"Saya memang benci dengan sikap Perdana Menteri, Najib Razak"
Perangai dia sama dengan bapak dia dulu. Apa yang dia buat sekarang, sama jer dengan apa yang bapak dia buat dulu. Bapak borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Cikgu dia dulu mesti kencing berdiri sebab dia kini kencing berlari. Kedua;
"Saya memang berdendam dengan sikap pihak yang kononnya pegawai "keselamatan""
Saya boleh bayangkan perasaan perasan HEBAT diorang ketika menangani peserta demonstrasi BERSIH. Menyarung baju uniform biru tu membuatkan diorang rasa HEBAT sangat sampai diorang layan rakyat yang sebenarnya sama atau mungkin lebih tinggi darjat dari diorang macam BINATANG. Baju uniform tu menjadikan diorang hilang sifat perikemanusiaan. Sistem latihan kepolisan di negara melahirkan pegawai keselamatan yang hilang rasa perikemanusiaan dan berhati binatang dan TAK BERTIMBANG RASA langsung. No wonder, sebab kebanyakan polis ni terdiri daripada orang yang cetek pemikiran (belajar tak habis), bermasalah waktu zaman sekolah, perokok, tak solat, kesetiaan membuta tuli, panas baran dan lain-lain lagi. Tak percaya, cuba berkawan dengan polis atau anak polis. Nak jumpa yang baik tu bagai mencari permata dalam lautan kaca. Sapa yang banyak korup kalau bukan puak-puak ni?
Buat pertama kalinya post saya penuh berunsur emosi. Saya memang sangat....sangat....sangat...KECEWA dengan sistem yang diamalkan di MALAYSIA ni. Apa yang lebih mengecewakan ialah;
"sikap peserta demonstrasi yang tak serius langsung ketika berdemo"
Boleh bergelak ketawa. Tau tak apa yang jadi apabila kita tak serius? Kita jadi kurang peka dengan orang-orang di sekeliling. Hilang rasa bertanggungjawab. Hilang fokus. Main taram (langgar) jer apa yang ada depan mata. Anggap macam benda ni main-main. Kalau berperang sambil bergelak ketawa, bayangkan, apa akan jadi?
Bagus sangat....pemimpin minda kelas ketiga, pihak keselamatan minda kelas ketiga, rakyat pun minda kelas ketiga.
Hati bagai disiat-siat apabila melangkah masuk ke KLCC melihat orang seronok bershopping sementara di luar people were fighting in bloodshed. Like there's nothing happen. Like we were living in a very peaceful country and people out there were some bunch of ungrateful animal fighting for food. Apakah ke"bangang"an yang sedang melanda negara ni? Dengar jawapan Zainuddin Maiyidin buat saya rasa macam nak sepak-sepak jer muka dia. Either he was blind or deaf, the truth is his answer seems like a total idiot.
Perasaan saya memang bercampur-baur sejak semalam. Saya tertanya-tanya apa yang saya sedihkan sangat? Adakah saya sedih dengan sikap diri sendiri yang tak pandai jaga diri dan sahabat hingga melakukan tindakan bodoh, atau sedih dengan sikap orang-orang sekeliling yang kurang serius, atau sedih dengan sikap pihak "keselamatan" yang memang tertera sangat kebodohan mereka bersikap melulu hingga hilang pertimbangan akal dan bertindak macam hero tapi hakikatnya hanyalah seperti anjing yang tak ada sifat kemanusiaan atau sikap lidah bercabang pemimpin yang konon akan benarkan perhimpunan jika dibuat di stadium tapi akhirnya halang orang ke stadium atau sikap Agong yang tak dapat nak pastikan pemimpin tersebut mengotakan kata-kata mereka atau apa?
Apabila saya cuba bertenang dan mengkoreksi kembali apa yang telah berlaku selepas solat dan melalui pembacaan, saya tahu, perasaan tersebut bukanlah sedih, tapi lebih kepada kekecewaan. Sistem yang dibuat oleh manusia memang mengecewakan.
"Barat menggalakkan negara Dunia Ketiga supaya mengamalkan demokrasi selagi mereka melihat dengan demokrasi itu golongan menentang Islam mencapai kemenangan, tetapi bila mereka melihat golongan Islam mencapai kemenangan melalui demokrasi, maka demokrasi mulai ditutup satu demi satu."
Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Kelapan, Penggal Ketiga, 4 Mei 1993, hlm. 163.
Sapa yang tutup demokrasi tu? Tak lain tak bukan, pemimpin yang korup kat atas sana. Selaku pelajar sains politik, satu kerugian kalau tidak merasa sendiri dan buat observation yang lebih teliti mengenai perjalanan demokrasi dalam negara. Sad to say, the theory seems too good to be true. Bilakah tiba masanya kesedaran akan timbul dalam diri setiap yang bergelar Muslim bahawa sistem Islam yang terbaik? Pemimpin yang mengamalkan Islam sepenuhnya yang terbaik? Kepada saya dan kepada pembaca semualah tanggungjawab hendak sebarkan kesedaran ini. Sudah-sudahlah dengan demokrasi. Lets end it here, now and forever.
Dalam sistem politik Islam terdapat prinsip-prinsip demokrasi dengan jelas. Tiada keraguan. Menjadi tanggungjawab setiap manusia umumnya dan Muslim khususnya untuk mengambil tahu sistem politik Islam sebelum membuat perbandingan dengan sistem demokrasi acuan Barat dan tidak merasa ragu-ragu akan perlaksanaan sistem ini. Jika dalam diri anda ada perasaan ragu dan tidak yakin akan perlaksaan sistem politik Islam, itu tandanya anda tidak tahu langsung mengenai sistem politik Islam. Minda kita dah terlalu lama dikotori dengan semangat sistem demokrasi acuan Barat dan bukan demokrasi yang sebenarnya.
Ada sahabat yang tanya saya;
"Kalau kita nak ganti Perdana Menteri sekarang, siapa yang layak?"
Samalah macam soalan;
"Kalau nak jatuhkan Mahathir, sapa yang layak ganti dia?"
Last-last, dah dua orang yang ganti dia, Pak Lah dan Najib yang sememangnya tak layak pun. Boleh pun. Kadang-kadang mind setting dan hegemoni yang ditabur oleh pihak pemerintah menyebabkan rakyat ni jadi jumud. Kata pihak pembangkang jumud, sebenarnya mereka yang menjumudkan rakyat.
Saya rasa statement saya memang akan menjauhkan saya dari pihak-pihak yang kurang faham, tak nak faham dan buat-buat tak faham. Tapi, once and for all, saya tak peduli. I've had enough.
Ada sahabat yang tanya saya;
"Kalau kita nak ganti Perdana Menteri sekarang, siapa yang layak?"
Samalah macam soalan;
"Kalau nak jatuhkan Mahathir, sapa yang layak ganti dia?"
Last-last, dah dua orang yang ganti dia, Pak Lah dan Najib yang sememangnya tak layak pun. Boleh pun. Kadang-kadang mind setting dan hegemoni yang ditabur oleh pihak pemerintah menyebabkan rakyat ni jadi jumud. Kata pihak pembangkang jumud, sebenarnya mereka yang menjumudkan rakyat.
Saya rasa statement saya memang akan menjauhkan saya dari pihak-pihak yang kurang faham, tak nak faham dan buat-buat tak faham. Tapi, once and for all, saya tak peduli. I've had enough.
Buhsan apabila cuba memahami orang yang tak nak faham~
No comments:
Post a Comment