“Mak esok
nak pi jogging?”
“Boleh gak,
mak bawa motor pelan-pelan, Ayu lari.”
“Haha…jenuh
la nak lari dari sini ke Mengkuang Dame.”
“Laa…nak pi
joging sampai ke empangan ka? Baik joging kat jalan kampung ja. Pi balik- pi
balik, cukuplah.”
“Malu nanti
orang nampak.”
“Joging pukul 5 pagi, bukan 5 petang. Sapa pun tak nampak.”
“Nanti tiba-tiba terserempak dengan orang gila yang dok jalan
tu.”
“Betoi gak…nanti lari tak cukup tanah kalau dia ligan
(kejar)..haha”
Kami berdua ketawa sebentar. Terdiam.
“Kesian kat dia mak…
Gila.”
“Gila atau buat-buat gila.
Dah tak tau nak buat apa.
Rungsing sangat, tak dak sapa nak sembang dengan dia, lebih baik
jalan-jalan.” Mak menyambung.
“Masa mak mula-mula duduk kat sini dia tak gila lagi. Tapi sebab cari gheja tak dapat-dapat, isteri
dia pun tak tahan duduk dengan dia, isteri dia cabut lari bawa dengan anak-anak
sekali. Pening dok pikiaq pasai bini
dia, satu hari dia lari keliling kampung dengan telanjang pastu mengamuk. Orang kampung panggil la bomba. Lepas balik dari kena tahan kat hospital
mental tu yang dia balik sewel. Dok
pikiaq kenapa bini dia tak mau dah kat dia.
Hidup kalau dok pikiaq pasai orang memang boleh gila.”
Itulah kesimpulan yang mak saya buat. Jangan terlalu fikir kenapa orang boleh buat
macam tu macam ni kat kita, nanti gila jadinya.
Lebih baik fikir pasai diri sendiri.
Jaga diri sendiri dulu.
Kadang-kadang bila selisih dengan orang gila tersebut
(setakat ni saya tengok dia macam terurus jer pun, tapi mungkin ada masanya dia
kena serang kot), dia seorang yang tinggi, kurus, muka cengkung, ada misai
janggut dan rambut pendek. Nampak macam
ok, rupa-rupanya ko. Sahabat saya memang
familiar dengan perasaan ingin tahu saya terhadap apa yang difikirkan oleh
mereka yang terputus wayar ni. Semasa
dia berpraktikal di jabatan psikiatri, selalu juga diceritakan kepada saya
pengalamannya menguruskan pelbagai jenis kes apabila kami berjumpa. Walaupun most
of the time saya memang tak berhenti ketawa mendengar ceritanya, sebenarnya
saya berasa simpati kerana persekitaran keluarga yang menjadi penyumbang besar
kepada keadaan mereka sekarang. High expectation selalunya yang berakhir
dengan disappointment. Yang membawa kepada depression. Itu kesimpulan
ringkas saya.
Dalam kehidupan kita, apabila kita cinta kepada sesuatu, ia
bermaksud kita meletakkan kepercayaan kepada sesuatu tersebut. Walau apapun yang terjadi, selagi kita
percaya kepadanya maka cinta kita masih ada.
Contoh kalau kita cinta kepada kereta, kita percaya ia mampu
membahagiakan kita. Membawa kita ke mana
sahaja kita nak pergi. Walaupun
kadang-kadang dia meragam, tapi sebab kita cinta kepadanya, maka kita akan
perbaiki kereta tersebut dan percaya ia akan kembali berfungsi seperti
sediakala. Tapi bila hilang kepercayaan
kita kepada kereta tersebut, maka hilang juga cinta kita kepadanya dan
membuatkan kereta tersebut berpotensi untuk diceraikan…eh..maksud saya
dijual. Cinta kepada anak-anak bermaksud
percaya bahawa anak-anak akan membahagiakan kita. Membantu di kala kita susah dan sakit. Tapi kita terlupa bahawa sesuatu tersebut
selagi bersifat makhluk maka ia akan mengecewakan. Jadi kita perlu letakkan kepercayaan kepada
sesuatu yang tidak akan mengecewakan kita.
Sesuatu yang bersifat sempurna.
Tidak lain tidak bukan, Tuhan kita, Allah s.w.t. Allah s.w.t selayaknya mendapat cinta dan
percaya kita. Selagi kita percaya
kepada-Nya, kita tahu tidak ada yang dapat mengecewakan kita di dunia ini. Sudah tentu untuk mencapai tahap cinta
tersebut perlu didahului dengan hati, lisan dan perbuatan.
Kerana cinta kita masih hidup dan waras sehingga sekarang. Kita percaya kedua orang tua kita sayang kepada kita. Percaya kepada orang sekeliling kita, sahabat, suami, anak-anak. Tapi hati-hati dalam meletakkan cinta kepada sesuatu yang bersifat fragile kerana andai cinta tersebut dikhianati, muncullah manusia-manusia yang gila. Yang silap meletakkan cinta.
(Empangan Mengkuang)
Tapi sahabat saya cakap, pada tahap mereka sebegini, untuk
menyogok mengenai perkara-perkara kerohanian merupakan sesuatu yang mustahil. Mendengar masalah-masalah mereka, saya tak fikir saya mampu menanggungnya. Tapi Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
***
Menghabiskan masa-masa di rumah dengan membaca semua buku yang ada di rumah, main masak-masak dengan mak, treasure hunt, bagi abah, inilah masa nak mengusung bawa ke rumah saudara mara, berkenalan dengan ahli-ahli baru sebab selalu melarikan diri dari pergi kenduri mereka. Moga masa-masa yang ada dalam hidup orang tua saya, saya telah menunaikan hak mereka dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebaik-baiknya.
1 comment:
Sape awak ye?
Post a Comment