21 tahun hidup, 21 kali Ramadhan dah datang dan pergi. Kalau nak review balik apa yang telah dilalui Ramadhan lepas-lepas;
1 tahun-kecil lagi...tak ingat apa-apa
6 tahun- bertatih untuk berpuasa. Saya puasa, kawan-kawan lain tak puasa. Waktu rehat di PASTI, saya ingat ada kawan offer buah anggur. Saya makan pastu ada kawan tegur,
"Hang cakap hang posa, kenapa makan?" Saya baru teringat saya puasa. Kiranya waktu bertatih tu kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa.
7 tahun- abah buat tawaran kalau dapat puasa penuh satu hari dapat seringgit. Cara macam ni berjaya sebab sejak dari situ puasa setiap tahun mesti penuh sebab nak bersaing dengan adik-beradik yang lain siapa yang dapat kumpul duit paling banyak. Budak kecil pun tahu nilai sekeping kertas bernama duit. Tambahan pula waktu tu abah buatkan setiap sorang daripada kami tabung buluh untuk simpan duit. Hiasan tabung dibuat secara sendirian berhad. Jadi masing-masing bertanding tabung siapa paling berat.
10 tahun- makan sebiji epal di tepi perigi sampai habis baru teringat sedang berpuasa waktu buang sisa epal ke dalam perigi. Masih ingat-ingat lupa.
13 tahun- baru belajar erti Ramadhan yang sebenar. Hari-hari sebelum Ramadhan dan waktu Ramadhan diisi dengan tazkirah mengenai Ramadhan. 5 tahun di Irshad, setiap kali tiba bulan Ramadhan, hari-hari akan dipenuhi dengan rutin-rutin harian seperti sahur, sebelum kelas bermula setiap kumpulan wajib habiskan satu juzuk Quran, tazkirah Asar, buka puasa beramai-ramai, terawih berjemaah di surau, kuliah Maghrib, moreh. Segala-galanya telah disusun oleh ustaz dan ustazah.
17 tahun- cuba mengupgrade amalan dalam bulan Ramadhan dengan kawan-kawan. Tak ada rasa takut waktu berjalan sorang-sorang ke surau pukul 4-5 pagi untuk qiam. Langit Ramadhan sentiasa cerah.
19 tahun- sentiasa rindu suasana menyambut Ramadhan dengan sahabat-sahabat di asrama. Dulu terawih dengan sahabat-sahabat, sekarang ni terawih dengan mak cik- mak cik di kampung. Dulu terawih 8 rakaat sahaja, di kampung kadang-kadang 20 rakaat. Dulu kuliah terawih hari-hari, di kampung selang sehari sahaja. Dulu terawih tak ada gangguan, sekarang sentiasa terganggu dengan suara kanak-kanak bermain di luar surau dan suara anak-anak kecil menangis. Ada satu hari, hujan lebat sangat. Waktu tengah khusyuk solat, tiba-tiba guruh berdentum. Lampu dalam surau terpadam tiba-tiba. Habis kecoh dengan suara kanak-kanak yang berada di saff belakang lari bertempiaran menyelamatkan diri. Tapi yang bestnya dapat qiam hari-hari sebab temankan mak masak pagi-pagi. Kadang-kadang kalau mak tak sibuk jahit baju, bawa mak ke surau naik motor. Sambil-sambil naik motor lalu tepi sawah, sempat menikmati indahnya langit Ramadhan. Bulan Ramadhan kali ini memang best sebab setelah 5 tahun di asrama, akhirnya balik ke pangkuan mak selama setahun setengah. Masak sahur dengan mak, teman mak jahit baju malam-malam sambil sembang-sembang kenangan lama, pergi terawih dengan mak, pergi bazar Ramadhan dengan mak.
21 tahun- 2 kali melalui bulan Ramadhan di UKM, setiap tahun menjanjikan pengalaman yang berbeza. Waktu di Kolej Burhanudin, setiap hari berbuka puasa dan berterawih di masjid UKM. Tadarus dijalankan oleh Myisiukm setiap petang atau malam. Cuma yang kurangnya pengisian seperti kuliah di masjid UKM. Kali kedua Ramadhan iaitu tahun lepas menjanjikan sebaliknya. Kuliah seperti biasa, dan waktu tersebut memang sibuk dengan assignment. Ok, dat was an excuse. Memang saya hilang fokus pada Ramadhan lepas. Rasanya saya gagal. Kalau setiap kali keluar dari institusi Ramadhan ada 'pngs'nya, pngs paling teruk dan kemungkinan failed adalah tahun lepas. Ini merupakan pengajaran buat saya. Kalau ditakdirkan saya mati sebelum Ramadhan tahun ni datang, saya akan mati dalam keadaan menyesal. Isk...isk. Sempat ke tak ni? Ada lagi less than 3 hari. Huhu...takut... Sedangkan peluang untuk berpuasa sepenuhnya di rumah merupakan peluang yang saya nanti-nantikan sangat. Sangat-sangat. Sebulan di rumah dan bersama mak dan keluarga...
Kadang-kadang ujian perasaan itu adalah ujian yang paling besar untuk dihadapi. Sayang sangat kat mak pun ujian juga. Mak yang garang merupakan mak yang paling kita sayang dan kita kenang. Aish...sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Mak dah telefon minta balik untuk tolong waktu kenduri sambut bulan Ramadhan, tapi tetap tak dapat balik. Adakah Allah sedang menguji mak saya? Sampai tahap manakah dia dapat bersabar anaknya berjauhan terlalu lama. Mesti timbul dibenaknya sangkaan-sangkaan adakah salah dia anak tak nak balik rumah sedangkan sebelum ni setiap dua minggu mesti balik. Mungkin ini ujian buat saya dan setiap bentuk ujian berbeza antara saya dan sahabat-sahabat.
Moga-moga langkah kita memasuki bulan Ramadhan kali ini tidak silap dan tidak dimulai dengan sesuatu yang buruk. Nauzubillah. Ingatlah belum tentu Ramadhan kali ini akan dapat kita temui pada masa akan datang. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment