Apabila
lahir seorang bayi di dunia, kita akan dengar tangisannya. Kalau dia tak menangis, doktor akan buatkan dia
menangis. Rasional?
Menurut
Dr. Zubaidi Hj Ahmad, bayi yang dilahirkan akan segera menangis sebaik saja
dilahirkan kerana fungsi paru-paru mereka mula berfungsi. Sebelum ini, bekalan oksigen didapati dari
darah ibu mereka melalui uri (placenta). Setelah dilahirkan, mereka perlu menangis
untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.
Kegagalan
bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat
sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi akan mengalami kerosakan.
Itu
penjelasan dari sudut saintifik. Tapi keyword yang saya nak huraikan ialah “berdikari”. Setelah bernafas dengan bantuan ibu, akhirnya
dia terpaksa bernafas sendiri. Itu
bermaksud apabila dia keluar dari perut ibunya ke dunia ini, dia perlu
berdikari. Dan in order untuk berdikari, dia harus menangis. Kenapa bukan ketawa? Kenapa bukan sendawa? Maka, saya menyimpulkan bahawa proses
berdikari itu akan bermula dengan menangis.
Setiap kali kita perlu menghadapi dunia baru, sesuatu yang asing bagi
kita, kita akan menangis.
Oleh
itu, ia menjadi sesuatu yang alamiah seseorang menangis apabila memasuki dunia
baru yang menandakan dia harus lebih berdikari.
PASTI/tadika- dunia kindergarten. Seingat saya,
saya tak menangis waktu ni. Mungkin
sebab ada kawan sekampung yang bersekolah sekali. Tapi rata-rata kawan saya menangis. Ada yang harus diteman ke tandas, dipujuk,
diteman oleh mak yang melihat dari luar.
Semua ini proses berdikari.
Proses memasuki dunia pendidikan di sekolah daripada sebelum ini di
rumah dengan mak. Ada yang tak mampu berdikari
walaupun sudah menangis berhari-hari menyebabkan ada antara kawan saya yang
berhenti dari pergi ke PASTI. Tak
bersedia menempuh dunia baru. Saya masuk
masa umur 6 tahun, tetapi ada kawan-kawan yang masuk semasa umur 5 tahun. Awalnya mereka berdikari. Bila saya tanya mak kenapa saya tak
dimasukkan masa umur 5 tahun, mak saya jawab sebab Ayu pandai sangat, jadi buat
apa pergi sekolah awal-awal? =_= Tak ada
kaitan pun... Sebenarnya, mereka
memerlukan persediaan seperti sudah boleh membaca, mengaji dan mengira semasa
di rumah. Persediaan ini perlu sebab
saya lihat kanak-kanak yang tidak ada persediaan inilah yang rata-ratanya
menangis lebih kuat berbanding yang sudah bersedia. Sebabnya dia terpaksa berdikari lebih
berbanding yang sudah bersedia- dia jadi rendah diri, malu, tak yakin. Jadi
peranan ibu bapa sangat penting dalam menyediakan anak-anaknya untuk menghadapi
dunia baru ini.
Darjah Satu- hari pertama saya lihat ramai juga
budak-budak yang menangis. Tapi saya
pula sibuk mencari-cari kawan baru. Saya
memilih yang paling comel di antara mereka yang beratur dengan ibu bapa. Namanya Mimi.
Sayang dia tidak bertudung. Yer
lah, lepasan KEMAS. Tak per, ini mad’u
yang berpotensi. J Jauh pemikiran saya..:P Dia telah menjadi sahabat saya mengharungi
suka duka semasa darjah 1 sehingga darjah 3.
Saya kalau dah bersahabat, sampai mak dia dah jadi macam mak saya dan
rumahnya jadi rumah saya, begitulah sebaliknya.
Tambahan pula, mak dia dulu sekampung dengan mak saya. Masa awal berkenalan, Mimi ni nampak pendiam
dan macam nak menangis pun ada. Tapi dia
tak sempat nak menangis sebab saya sibuk nak bersembang dengan dia. Saya memasuki dunia baru dengan cikgu yang
sangat garang (rupa-rupanya mak saudara Mimi) tapi cikgu ini telah berjasa
besar lebih dari sekadar memberi ilmu.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Dengan hanya satu tindakan dia, dia bukan sahaja menyelamatkan saya pada
waktu itu sahaja, tetapi sehingga sekarang dan mungkin sampai bila-bila.
