Stesen Kereta Api Bukit Mertajam
11.01 pm
11.01 pm
Lagu klasik dari kedai makan,
stesen kereta api lama BM. Terasa macam kembali ke zaman 1960-an walaupun tak
pernah hidup dalam zaman tersebut. Apabila duduk di kerusi melepaskan lelah,
terdetik di hati, ‘hidup saya kalau tak buat marathon tak sah’.
Petang semalam dapat perkhabaran
adik kemalangan di Rantau Panjang. Seawal
jam 5.30 pagi esoknya bertolak ke Hospital Kota Bharu. Batal tiket kereta api yang sepatutnya
bertolak malam semalam. Pertama kali
melalui jalan Kulim-Grik-Jeli-Pasir Mas-Kota Bharu sudah cukup untuk membuatkan
diri berasa serik. Dalam perjalanan
pergi, akibat keadaan jalan yang sangat menyedihkan, tayar belakang kereta
pecah. Itu ujian pertama. Selesai
dilalui, teruskan perjalanan mencari Hospital Kota Bharu.
(siang-siang memang best)
Melihat keadaan dia, agak sedih
sebenarnya, tetapi sempat meluku dahinya sebab tak dengar nasihat. Berapa kali pesan pun dibuat juga. Gara-gara
terlena semasa memandu, kereta tak bermata memandu sendiri. Patah paha kanan
dan jari kaki kiri selain luka-luka ringan.
Dia cakap memang dia kalut masa tu dan letih. Accident
occured in a split second. Baru-baru
ni semasa menghantar kakak ke tempat kerja, sewaktu dia sedang memandu
sementara saya tidur sekejap di sebelahnya, terdengar bunyi brek tayar yang
sangat kuat. Saya terjaga dan menoleh-noleh mencari punca bunyi. Menurut kakak, ada kereta di hadapannya yang
membelok ke kiri dan lambat memberi lampu isyarat. Mujur kakak saya sempat mengelak ke kanan
sebelum motor di belakang kereta kakak melanggar kereta kancil tersebut. Bayangkan berapa saat yang diambil antara
masa kakak saya mengelak dan motor tersebut terlanggar… Itulah yang terjadi
kepada Acik. Terlena sesaat, bangun-bangun dah ada di hospital.
Mak abah tak dapat menunggu di
situ walaupun ada pegawai UMK yang menawarkan penginapan kepada mak abah
sementara menunggu Acik. Sebabnya saya
terpaksa pulang ke UKM dan kakak perlu bekerja esoknya. Jadi, setelah berbincang, kami putuskan untuk
kembali semula pada hari Ahad akan datang.
Tapi hanya mak abah dan mungkin abang dia. Mak sedara bercadang datang keesokannya. Itulah apabila dah jauh ni, walaupun kasihan
dengan keadaan dia, terpaksa juga pulang.
Perjalanan pulang tidak
menjanjikan kemudahan walaupun bersyukur kepada Allah yang memudahkan
perjalanan. Saya yang memandu pulang
kerana khuatir abah membawa dalam keadaan letih. Tambahan pula, tiba-tiba perutnya tak
sihat. Cabaran memandu tersebut bermula
apabila memasuki kawasan banjaran. Ya
Allah, sabar jer lah. Saya berusaha agar
sedapat mungkin keluar dari banjaran semasa langit masih cerah sebab pada malam
hari, penglihatan saya jadi terhad.
Sebermula jam 6.30 memasuki banjaran dengan jalan berliku-liku, saya
tidak ada masalah. Saya berdoa moga
langit cerah dalam jangka masa yang lama.
Saya berlumba dengan masa. Pada
jam 7.34 malam, langit mula gelap dan diikuti dengan hujan lebat di atas
bukit. Fokus saya terganggu. Perjalanan terasa sangat lama. Yang kelihatan hanya selekoh kanan, selekoh
kiri dan jalan lurus, kemudian lagi selekoh kanan, selekoh kiri dan lurus. Serasa berada dalam satu game lumba kereta. Saya cuba untuk tidak lari fokus sedangkan pada
masa itu mak, abah dan kakak boleh tidur~
Bersyukur sebab ada kereta Myvi WSQ 378 yang memandu perjalanan saya. Saya mengikut kereta tersebut sehinggalah dia
berhenti di RnR Titiwangsa. Hampa kerana
saya berseorangan kembali memandu di tengah-tengah belantara. Hati saya berdebar-debar dan cuak sentiasa. Tak putus-putus berdoa moga segalanya
selamat. Tambahan pula, keadaan yang
licin akibat hujan dan gelap gelita.
