Disebabkan ada permintaan, jadi
di sini saya letakkan tips membuat karangan skema yang terbaik untuk digunakan
di semua peringkat peperiksaan yang ada di Malaysia ini waima SPM, STPM, MUET mahupun
peperiksaan bertulis PTD. Tips ini diberikan oleh guru saya semasa di Tingkatan
Enam, Cikgu Rozita. Beliau merupakan pemeriksa kertas Bahasa Malaysia STPM.
Tips ini boleh digunakan juga untuk membuat karangan Bahasa Inggeris
terutamanya MUET. Eksperimen ini saya buatkan dekat adik saya juga yang selalu
dapat gred C dan D dalam Bahasa Malaysia sepanjang peperiksaan semasa di
Tingkatan 5. Jadi, sebelum dia ambil peperiksaan Bahasa Malaysia, saya minta
dia hafal tips ni dan Alhamdulillah dia berjaya mendapat A. Guru Bahasa Melayu
dia menitiskan air mata terharu dan terkejut kerana tak sangka dia dapat A.
Tapi subjek lain saya tak sempat bantu sebab dia duduk di asrama sepanjang
peperiksaan. Apa sahaja yang kita buat dalam hidup, kalau ada strategi,
insyaAllah kita akan berjaya dengan mudah.
Saya guna tips ni di Tingkatan
Enam, dan sememangnya rakan-rakan lain pun guna tips ni. Kemudian saya gunakan
untuk peperiksaan PTD. Ramai orang mengadu tidak cukup masa untuk menulis dua
karangan dalam masa sejam. Tambahan pula tiba-tiba daripada menulis karangan
Bahasa Malaysia hendak ditukar kepada Bahasa Inggeris. Tapi apabila kita guna
tips ni, kita tidak ada masalah untuk mengarang kerana susunan perenggan telah
diberikan dengan lengkap dan tersusun. Cuma perlu masukkan isi dan kembangkan
sahaja. Susunan ini sesuai untuk semua jenis tajuk karangan yang ada dalam
dunia ni. Berilah apa sahaja tajuk, insyaAllah kita tak ada masalah untuk
mengarang. Tips ini juga memudahkan keseimbangan penulisan kita. Maksudnya,
tidak berlaku seperti isi pertama huraian sampai satu mukasurat, tetapi isi
kedua suku mukasurat sahaja. Hal ini demikian kerana, markah selalunya telah
disediakan secara tetap bagi setiap perenggan. Kiranya tak kira tulis panjang
mana pun, setiap perenggan telah diperuntukkan markah tertentu. Sebab itulah
perlu ada keseimbangan. Setiap peperiksaan menulis pun begini walau apa
peringkat pun.
Tapi ni tips untuk mengarang bagi
peperiksaan, kalau penulisan ilmiah tu… saya pula berharap ada orang yang boleh
bagi tips kat saya supaya apa sahaja penulisan ilmiah boleh saya karang dengan
baik.
Jadi bolehlah kalau ada sesiapa
yang nak mengambil peperiksaan bertulis PTD atau apa-apa sahaja peperiksaan
bertulis untuk guna tips ni. Atau
adik-adik yang nak ambil peperiksaan SPM dan STPM. Kemungkinan markah penulisan
ini dapat menampung markah soalan penyelesaian masalah/kira-kira yang
sememangnya selalu takkan sempat habiskan.
Pendahuluan:
Secara umumnya, ……(isu yang dipilih)……….boleh didefinisikan sebagai…(definisi menurut kefahaman kita)…………..
Namun, seringkali terlihat di dada-dada
akhbar/terdengar di media/berita mengenai ……..(isu). Berita ini digembar-gemburkan sehingga timbul perasaan…….(nyatakan
perasaan masyarakat/pihak tertentu). Isu
ini turut disebut/disentuh oleh ……. (berikan tokoh yang dikenali) di dalam ……..(sama ada televisyen/berita/
apa-apa sahaja majlis yang umum-walaupun kita tak tahu ada ke tidak ada, tapi
pastikan kita sebut secara umum kecuali jika yakin). Beliau menyebut…… Oleh itu,
………….(punca/faktor/langkah/kesan)…perlu
dikenalpasti bagi ….(harapan).
Ok, ini pendahuluan. Satu
perenggan sebaik-baiknya hanya 100 perkataan sahaja supaya dapat jaga
keseimbangan karangan. Di bawah saya buatkan contoh pendahuluan:
Secara umumnya, pilihan raya merupakan satu proses pemilihan
pemimpin yang melibatkan rakyat yang sudah layak untuk mengundi di semua negara
yang mengamalkan sistem demokrasi di dunia ini. Namun, seringkali terlihat di dada-dada akhbar berita mengenai kepincangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya sesebuah negara termasuklah Malaysia. Berita ini sering digembar-gemburkan
sehingga timbul perasaan kecewa rakyat akan ketelusan perjalanan pilihan
raya yang dijalankan. Isu ini turut
disentuh oleh Profesor Dato’ Dr Mohd Agus Yusoff, pensyarah Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam laman muka buku beliau di mana
Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia disarankan agar telus dalam melaksanakan
pilihan raya di Malaysia bagi menghormati prinsip demokrasi yang digunapakai di
dalam negara. Oleh itu, langkah-langkah
perlu diambil bagi memperbaiki
perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia.
