Sunday, May 27, 2012

Kuasa Doa


Saya rasa saya sedikit demi sedikit ‘ter’mengikut jejak langkah Shakila Parween Yacob.  Beliau merupakan idola saya semenjak dari Tingkatan 4.  Siapa beliau ini?  Beliau seorang penulis buku sejarah Tingkatan 5.  Saya memang minat sangat subjek sejarah.  Pertama kali saya melihat biodata penulis buku ini, saya berazam nak ikut jejak langkahnya.  Setiap kali apabila saya kurang bersemangat nak membaca, saya akan membaca biodata beliau berkali-kali.  Oleh itu, saya berhasrat untuk tidak terus berada dalam aliran sains.  Bidang yang akan saya ambil nanti ialah Sains Politik seperti mana beliau.  Tetapi pada masa tersebut saya tidak tahu bagaimana caranya nak pergi ke bidang tersebut.

Kadang-kadang kita tak tahu antara doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t yang mana satu yang Allah s.w.t makbulkan.

Selepas dari Tingkatan 5, saya mendapat tawaran ke Matrik Changlun dalam bidang Sains Hayat selama setahun.  Entah bagaimana Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menolak dari pergi ke matrik walaupun dimarahi oleh cikgu dan dicemuh oleh orang kampung.  Saya sanggup pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri di Pulau Pinang bersama seorang sahabat semata-mata untuk memohon masuk ke tingkatan enam.  Sesuatu yang dianggap pelik bagi pelajar sekolah kluster.  Dengan tidak tahu di mana JPN, kami meredah dengan teksi.  Di hadapan pegawai yang melalui pengesahannya saya secara automatik boleh masuk tingkatan enam, saya dileteri sekali lagi.  Beliau seorang berbangsa Cina dan baginya sesuatu yang tak masuk akal untuk pelajar menolak masuk matrik.  Antara ayatnya, “Orang lain bersusah payah nak masuk matrik, awak senang-senang tolak semata-mata nak masuk tingkatan enam, awak nak jadi apa nanti?”.  Saya sekadar mendiamkan diri.  Saya faham perasaannya, bagi bangsa Cina, mereka terpaksa mengikut kuota menyebabkan ramai yang tidak dapat tempat di matrik walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.  Tapi saya bertekad untuk melaluinya.

Semasa di tingkatan 6, tiba-tiba saya tertarik untuk menceburi bidang pendidikan.  Konon nak jadi guru Bahasa Inggeris.  Waktu tersebut idola saya ialah guru MUET saya, Puan Mazlini.  Beliau pun menggalakkan saya memandangkan Inggeris saya baik katanya.  Jadi, cita-cita saya sudah terpesong tanpa saya sedari.  Mendapat keputusan MUET, saya terlebih yakin dengan keputusan Band yang saya perolehi dan hasrat menyambung pengajian ke bidang TESL berkobar-kobar.  Saya memilih universiti yang terbaik bagi TESL iaitu UPM.  Pilihan pertama.  Pilihan kedua pun TESL, tetapi di UKM.  Pilihan ketiga baru saya meletakkan Sains Politik, UKM.  Sebelum itu saya mengisi Sains Politik di tempat kedua sebelum tukar ke tempat ketiga.  Kan boleh isi 3 kali.  Tetapi entah macam mana, sewaktu print slip tersebut, saya melihat Sains Politik berada di tempat kedua dan bukan ketiga seperti mana yang saya tukar tadi.  Suspen tak?  Saya agak frust dengan kesilapan teknikal ini tetapi yakin kalau result cemerlang mesti mereka akan pilih pilihan pertama. 

Alhamdulillah, saya dipanggil untuk ujian Medsi. Ujian untuk ke bidang pendidikan.  Tetapi tiada rezeki saya dalam bidang pendidikan, saya tak dipanggil temuduga tetapi saya mendapat tawaran ke bidang Sains Politik di UKM.  Saya seronok dan termuhasabah kembali bahawa inilah cita-cita saya pada awalnya sewaktu masuk ke Tingkatan Enam.  Siapa yang memakbulkan hasrat seorang hamba kalau bukan Allah s.w.t?

Maknanya sekarang saya sudah lalui tahap pertama seperti mana Shakila Parween.  Apabila berada di final year saya sibuk dengan tesis.  Tajuk saya awalnya ialah Sosialisasi politik masyarakat di Iraq.  Setelah membuat proposal dengan lengkap, proposal saya ditolak oleh penyelia.  Saya agak sedih sebab kena fikir pula tajuk lain.  Akhirnya sekarang saya sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis ‘Kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia kapitalis selepas Perang Dingin’.  Sedang menaip-naip tadi (sekarang sudah berada di bab analisis iaitu Bab 4 sebelum penutup~)  terjumpa di bahagian rujukan nama Shakila Parween Yacob.  Terus saya dibawa mengimbau kenangan semasa Tingkatan 4.  Beliau merupakan idola saya.  Saya ingin mengikut jejak langkah beliau.  Itulah doa saya.  Dan sekarang saya membuat tesis yang tajuknya merupakan bidang kepakaran beliau iaitu Amerika Syarikat.  Sedangkan tajuk awal saya ialah Iraq, tetapi I ended up ‘ter’being like her.

Saya tak berani nak menebak masa hadapan tetapi saya berdoa semoga Allah s.w.t melorongkan saya sepertimana  Dia melorongkan saya sebelum ini menjadi seperti idola saya tanpa saya sedari. Amiin ya Allah…

2 comments:

hajrunsasuke said...

Moga Allah mudahkan segalanya utk kamu! ;)

ayu said...

amiin...moga yg terbaik juga utk kamu :)