Semasa tiba di sempadan daerah
Grik, saya berasa lega kerana jalan di situ agak baik berbanding Jeli. Kenderaan juga sudah ada beberapa buah. Dari sebelah kanan saya perasan sebuah lori
memberi lampu tinggi kepada kami. Saya
pelik, “Ada yang tak kena dengan lampu ke?”.
Semasa saya meneruskan pemanduan, terdapat dua buah kereta berhenti di
bahu jalan dan tidak memasang lampu.
Saya tetap teruskan pemanduan.
Rupa-rupanya ada sekumpulan gajah liar di bahu jalan dari arah
bertentangan. Kemungkinan gajah-gajah
tersebut baru mahu melintas. Saya memang
tak perasan dalam keadaan jalan yang gelap.
Saya ingatkan pokok~ Nasib baik gajah tersebut tak terkejut dengan lampu
dan kereta kami. Kalau tak mahunya dia
terkejut dan berlari semberono. Saya
ingatkan papan tanda tu tak serius~
Sesudah membelah banjaran yang
pertama, saya menukar shift dengan
abah. Banjaran yang kedua lebih pendek
menuju ke Baling. Itupun pemanduan abah
yang laju menambahkan pening kepala yang sudah pening. Gara-gara nak mengejar tiket kereta api malam
ini. Sebenarnya saya tak ada masalah pun
untuk balik esok, cuma ponteng kelas ler juga.
Sempena pembubaran hari ini, saya lihat di Baling sudah meriah dengan
ceramah politik pada malamnya. Dengan
hiasan bendera PAS yang kreatif, kawasan ini memang semangat untuk menghadapi
pilihan raya.
Sesampainya di Stesen Kereta api
Bukit Mertajam, jam sudah pukul 10.30 malam. Beli tiket dan solat, kemudian
tunggu keretapi yang akhirnya datang pada jam 12.06 a.m. Entah pukul berapa baru nak sampai KL
Sentral… Sempat ke nak berkejar ke kuliah pula?
Hidup kalau tak marathon memang tak sah…hmm. Sekarang berada di gerabak
S3 yang kosong dan hanya saya seorang sahaja penghuninya gara-gara tak nak
duduk sebelah orang lelaki dan nak menulis entri kali ini. Bangun dan memerhati keseluruhan gerabak,
teringat cerita Ghost Train. Baru sahaja mak pesan jangan duduk
sorang-sorang… perlu cari alternatif sama ada pergi ke kantin atau duduk balik
di gerabak S1 tetapi merempat di tempat kosong di situ. Mata pun dah letih… tapi tak berani nak tidur
sebab dalam gerabak S1 semuanya lelaki.
Pelik konduktor melihat saya kembali ke gerabak asal. Saya terjaga apabila dikejutkan dengan suara
orang berbual masuk ke gerabak.
Rupa-rupanya tren masih mengambil penumpang. Tiba-tiba ada seorang lelaki duduk di
sebelah, rasa-rasanya Indonesia dari gaya percakapan. Dalam keadaan terkejut sebab baru bangun dari
tidur saya minta tolong seorang gadis muda yang sedang berdiri untuk duduk di
sebelah saya dan minta lelaki yang berada di sebelah untuk bangun. Gadis tersebut faham kondisi saya dan
menjelaskan kepada lelaki tersebut. Dan
dia pun bangun ke tempat duduk lain.
Saya memang tak ada masa nak fikir tindakan yang dibuat kerana menghalau
dia dari tempat duduknya tetapi dalam keadaan mengantuk tersebut saya
terpaksa. Letih-letih begini saya tak
mahu ada manusia pelik-pelik di sebelah pula.
Selalunya saya bernasib baik apabila menaiki tren- sama ada kerusi di
sebelah saya kosong atau orang perempuan yang duduk. Kebanyakan masa, kerusi kosong sebab saya
suka beli last minute. Nasihat- tolong elakkan perjalanan jauh pada
malam hari…
No comments:
Post a Comment