Monday, March 26, 2012

self-resistance


sukar nak jadi manusia yang tak berperasaan...
kesian pula tengok insan-insan yang terpaksa bermujahadah...
bawa-bawa la mengadu kat Allah, sudah-sudah la letak kat FB, tak ada yang dapat membantu pun.
Kalau kita ni jenis yang suka mengadu kepada Allah, nescaya Allah akan dengan Maha Pemurahnya memberi jalan keluar
Hati yang sesak jadi lapang,
Otak yang berat jadi ringan,
Menangislah teresak-esak dan tersedu-sedu depan Allah,
Mengadulah macam kanak-kanak kecil atau separuh gila,
sampai meleleh-leleh air mata dan hingus pun tak apa,
nescaya lepas tu hati akan tenang,
Pastu tak lama lepas tu, Allah pasti akan selesaikan masalah kita
Selepas Allah, barulah kita cari pula insan-insan atau sahabat-sahabat terdekat
Kadang-kadang masalah itu selesai dengan diutuskan sahabat-sahabat untuk membantu kita,
akhir sekali barulah buka untuk tontonan umum kalau dah buntu sangat
mana tahu, ada antara nasihat yang memang sesuai dengan jiwa...
Kadang-kadang sikap kita yang menyebabkan masalah tak selesai,
sebabnya niat nak kongsi masalah bukan nak selesaikan, tetapi sudah menjadi hobi bercerita masalah diri.

Orang yang berjaya, ialah orang yang banyak menangis di belakang
ingat mudah ke nak berjaya, hanya Allah yang tahu bagaimana mereka berusaha
berapa banyak air mata yang tumpah
Adik saya, nak dapat 5A dalam UPSR pun sampai menangis depan buku
nak pandai mengaji pun sampai kena menangis depan muqaddam, menggigau-gigau sebut 'ro' dalam mimpi

apabila kita selalu meminta kepada Allah, dan tak pernah mengadu kepada manusia dulu,
mesti Allah akan selesaikan masalah kita secepat mungkin.  walau sekecil mana pun masalah tu
'ya Allah, laparnya aku hari ini,'- tiba-tiba ada kawan datang belanja makan
'ya Allah, nak makan epal'- kawan beli epal dan bagi kat kita sebiji
'ya Allah, payahnya soalan'- ada kawan datang bagi jawapan bulat-bulat
'ya Allah, sedih aku dengan sikap kawan aku tadi'- tiba-tiba dapat sms kawan tersebut meminta maaf
'ya Allah, sakit perut'- tiba-tiba je dah baik
'ya Allah, rindula kat sahabat'- tiba-tiba je datang depan mata atau sahabat ajak dating

bukankah Allah pemilik hati kita dan semua manusia di muka bumi ni? kalau rasa sedih, gembira, seronok, jauh hati, mengadulah pada pemilik hati.  Kalau rumah sewa paip rosak, mestilah kita adu pada pemilikkan? atau kita mengadu dalam FB dulu, jiran sebelah, atau kucing? mesti takkan selesai masalah.  Kalau tak percaya, cuba lepas ni banyak mengadu kepada Allah dulu, tahan diri dari mengadu di FB.

kadang-kadang orang nampak kita macam kuat, hakikatnya kita sangat lemah,
tapi bila kita mengadu kepada Allah dan tidak kepada manusia, jadi manusia nampak kita tiada masalah,
nampak macam kita tidak berperasaan,
kalau umat Islam tidak berjiwa lemah, dan nampak kuat luaran,
bukankah itu boleh menggugat musuh, dan meyakinkan manusia di sekeliling kita?
cukuplah sekadar orang-orang berhampiran kita yang tahu, bukan seantero dunia,
kadang-kadang even berita gembira kalau digembar-gemburkan sangat pun ada yang menyampah,
inikan pula apabila terlalu bersedih...
Allah je yang tak menyampah dengan hamba-Nya kalau hamba-Nya mengadu berjam-jam sama ada perkara sedih atau gembira,
manusia bukan tempat terbaik untuk meminta perhatian. astaghfirullahal'azim.


2 comments:

Satu Cahaya said...

Assalamualaikum..

Sgt stju..bukankah Allah yg mncpta kita dan lbh arif tntg kita..~ Syukran atas nasihat ni..sgt suka artikel ni..:)

ayu said...

wa'alaykumusalam

alhamdulillah...syukran. bukankah segla urusan hidup kita akan dipulangkan kpd Allah juga akhir nnti, jd lebih baik wlu skecil atau sbesar mana pun urusan, adulah kepada Allah dahulu, baru cr manusia bhmpiran yg faham kita, bkn mcanang di mrata2...nauzubillah