Lagu
latar: Cinta kita di Pantai Merdeka oleh Tropika.
AMARAN keras: Bagi yang ada kekasih atau tunang, jangan
dengar lagu ni sebab nanti melalaikan.
Saya dengar tak pa sebab saya teringat kat mak saya dan saya tak bertanggungjawab atas salah laku di atas.
Tadi
sewaktu melintas café Pusanika, saya terdengar lagu ini dipasangkan oleh
pelajar kejuruteraan yang sedang membuat program di situ. Terus tersenyum dan teringat dekat mak.
Pertama
kali saya mendengar mak saya sambung chorus
lagu ni, saya gelak guling-guling. Tak
percaya mak saya ni layan juga lagu-lagu jiwang ni. Bila ditanya macam mana boleh ingat? Mak cakap ni nostalgia waktu bertunang dengan
abah. Waktu tersebut mereka keluar
beramai-ramai dengan kawan-kawan ke Pantai Merdeka. Walaupun mak bukanlah dalam kalangan mereka
yang Islamik, tetapi mak tak suka perhubungan bebas antara lelaki dan
wanita. Jadi, semasa bertunang mereka
jarang berjumpa. Jumpa pun dengan
ditemani oleh kawan masing-masing sewaktu berkelah di Pantai Merdeka. Tambahan pula, selepas bertunang abah
mendapat panggilan untuk bekerja di Kuala Lumpur. Rezeki yang Allah kurniakan sebagai
memberkati ikatan tersebut. Tinggallah
mak di Pulau Pinang.
Jadi,
mereka hanya berutus surat sepanjang 2 bulan bertunang sebelum berkahwin. Dan lagu inilah yang menemani mak saya. Mungkin ada kesilapan sedikit di situ, tapi zaman dulu, agama kurang diterapkan. But at least, she tried. She
knew this song by heart. Mungkin
sebab terlalu sinonim nostalgia mereka berdua, sewaktu kecil-kecil abah selalu
bawa kami adik-beradik mandi di Pantai Merdeka.
Entah berapa puluh kali pergi mandi di situ sehinggalah saya tidak lagi
suka mandi laut sebab nanti kulit jadi gelap dan kusam. Di situ juga abah ajar kami adik beradik
berenang tapi yang kuasainya seorang sahaja.
Yang lain semua gagal. Selalunya
macam itulah, apa-apa sahaja yang menjadi nostalgia antara mak dan abah mesti
akan dibawa kepada anak-anak. Mungkin
untuk mengikat hati kami seperti mana mengikat hati mereka berdua. Antaranya yang pernah saya ceritakan ialah
stesen kereta api Bukit Mertajam.
Tapi
sebenarnya yang mengikat hati kita adalah kecintaan kepada Allah. Bukanlah lagu-lagu, tempat-tempat atau
makanan. Hal ini demikian kerana,
apabila berlaku masalah dalam rumahtangga, kepatuhan dan kecintaan kepada Allah
yang akan menyelamatkan hubungan tersebut, bukan nostalgia-nostalgia yang
dibina. Saya bukan seorang yang ahli
dalam bab-bab ni, cuma sekadar melontarkan pandangan yang kecil. Oleh itu, bagi yang faham agama, tak perlulah
nak cemburu dengan mereka yang berdating
dan berhubung 24 jam. Kita ada banyak
lagi agenda agama yang perlu didahulukan.
Jadi,
maafkan saya yang sedang melayan lagu ni. Tiba-tiba teringat dekat mak. Oleh itu, hati-hati dengan lagu. Ia boleh menyebabkan kita teringat selain
daripada Allah. Kalau mak, mungkin
bagus. Kalau yang lain? Nauzubillah…
3 comments:
:)
menarik~
*tertarik utk baca sbb minat lagu ni tp mnurut pnyanyi tu, dia kata lagu ni lbh kpd tadabbur..wallahu a'lam.
syukran...lagu lama2 memang nostalgia
Teringin nak tulis liriklagu ceritacinta stesen keretapi Bukit Mertajam juga. Jangan(…) akaaaan aku buktikaaaan. Pantai Merdaka tu saya tak pernah pergi. Masa pulang cuti penggal zaman persekolahan dulu selalu nampak papantanda PantaiMerdeka. Bercinta dengan orang Pahang,sidia tu nyanyi BahterAmerdeka dalam pertandingan. Jadi itu idea PantaiMerdeka. Saya lihat peta, baru tau masa kursus kakitangan Perikanan saya pernah keTanjung Dawai. Lirik asal 90% seperti sekarang ni. Hmmm lirik lagu Keretapi Bukit..😲 ops pocot BUKITARA( Sape pulak jatuhkan periok ni. Terperanjat je!!) bukan bukit ara 🤭 bukitbendera ada la. Bukit Mertajam tempat kalipertamanak berkenalanrapat. Jangan mare aa ini cuma khayalan saja. Tapi saya serius nak tulis lagu Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Saat airmata tertahan . Melihat dia yang akan kutinggalkan. Penghujung zaman persekolahan. Hanya ku mampu berdoa kepada mu ya Tuhaaan..
Post a Comment