Tuesday, April 19, 2011

Mereka sebenarnya takut...

Selepas kemenangan ideologi liberal-demokratik yang dibawakan oleh Amerika terhadap ideologi komunisme yang dibawa oleh Rusia sewaktu Perang Dingin, ideologi liberal-demokratik dilihat sebagai satu-satunya ideologi yang diterima dan sesuai diamalkan di dunia.  Melihat kemenangan ini, Francis Fukuyama dalam bukunya The End of History telah menyatakan bahawa sejarah telah berakhir dengan kemenangan ideologi liberal-demokratik ini.  Maknanya dah tak ada guna manusia duduk kat dunia ni nampaknya.  Adakah begitu?  Semestinya tidak. Pandangan beliau ini dilihat kontra dengan Ibnu Khaldun yang menyatakan sejarah akan berulang kembali.  Dalam mana-mana sejarah, sesuatu tamadun yang terbina semestinya akan mengalami proses Decay.  Secara mudahnya, buah jika terlalu ranum akan busuk dan jatuh.  Sekarang ini, pada pandangan peribadi saya, Amerika Syarikat di mana merupakan paksi tamadun Barat sedang berada dalam keadaan ranum dan menuju ke fasa Decay.  Percayalah, kecanggihan teknologi tidak akan mampu bertahan jika berlaku kehancuran dari sudut moral.  Dulupun, zaman Jahiliah digelar bukanlah disebabkan oleh bodohnya masyarakat, bahkan teknologi mereka sudah canggih dengan pelbagai binaan yang masyhur. Tapi semua itu takkan bertahan kalau dalam negara tersebut akhlak rakyat berada pada tahap rendah.  Jadi begitu yang dihadapi oleh Amerika sekarang.  Cumanya, sesuatu tamadun itu lambat runtuh apabila kemajuan sains dan teknologi selalu diupgradekan.  Pelbagai penemuan sains dan teknologi melambatkan sesuatu tamadun itu runtuh kerana manusia bergantung kepada kemajuan sains yang dibawakan oleh tamadun Barat. 
                Namun, Fukuyama melihat munculnya pencabar utama ideologi liberal-demokratik iaitu Islam.  Sistem politik Islam yang berteraskan perundingan (syura) mempunyai banyak persamaan, terutama dari segi bentuknya dengan ideologi liberal-demokratik.  Kajian beliau ini telah menyebabkan Amerika menjadikan dunia Islam sebagai sasaran takutnya mereka pada bayang-bayang sendiri.  Mereka bertindak memusnahkan akar munculnya Tamadun Islam dengan harapan dapat menguburkan tamadun ini daripada tegak semula.  Mereka sedang mencabar umat Islam dengan menggunakan setiap kecanggihan teknologi senjata yang mereka ada dan bina untuk menguji kekuatan umat Islam.  Kalau boleh mereka nak jadi macam Firaun. Membunuh semua bayi lelaki kerana takut akan menentangnya nanti.  Kalau ramalan pun mereka percaya, apatah lagi kajian ilmiah yang dijalankan oleh sarjana mereka Fukuyama.  Macam itulah yang dilakukan oleh Amerika sekarang.  Memusnahkan setiap tapak tamadun Islam yang dilihat berpotensi untuk membina tamadun Islam kembali. 
Oleh itu, sekarang ini menjadi tugas untuk kita sebagai umat Islam mengkaji sedalam mungkin sistem politik Islam yang berteraskan syura ini.  Sebagai seorang muslim, saya akui kurang menghayati sistem ini.  Tak pasti kalau orang tanya apa itu sistem politik syura saya boleh huraikan dengan terperinci seperti mana menerangkan sistem liberal-demokratik itu. Allah…malunya…Sepatutnya kefahaman mengenai sistem Islam ini harus disebarluaskan dan dididik di peringkat umat Islam sedari kecil supaya kita faham apa yang sedang kita perjuangkan iaitu ingin mewujudkan Khilafah Islamiyah di dunia ini.  Bagaimana bentuknya, sistemnya, praktiknya?...Nampak tak.  Dengan politik kita boleh runtuhkan sesuatu tamadun.  Macam mana yang dikatakan umat Islam kalau tak nak ambil tahu tentang politik.  Tak nakkah kita kuasai sesuatu perkara yang boleh melenyapkan kebatilan dan menegakkan Islam atas runtuhan tersebut?  Kalau mereka takut dengan kita kerana Sistem Politik Islam iaitu syura, takkanlah kita yang  mengucap syahadah ni nak takut untuk menegakkannya dan berjuang ke arahnya.  Tidak ada kemenangan kecuali melalui ALLAH.
Serangan mereka sekarang ini bukanlah menandakan kekuatan mereka, tetapi ketakutan mereka akan keruntuhan tamadun yang telah mereka bina.  Mereka tak sedar, untuk memelihara sesuatu tamadun, moral masyarakat perlu dipelihara dan dijaga.  Tapi mungkin juga mereka sedar, tapi tak boleh buat apa-apa sebab mereka tak ada metod bagaimana nak seiringkan pembinaan moral dengan kemajuan teknologi.  Jadi instead of perbaiki diri sendiri, mereka menyerang musuh.  Islam ada formula tersebut (vaksin kebobrokan moral).  Sebab itulah mereka takut dengan Islam.  Jadi ayuh kita bermula dari diri sendiri dalam membina akhlak dan moral.  Kemudian keluarga kita, masyarakat kita, negara kita dan tamadun kita di samping menguasai ilmu.
Sebenarnya peperangan yang berlaku selama ini ialah peperangan ideologi semata-mata. Tak percaya cek buku sejarah. Tu lah rumusan saya hasil dari pembacaan yang terhad.  jadi selama ini letup sana, letup sini, propaganda sana, propaganda sini hanyalah untuk mempertahankan ideologi? Berbaloikah? (eh, patut ke tak tanya soklan camni? Pencerahan...pencerahan...) Wallahualam...
…….di peringkat saya, rasanya perlu lebih banyak membaca dan mengkaji sistem politik Islam. Kena cari sumber alternatif sebab kursus ni tak tekankan sistem politik Islam. Sekular habis.
p/s: selesai baca Politik Perbandingan: Peranan Ideologi. Xam..xam..
p/s/s: eh, buku kat atas pun menarik gak (imej kat atas)....kata-katanya;
"To take over the world,
all you need is an idea"
nak cari buku ni nanti...

Rujukan:
Fukuyama, F.  1989.  The End of History. The National Interest.

No comments: