Pengalaman peribadi
Dahulu, sekolah tidak pernah memiliki pagar. Pelajar bebas untuk bereksplorasi dan berasimilasi dengan masyarakat kampung tanpa ada rasa bahaya. Saya sempat merasa pengalaman sekolah tanpa pagar iaitu sewaktu berada di PASTI dan sekolah arab. Sekolah arab atau sekarang diistilahkan sebagai kelas kafa. Setiap kali selepas sekolah kebangsaan, petangnya 3.30 mesti kena pergi sekolah arab.
Pernah satu pagi, saya dihantar terlalu awal ke PASTI. Terlalu awal sampai tidak ada sesiapa di sekolah. Gelap jer dan saya ditinggalkan keseorangan sebab tok su nak terus pergi kerja dan anaknya yang sekolah bersama saya tidak dapat hadir sebab demam. Disebabkan bosan menanti dalam kegelapan, saya membuat kesimpulan hari ini kelas tidak ada. Nak mesej ustazah pun pada waktu tersebut telefon bimbit pun tak dimiliki macam budak-budak zaman sekarang. Jadi, tanpa berfikir panjang saya terus menapak pulang. Kalau ikut logik, budak umur 6 tahun kena tinggal seorang dalam gelap di sekolah, mesti akan menangis meraung-raung. Mungkin itulah beza budak yang dididik di PASTI dengan budak yang dididik di TADIKA atau TASKA atau KEMAS. Jangan tanya saya macam mana saya boleh berjalan sejauh 12 km dari PASTI ke rumah dalam gelap dan bagaimana saya boleh ingat jalan. Yang pasti, bila sampai je ke rumah dan pergi ke dapur saya bagitahu mak yang hari ini cuti. Saya terlupa bagaimana reaksi mak saya tapi rasanya mak percaya sebab saya memang tak pandai menipu. Tapi sayalah tertipu dengan diri sendiri.
Esoknya, kecoh kat kampung seberang (kampung tok) ada orang nampak budak kecik jalan kaki sorang-sorang kat tepi jalan raya pagi-pagi. Pakai baju PASTI pula tu. Bila diorang dapat tahu jer budak tu ialah saya, kecoh tok saya. Marah-marah dia kat mak dengan saya. Peristiwa tu menjadi modal seorang pak cik yang bujang terlajak ni untuk mengusik saya setiap kali dia nampak saya. Kebetulan dialah antara orang yang nampak saya berjalan waktu tu. Dia mengusik kalau saya buat lagi, nanti orang culik baru tahu. Pak cik tu memang menyeramkan. Sampai sekarang saya tak tahu latar belakang dia. Dia membujang sampailah ke akhir hayat di dalam sebuah rumah papan beratap separa nipah dan zink. Ada dalam kalangan sepupu yang mengusik pak cik tu tak kahwin lagi sebab nak kahwin dengan saya. Memang marah yang amat bila diorang mengusik macam tu. Tapi, kalau saya kena culik waktu tu, dialah suspek utama sebab suka sangat mengusik nak culik saya. Setiap kali lintas rumah dia saya mesti lari laju-laju sebab takut kena tangkap. Nasib baik pada zaman tu, cerita hantu kurang fenomena. Kalau dia ada di kedai kopi dan saya kebetulan ada di situ sama ada ikut mak atau abah, dia mesti akan pandang tajam ke arah saya. Inilah antara insan-insan yang menyumbang kepada perasaan fobia dan tak suka saya kepada lelaki. Tapi, dia telah meninggal dunia beberapa tahun lepas jadi saya maafkan dia dan moga Allah ampunkan saya kerana mungkin tindakan dia telah menyebabkan saya berprasangka buruk terhadapnya.
