Sebenarnya bukan sahaja nak jadi kaya dan nak dapat kekayaan sahaja yang sukar, nak dapat ‘kaya’ pun susah.
Hmm…kejadian membuka tin kaya membuatkan saya terfikir betapa susahnya nak jadi senang kalau tidak dimulakan dengan kesusahan dan memiliki persiapan yang mantap dari segi mental dan fizikal. Disebabkan tidak punya kelengkapan yang lengkap, nak buka tin kaya yang sepatutnya ambil masa tak sampai 1 minit boleh jadi berbelas minit. Ukhti cakap masuk dapur ni macam berperang. Kena perang dengan api, pastu siap dengan pisau dan lesung batu (meanwhile lesung batu hilang). Kalau berjaya kita akan beroleh ganjaran iaitu makanan yang sedap. Last-last sekali fed up, terus merajuk dengan tin kaya, naik atas tidur dengan perut kelaparan. Waktu bangun dari tidur, terasa sakit jari-jemari. Terasa sampai sekarang. Tension betul. Bagusnya, esok exam bulat-bulat jer. Buat semua benda tak jadi. Turun ke bawah, ukhti cakap ‘kaya’ dah berjaya dibuka dan ada dalam peti ais. Huh, tak nak saya. Jual mahal sangat tadi, biar dia keseorangan di dalam peti ais.
Walaupun benda ni kecil, tapi kalau sekecil perkara pun kita tak ada kelengkapan benda tu akan jadi susah dan menyusahkan. Macam tu lah exam pun, subjek yang kita belajar semuanya mudah-mudah belaka. Kalau tak, takkan Allah letak kita berada dalam course tertentu. Kita anggap subjek tu macam musuh kita. Mesti ada kelemahan di mana-mana. Jadi kita kena susun strategi untuk kuasai subjek tersebut.
‘Kebenaran jika tak berstrategi akan dikalahkan oleh kebatilan yang berstrategi’-Saidina Ali
Jadi sebelum menelaah tu, buat la dulu strategi macam mana nak kuasai subjek tersebut. Tambah-tambah subjek yang kritikal. Sebenarnya tak kritikal pun, ubah mindset dulu. Masing-masing ada strategi yang tersendiri bergantung kepada kemampuan diri. Yang pastinya kita semua bijak-bijak belaka. Kalau tak mesti takkan survive untuk jadi manusia yang masih waras sampai sekarang. Kalau orang lain boleh, kita pun boleh! Yes!
Oleh itu, rebut setiap peluang, lenyap setiap keraguan, yakin Allah akan beri kebahagiaan hakiki kepada kita!
Jawab exam lagi senang dari buka tin kaya… (=_=”)
p/s: memikirkan sama ada nak sentuh atau tak ‘kaya’ tu…
No comments:
Post a Comment