Menyelak helaian-helaian buku mencetuskan ilham bahawa kehidupan itu seperti bab-bab dalam buku.
Uniknya kehidupan yang ditulis dalam kitab di Luh Mahfuz ialah watak-watak yang dimuatkan ramai dalam satu masa.
Setiap bab ditonjolkan watak-watak yang berbeza dan menghiasi kehidupan watak utama.
Kadang-kadang watak-watak yang dihighlightkan dalam bab pertama mungkin tidak akan dihighlightkan dalam bab seterusnya...
Ada watak yang dimatikan...ada watak yang dahulunya hanya watak sampingan akhirnya menjadi watak penting dalam kehidupan watak utama.
Kadang-kadang setelah bertahun-tahun watak yang berada dalam bab pertama ditinggalkan, watak itu akan muncul kembali satu hari nanti.
Tapi itulah...ada watak yang kita ingin erase dalam cerita kehidupan kita tapi tak mampu dan ada watak yang kita tak mahu pun berada dalam cerita kita...
Sebabnya penulis cerita ini bukanlah kita sendiri, bahkan Allah juga yang menulisnya...
Sebabnya manalah tahu watak tersebut akan berguna di pengakhiran cerita dalam kehidupan kita... Wallahualam
Watak lama kembali menjelma...bukan tak nak bagi peluang...harap tak ada salah faham.
Proses menulis artikel tergendala sebentar...
No comments:
Post a Comment