesan yang paling saya ingat. Selalunya mak akan puji gaya pemanduan kakak berbanding saya. Saya rasa kakak saya terlalu berhati-hati sampai saya rasa macam nak rampas stereng dari dia. Tapi apabila bawa kereta dengan abah kat sebelah, saya lupa diri. Sampai abah tegur,
"Mak ang tak kata apa-apa ka bila dia naik gheta dengan Ayu?"
"Tak pun, kenapa?"
" Dia selalu tegur abah bawa laju, abah ghasa Ayu bawa lagi laju.."
"Haa..sebab bila bawa mak, Ayu bawa secara berhemah sebab tak mau mak bising."
"Hmm..ceghedik..,"
"Tak pun, kenapa?"
" Dia selalu tegur abah bawa laju, abah ghasa Ayu bawa lagi laju.."
"Haa..sebab bila bawa mak, Ayu bawa secara berhemah sebab tak mau mak bising."
"Hmm..ceghedik..,"
Tak lah laju pun, masih 60km/j. Tak pernah exceed 90km/j pun kalau di jalan biasa. Itu sebahagian pengalaman saya mengenai pemanduan. Sebenarnya kemahiran hidup sangat penting. We cannot simply holding on something without improving our knowledge or skill. Banyak lagi perkara yang perlu kita ambil tahu dari masa ke masa. Di sini saya lihat kaum wanita memanglah kurang memberi tumpuan aspek-aspek keselamatan diri sendiri. Nasihat-nasihat dan ilmu baru ni tak dapat diperoleh melalui kelas atau bacaan, kadang-kadang ia melalui orang-orang tua dan pengalaman mereka. Jadi, rajin-rajinlah sembang dengan orang-orang tua. Sebenarnya saya pun tak ramah dengan orang-orang tua, tetapi lebih kepada suka mendengar isi leteran mereka. Mereka merupakan golongan yang penuh dengan pengalaman hidup sehingga perlu diluahkan yang menyebabkan ianya menjadi seperti leteran.
Oleh itu, nasihat buat wanita termasuklah diri sendiri. Mahirkan diri dengan aspek pemanduan berhemah dan berfikir sebelum bertindak.
No comments:
Post a Comment