Buat macam ini sahaja sudah boleh
mendapat markah penuh secara percuma untuk perenggan pendahuluan.
Perenggan Isi
Bergerak ke perenggan
perkembangan isi lebih mudah dan ringkas tetapi memelihara keseimbangan
perenggan:
Antara langkah/faktor/kesan…..(isu) ialah ………..(isi). ………(Beri huraian isi dalam dua/3 ayat). Sebagai contoh,…….(perlu nyatakan
contoh agar lebih kukuh isi. Juga 2/3 ayat). Oleh itu, …(penegasan isi)… dilihat
sebagai langkah/faktor/punca bagi …(isu).
Sikit jer kan? Tapi ini sudah
cukup untuk buat satu perenggan isi. Di sini, pengetahuan am dan sejauh mana
pembacaan kita akan boleh dinilai berdasarkan perkembangan isi. Contoh
perenggan isi:
Antara langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki perjalanan
pilihan raya di Malaysia adalah
dengan melantik pemerhati pilihan raya. Pemerhati boleh dilantik sama ada dari
kakitangan SPRM atau badan bukan kerajaan (NGO). Tugas pemerhati ini adalah
memerhatikan perjalanan pilihan raya bermula dari pembubaran parlimen, tempoh
berkempen, penamaan calon, hari mengundi awal, hari pembuangan undi sebenar
sehinggalah pengiraan undi. Pemerhati bertindak bagi menilai sama ada pilihan
raya tersebut berjalan mengikut garis sebenar atau tidak. Jika terdapat
kepincangan, pemerhati akan merekodkan di dalam laporan yang akan dihantar
kepada SPRM kemudiannya. Dengan wujudnya pemerhati bebas ataupun dilantik ini,
kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah kecil kerana pergerakan pegawai SPR
atau ejen parti akan diperhatikan dari masa ke masa. Jika pun berlaku penipuan,
dokumentasi yang dilakukan boleh menjadi bukti apabila petisyen dihantar ke
mahkamah semasa tempoh bantahan dikemukakan. Antara contoh pemerhati dari NGO ialah Merdeka Center, IDEAS, dan
Majlis Belia Malaysia. Oleh itu,
langkah melantik pemerhati ini dilihat dapat memperbaiki perjalanan pilihan
raya di Malaysia agar lebih telus dan bebas.
Haa…inilah pengembangan idea yang
tersusun yang akan kita buat sepertimana dalam perenggan-perenggan seterusnya.
Jangan terlebih goreng pula, takut tak cukup masa untuk perenggan seterusnya.
Pemeriksa selalunya nak lihat kesinambungan isi dan kelancaran penjelasan
supaya dia dapat baca dengan selesa. Isi+Huraian+Contoh.
Penutup
Berikut telah disenaraikan…(punca/langkah/kesan)… (Letak harapan
kita)…(Letak harapan/ucapan tokoh). (Letakkan pepatah/peribahasa).
Contoh:
Berikut telah disenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia lebih telus dan bebas. Dengan perlaksanaan langkah ini, diharapkan pilihan raya yang dijalankan menjadi medan yang terbaik bagi memilih pemimpin yang bertanggungjawab dan mampu membela nasib dan kebajikan penduduk Malaysia. Perkara ini turut diharapkan oleh Perdana Menteri kita agar rakyat membuat pilihan yang bijak dan tidak mengikut emosi. Seperti kata bijak pandai, jangan menang sorak, kampung tergadai apabila kita memilih hanya berdasarkan suka-suka dan terpengaruh dengan media tetapi bukan berdasarkan fakta.
Hah… pemeriksa memang suka kalau
kita selalu sebut nama Perdana Menteri~ boleh dapat extra marks. Hehe..betullah tu.
Semoga membantu.
p/s: kalau rajin baru tulis pula contoh karangan dalam Bahasa Inggeris.
7 comments:
assalamualaikum kakak :)
sebenarnya,yang betul ialah :
Oleh sebab itu,bukannya oleh itu.
oh,terima kasih sudi berkongsi karangan contoh yang cukup baik!
insyaAllah akan dimanfaatkan ^^
salam,
Oleh itu/oleh sebab itu- dua-dua pun betul. Yang salah kalau guna 'oleh kerana'. Boleh rujuk di link tatabahasa di bawah. :)
Terima kasih kerana membaca. semoga bermanfaat.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=oleh+sebab&d=10
oh...terima kasih :))
Terima kasih...tolong doakan agar saya dan saudara islam kita memperoleh straight A+ dalam SPM...insyallah..amiin
terima kasih...... semoga karangan ini dpt dijadikan panduan utk sy menduduki stpm tdk lama lagi...
ayu , bole dptkan alamat email , nk tnya sesuatu
Post a Comment