Situasi semasa, ibu bapa tidak boleh lagi dengan mudahnya melepaskan anak-anak seperti mana saya dan kita-kita yang lepas bebas untuk explore dunia ini macam dahulu. Orang tua-tua cakap, pantang lepa sket, hilang. Kejadian yang terjadi kepada adik Nurin, Sharlinie dan terbaru Nadirah sepatutnya jadi pengajaran besar kepada ibu bapa. Mereka tidak boleh layan anak-anak seperti mana mereka dahulu. Dunia sekarang sudah tidak selamat kerana hukum Allah tidak ditegakkan. Bukan kecil perkara yang dilakukan oleh penjenayah tersebut, entah makanan apalah yang dimakannya sehingga hatinya menjadi seperti binatang. Anak sekecil umur 5 tahun disuruh keluar membeli barang seorang diri, apakah rasionaliti yang disandarkan oleh ibu bapa untuk membenarkan tindakan tersebut? Bukanlah hendak membenci ibu bapa tersebut melainkan sikap yang diambil terhadap keselamatan anak-anak.
Peristiwa di Malaysia, anak-anak diculik dan dibunuh akibat kecuaian ibu bapa, tetapi di Syria, kanak-kanak dibunuh akibat kekejaman rejim pemerintah. Ibu bapa tidak ada pilihan untuk melindungi anak-anak. Anak-anak dibunuh di depan mata. Tapi di Malaysia, ibu bapa mempunyai pilihan untuk melindungi anak-anak sebaik mungkin. Sikap yang membezakan antara nak atau tidak. Masalah sikap orang Malaysia, kalau selagi tak kena batang hidung sendiri, prinsip prevention is better than cure macam tak pernah wujud dalam kamus hidup. Bila ada orang yang mengawal anak-anak dikatakan anti-sosial atau mengawal. Saya tak nafikan setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak tapi sejauh mana sikap diiringi dengan keinginan, itu yang menjadi persoalan. Mak saya pernah dilabel sebagai ibu ayam oleh saudara-mara sebab terlalu mengawal anak-anak. Masa kecil-kecil mungkin kita rasa terkongkong, tapi bila diterangkan rasional tindakan tersebut, saya merasa bersyukur sebab mak sangat-sangat menjaga kami. Kalau nak main di halaman rumah, mak akan pastikan kawasan tersebut dibersihkan dan terhindar dari semut api sebelum biar kami lepas bebas. Tak nak nanti kaki berkudis dan berparut. Tak boleh pergi rumah jiran sebab tak nak nanti mengganggu rumahtangga orang. Lagipun, mak risau kalau nanti kami main tangga, kalau jatuh berpotensi untuk mendapat kecederaan dalaman yang tidak disedari. Budak-budak kan suka buat bising pastu kalau jatuh, tak reti nak bagitahu. Jadi, mak tak suka orang mengutuk-ngutuk anak dia, sebab itulah dikurung dalam rumah. Sampai tahap, kalau nak main badminton pun, kami adik beradik main dalam rumah. Kebetulan ruang tamu pun luas dan tinggi. Mungkin ada antara kami yang tak dapat menerima didikan sebegitu, tapi bagi saya, itulah yang terbaik. Apabila dah besar, atas tanggungjawab masing-masing untuk memilih yang terbaik buat diri sendiri. Mak dah berusaha.
Saya tak nafikan, bukan mudah nak menjaga anak apatah lagi mendidik. Tambah-tambah waktu sedang membesar. Saya sendiri tak pernah berjaya nak menidurkan bayi berumur kurang dari setahun. Apatah lagi nak jaga sampai umur 5 tahun. Tapi apabila Allah dah bagi tanggungjawab, bermakna seorang ibu sudah selayaknya memikul tanggungjawab tersebut. Tak mahu menyalahkan sikap ibu tersebut terus-menerus, mungkin perkara ini telah ditakdirkan. Jadi sama-samalah mengambil pengajaran terutama yang sudah bergelar ibu atau bakal bergelar ibu.
Saya tak nafikan, bukan mudah nak menjaga anak apatah lagi mendidik. Tambah-tambah waktu sedang membesar. Saya sendiri tak pernah berjaya nak menidurkan bayi berumur kurang dari setahun. Apatah lagi nak jaga sampai umur 5 tahun. Tapi apabila Allah dah bagi tanggungjawab, bermakna seorang ibu sudah selayaknya memikul tanggungjawab tersebut. Tak mahu menyalahkan sikap ibu tersebut terus-menerus, mungkin perkara ini telah ditakdirkan. Jadi sama-samalah mengambil pengajaran terutama yang sudah bergelar ibu atau bakal bergelar ibu.
No comments:
Post a Comment