InsyaAllah. Saham itu akan berterusan
kepadanya. Jadi, Malaysia sangat-sangat
memerlukan guru-guru yang ditarbiyah dengan ajaran Islam yang sebenar dan
mengamalkan akhlak Islamiah. Ini semua
produk Jemaah. Berbalik kepada Mimi, dia
meninggalkan saya semasa darjah 3 tetapi dengan satu perubahan iaitu bertudung
walaupun maknya tidak bertudung. Akhir
sekali berita tentang dia, saya dengar dia kahwin awal dan sekarang sudah ada
anak. Saya pula masih berada di UKM dan sedang bertungkus lumus dengan tesis serta final
exam. Tak baik membanding-bandingkan
kehidupan kita dengan orang lain, tapi inilah cabarannya apabila ilmu menjadi
prioriti. Orang kampung cakap, orang
lain dah sibuk kelek anak, dia sibuk kelek buku lagi. Sabar mak cik, saya tahu mak cik kecewa sebab
saya tak pilih anak mak cik…:))
Tingkatan satu- Inilah dunia baru bagi saya
dengan persekitaran yang berbeza dan tentunya kawan-kawan yang berbeza dari
seluruh pelusuk Malaysia. Kalau dahulu
di sekolah rendah masih boleh balik rumah hari-hari, sekarang perlu berdikari
di asrama. Alhasilnya saya
menangis. Waktu orientasi para pelajar
tak sempat pun nak telefon mak ayah.
Dengan akak-akak yang garang terutama Ketua Aspuri, nak pergi ke
ganggang telefon pun tak berani. Maka
bermulalah adegan buli-membuli. Sudah la
hidup berdikari, dibuli lagi. Saya ingat
lagi, sewaktu mak selesai sahaja kemaskan barang saya ke dalam locker saya terus menangis teresak-esak
sambil peluk mak. Jangan lupa apa yang
saya sebut tadi- berdikari=menangis (jadi saya sedang berdikari~). Sekali kak Masyitah datang, mak saya pun
cakap;
“Jaga
anak mak cik elok-elok”.
“Baiklah
mak cik, biasalah tu.” Sambil tersenyum.
Saya
ingat senyuman itu akan berpanjangan dan baiklah itu tandanya layanan pun akan
baik. Rupa-rupanya mak saya titipkan pesan
itu kepada Ketua Aspuri yang akan mengetuai pula orientasi Tingkatan Satu. Selamat malam tu saya kena sindir
habis-habisan dan saya kira itulah pertama kali saya ditamrinkan. Tapi akhlak kak Masyitah ini bagus
menyebabkan walau garang macam singa (kawan-kawan memanggilnya cheetah (singkatan bagi Masyitah) dan
dia selalu memakai tudung corak bulu cheetah
semasa berada di asrama- dia juga ada gigi siung ok..) dia tetap
dihormati. Mengikut guideline orientasi yang terpaksa serius, jadi dia hanya serius di
hadapan kami. Waktu saya patahkan barang
amanah (biskut mayat), saya dengan lurus bendulnya melaporkan kepada dia seusai
solat zohor berjemaah. Jawapannya;
“Tak
pa, nanti kita ganti yang lain.” Lembut sahaja respon dia.
Dalam
hati saya lega bukan kepalang. Tapi ku
sangka panas hingga ke petang… semasa berhimpun tu memang kena makilah sapa
yang patahkan barang amanah dan kena panggil ke depan. Itulah kak Masyitah. Kecut perut sampai sekarang kalau jumpa
dia. Peliknya saya boleh terima semua
ini apabila insan-insan yang mentarbiyah merupakan orang yang memang
terkehadapan dalam membuat perkara-perkara kebaikan, bukan berpura-pura. Orientasi diasingkan antara lelaki dan
perempuan, kalau bermesyuarat dengan pimpinan muslimin menggunakan tabir (zaman
terakhir perkara tersebut berlaku di Irshad), mereka terlebih dahulu
menunjukkan contoh yang baik.
Saya
ingat lagi, selepas sahaja orientasi, saya terus telefon ke rumah sebab
rindu. Dengar sahaja suara abah, terus
menangis teresak-esak. Tapi saya nak mak
waktu itu, tapi disebabkan abah yang angkat saya malu nak cakap saya rindu kat
rumah. Jadi bila abah tanya;
“Laaa…kenapa
teriak ni?”
“Ayu
tak tau nak basuh baju macam mana…” Itulah jawapan yang saya terfikir waktu itu
bagi melindungi rasa malu sebab menangis depan abah. Basuh baju?
Tolonglah…budak kecik pun pandai.
Tapi abah dengan coolnya
memberi panduan membasuh baju kepada saya.
Kesian anak gadisku tak pandai basuh baju, apalah yang mak dia ajar kat
rumah ni~
Tingkatan enam- pun menangis kena berdikari. Orang lain pergi oversea, matrik dan universiti, dia masuk tingkatan enam. I felt
like I have been left out. Tapi
tahankan juga hati selama setahun setengah.
Sudahlah kena berhadapan dengan orientasi lagi, tapi kali ini oleh
orang-orang yang memang tak boleh buat contoh.
Maaf cakap. Tak salahkan mereka,
mereka bukan dalam kalangan insan-insan yang ditarbiyah secukupnya. Mereka hanya pelajar sekolah harian yang
rekod kehadiran ke sekolah bermasalah tetapi masih memiliki semangat dan impian
untuk meneruskan pelajaran. Bila dah
lain dari yang lain, saya memang telah ditarget. Kecoh sekolah ada pelajar Al-Irshad masuk
tingkatan enam sekolah harian lepas tu buat kepala tak nak ikut orientasi. Fikiran saya waktu itu, perangai macam
budak-budak depa ni. Motivasi saya pada
waktu itu, ini hanya sekadar tempat persinggahan. Nasib baik ada juga kawan Irshad yang temankan saya di Tingkatan 6 buat sementara waktu sebelum mendapat panggilan
menyambung Law di UiTM. Sekarang dia dah
grad dan memang sangat hebat pencapaian dalam bidang undang-undang, pernah
pergi ke Afrika dan India buat study case. Bertuahnya saya memiliki sahabat-sahabat yang
hebat. Alhamdulillah… Tapi, as time goes by, saya belajar memahami
mereka rakan-rakan yang tidak sefikrah dan mereka belajar memahami saya. Barulah saya kenal siapa Hajar (saya pernah
sentuh mengenai tabiatnya suka membaca novel cinta) yang sebenarnya. Bukan kak Hajar senior saya, tetapi Hajar
yang sewaktu di Sekolah Arab saya selalu buli dia. Saya pernah cubit dia sekuat hati sebab dia
kata tak sakit dan tuangkan otak udang banyak-banyak dalam kuah laksanya sebab
dia kata otak udang itu sedap (saya tak suka udang apatah lagi otaknya). Tapi dia tetap menghabiskan kuah laksa tersebut dan kata sedap. Geram saya sebab dia tak nak surrender. Itu zaman jahiliah sayalah. Tapi saya telah diberi peluang oleh Allah
untuk berjumpa dengannya dan meminta maaf (kalau saya tak masuk tingkatan enam,
saya takkan berjumpa dengan insan-insan yang pernah saya buli semasa sekolah
rendah T_T). Sekarang kami jadi sahabat
baik. Bila saya cerita kekejaman saya ni kat mak semasa Hajar berkunjung, mak saya tak percaya anaknya ini pernah menganiaya orang (depan mak pijak semut tak mati).
Universiti- sekali lagi sudahlah kena
berdikari, dibuli lagi. Dunia baru
selalu penuh dengan tribulasi. Tapi saya
dah buat persediaan bercampur dengan manusia yang banyak ragam sewaktu di
Tingkatan Enam, jadi tidak ada istilah culture
shock yang konon terjadi kat budak-budak yang konon dulunya warak…stereotaip.
Alam pekerjaan- inilah dunia baru yang bakal
ditempuhi oleh mereka yang bakal bergraduasi tahun ini. Master? Kerja? Kerajaan? Swasta? Menganggur? Tapi saya tak bersedia untuk itu, tapi saya
bersedia untuk menangis sebab kena lebih berdikari selepas ini….
No comments:
Post a Comment