Petang kelmarin, selepas balik dari Pesta Buku Antarabangsa (IBF), berkesempatan untuk melepak dengan junior sewaktu di Irshad. Menemani bersama sahabat sekuliah. First thing selepas diintroduce yang dia ni junior saya, dia beritahu sahabat saya yang saya ni garang. First remark kat saya.
"Akak tahu x, Kak Ayu ni garang, kitorang takut dengan Kak Ayu ni. Nampak dia dari jauh kitorang lari pusing tempat lain sebab takut bertembung."
Kawan saya tanya sebab apa nak lari?
"Sebab waktu tu saya tak pakai stokin."
Dulu kalau dengar yang junior takut, memang rasa best. Rasa cam hebat. Tapi kalau dilihat betul-betul, ia merupakan satu kerugian. Macam mana nak mengajak kepada kebenaran kalau mad'u lari bila jumpa kita? Dulu saya tak fikir pun benda ni. Sebab diorang memang tak boleh lari sebab duduk asrama. Suka tak suka, benci tak benci diorang kena dengar tazkirah saya jugak setiap kali usrah atau liqa'. Salah sikit, memang kena time tu juga. Tak pakai stokin waktu pergi dewan makan, kena halau balik. Cuak juga waktu halau tu, tapi memikirkan orang akan buat apa sahaja sebab lapar, jadi saya berani halau. Sekarang adik tu ada di UKM. Alhamdulillah, dia tak lari pun bila jumpa saya. Dah boleh bertegur sapa bila selisih.
Motif saya sangat rigid waktu tu sebab dah diorang langgar peraturan sekolah dan saya diberi kuasa untuk menegur, jadi saya kena gunakan amanah tu sebaiknya. Tapi sekarang, bila diorang di UKM, undang-undang UKM tak gariskan dan saya pun tak diberi lesen pun untuk menegur. Hakikatnya, kebenaran perlu dinyatakan walaupun pahit dan setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk amar maaruf nahi munkar, cuma metodnya lain. Saya dah tak boleh rigid sebab nanti diorang lari macam dulu lagi.
Dulu, saya selalu tegur kawan saya sebab dia bercouple dan tak menjaga ikhtilat. Tapi dia tegur saya balik;
"Hang tak boleh rigid sangat Ayu, nanti orang laki takut kat hang."
Dalam hati saya terdetik, bagus la diorang takut. Tak rugi pun. Dan itulah pertama kali saya dengar perkataan rigid. Kebetulan kawan saya tu memang pakar bahasa Inggeris ni. Semoga dia berbahagia dengan pilihan hati dan cepat-cepat mendirikan rumah tangga.
Sekarang ni, saya rasa saya tak rigid sangat. Saya dah boleh tegur mesra kawan saya walaupun hakikatnya diorang tengah berdating waktu tu. hu. Kalau dulu, saya pergi bagi tazkirah free. Tapi tu membuatkan saya takut saya akan jadi fragile plak.
Berbalik kepada junior saya, sekarang ni memang kalau jumpa dengan saya dia dah tak lari. Saya dah boleh melawak dengan dia dan dia pun dah boleh ceritakan perkara-perkara yang ntah apa-apa dengan saya. Antaranya, dia cerita yang diorang dalam dorm selalu bergosip tentang adik lelaki saya. Sahabat saya tanya, hensemkah adik Ayu?
"Kalau dah gosip, mestilah hensem kak."
Baru saya tahu yang adik saya ni diconsiderkan hensem dalam kalangan wanita. Pada pandangan saya, tak pun. Yer la, tengok dari kecil sampai besar sama jer pun. Kalau saya beritahu dia hensem dari kecil mesti dia akan jual mahal sikit dengan orang perempuan ni. Ni sebab dia rasa dia tak hensem dan saya pun tak pernah puji jadi dia pasang awal-awal, takut dah tak ada orang yang nak kat dia. Apakah yang saya merapu ni? Iklan sebentar...
Bila diingatkan kembali, kalau saya tak terlalu rigid dahulu, mungkin ada harapan saya dapat membetulkan diorang. Bermesra dengan diorang dan mengajak berbuat kebaikan. Ini tak, sewaktu salam dengan diorang, tangan diorang mesti sejuk dan menggeletar. Saya nak senyum pun payah. Hmm...Tapi perasaan tu juga yang saya rasa waktu salam dengan mantan Ketua Aspuri, Kak Masyitah. Tapi tu membuatkan saya lagi bersemangat nak jadi macam dia. Rasanya sekarang ni kalau jumpa dia, saya yakin perasaan takut tu masih bersisa. Lain orang, lain penerimaannya. Bukan semua manusia sama...muhasabah untuk diri sendiri juga. Saya selalu fikir kalau saya boleh buat, kenapa orang lain tak boleh? Sebab tu jadi garang sangat sebab tak suka terima alasan. Tapi kemampuankan berbeza, ada yang diorang bleh buat, saya pula yang tak boleh buat. Hakikatnya, hidup ini adalah satu proses pembelajaran yang berterusan.
