Kadang-kadang apabila saya
terbangun tengah malam, saya mendengar sahabat saya merintih di atas tikar
sejadah. Tersedu-sedu mengadu di hadapan
Allah s.w.t., sedangkan di hadapan saya dia bukanlah seorang yang mudah
menangis apalagi merintih. Nampak kuat
dan tabah. Malah dialah yang selalu memujuk
dan memberi kata perangsang kepada saya.
Saya turut menjadi sebak melihat keadaannya begitu dan dalam hati saya
berdoa agar Allah kasihani dia dan kabulkan doanya. Akhirnya Allah mudahkan urusannya dan memberi
ganjaran kepadanya. Saya tumpang
seronok. Sangat-sangat dan rasa macam
saya pula yang memperoleh nikmat tersebut.
Tapi Allah masih simpan satu doanya.
Allah masih mahu mendengar rintihanmu sahabat. Jadi
jangan kecewa dengan Allah, setiap makhluk di langit dan bumi yang mendengar
rintihanmu juga mendoakanmu walaupun pada waktu saya terlupa mendoakanmu…
No comments:
Post a Comment