Pesanan untuk diri...kena ada motivasi diri.
Diorang mesti pelik kenapa Kak Ayu dah tak rigid sangat sekarang ni. Jawapannya, saya melalui satu proses percampuran dengan pelbagai lapisan masyarakat sewaktu di Tingkatan 6 selama setahun setengah . Awal-awal masuk dah buat hal tak nak pergi orientasi. Sebabnya tak suka percampuran laki perempuan. Waktu senior panggil ke depan dan suruh bagi sebab kenapa tak hadir explorace, saya bagi tazkirah free kat diorang. Tapi lepas tu memang jadi kes. Jadi, di situ saya belajar yang diorang ni tak sama dengan budak sekolah agama.
Saya cuba untuk bersifat terbuka sampai tahap kawan saya dengan beraninya mengaku dia lesbian, ada yang membuat pengakuan ikhlas kena tangkap khalwat.
"Hang mesti benci kat aku kan Ayu pas tau benda ni,"
Benci? Saya rasa cam nak bubuh penampaq time tu juga. Tapi saya tak buat, saya bagi kata-kata motivasi yang dia masih ada peluang untuk berubah. Dia cakap dia kecewa dengan lelaki. Sapa suruh berkawan dengan laki? Itulah akibatnya. Tak ada penyakit cari penyakit. Dia ceritalah sedetail mungkin apa yang laki tu dah buat kat dia. Menyesal pula saya bersikap terbuka sebab saya rasa sedikit masa lagi saya mesti dapat darah tinggi atau mati muda sebab menahan perasaan nak marah dan benci dengan setiap tingkah laku manusia di sekeliling yang tak ikut syariat ni.
Macam-macam la orang perempuan ni. Kaum ni memang bahaya betul. Kesian kat lelaki terutama adik-adik lelaki saya yang konon hensem tu...hmm. Wah! tak nak ulas panjang-panjang. Tu mungkin tajuk lain nanti.
Hakikatnya saya ni tak garang pun....tanya mereka-mereka tu...
4 comments:
hakikatnya ayu memang x garang..sememangnya sangat caring.
setiap org ada persepsi masing..
setiap orang juga ada potensi diri yg kemungkinan berbeza daripada org..
apapun orang kata..Aku Tetap Aku..
x garang kah??
Bismillahirahmanirahim ~
ayu dear, itulah manusia. stiap kita djadikan berbeza rupa dan hati. memg psikologi manusia, kalo x kenal atau kurang berinteraksi dgn someone tu, kita akan bina benteng kukuh antara dri kita ngan dia. sometimes people call it ego, sometimes they say it is "garang". kalo tgk betul2, each one of us wujud benda ni. yg beza ny, seawal mna kah dri kita mleraikan benteng ni dlm phubungan tu. this is part one here. huhu.
part two, betul ckp ayu, dlu memg ayu x kisah org takut ngan ayu sb diorg x blh lari dari ayu. p mai p mai memg kna jugak stempek dua kat dahi. haha. *termasuk diri org bcakap ni* tp utk takut pd awk? tidak sb kgarangan kamu xdpt m'atasi sy rs nya. haha. terasa tu ada tapi tu cerita lama. tinggalkan saja ~
ap yg penting, in this world, to make sure u know what n how to deliver ur da'wah to others, u need to know how they live their lives, dear. u need to know at least some of their past lives stories or even what's inside their thoughts. its not an easy job for u, *cuz i know d person u r. wink wink.* AND, to know all of that, u need to b friendly to ur mad'u. blh tgk cth dr ust2 yg popular, cth ust kazim elias. dia da expert ngan budaya mad'u dia, n dia tau cemana nk tackle diorg, so he uses everything he got to make sure siraman air da'wah dia smpai ke akar mad'u, bkn sekadar mengalir di hujung daun.
u said people starts to tell u stories when they know u rite? so use it wisely. that's why Islam teach us to listen more then talking. hear things, do some research, and then u go for it. ayt yg pernah ayu lontarkan dlu: "Orang alim ni tak banyak bercakap kan? Depa bercakap bila depa rasa perlu ja." This thing patut dijadikan ikutan bagi para da'ie. Diam bukan bererti tak buat apa2. *I think u know what I mean, rite?*
d 3rd part is, i dont know bout u dulu n sekarang cuz skrg da susah nak jmpa n sembang2 ngan ayu cm dlu =)
asiah> asiyah x pernh wat salah lagi...hehe..watpa nak marah
u.pijan>ust lagi garang dr ana
cleo> tq cleo..jom kita aplikasikan:) moga mjadi daie yg hebat
Post a Comment