Monday, October 31, 2011

Feel it~

Before this I officially have 4 adorable sis in our usrah.  But tonite, we added one more, Farah.  So, it makes 5 of them.  What so special about them?  They all come from Law Faculty.  :) (smile with pride) Each of them have their own special character...


Khairunnisa>>>> she can converse fluently in 4 different languages- Malay, Tamil, Mandarin & English... :O wow isn't? We all went waaaa when she speak.
Muthanna>>>>all cheerful and optimist. You will recognize her da moment she laugh :))
Zaleha>>>>our debater, her English is good and understand Tamil though she cannot converse like Nisa
Fatin>>>> cute and  adorable (ehem...i seldom praise someone as cute, but everyone will agree wif me)
Farah>>> our newcomer.  A little bit shy i guess, but it will not be like that next time.;)


As some of you want to know, our policy in usrah or we call it firm, well one of them is they have to converse in English.  Not to be boastful, I think this will be their circle to practice and polish their speaking skill.  And my, they speak fluently and this policy doesn't stop them from sharing their ideas and give opinions on issue.


When we were discussing about Akidah, we have related it with issues around us.  I came out with Tun Salleh Abbas's case related to a young girl intention to convert in Islam.  Then we came out with article in the constitution about the implementation of hudud in Kelantan.  We discuss a bit about Prof Aziz Bari.  My, my, they all were so eager to speak.:) I love their commitment.


Thanks to Fatin for the lovely moist choc.:)


Hope our bond will get tighten day by day as we meet and greet upon each other lillahitaala...


Seeing you all have light up my heart and remind me that I still have love to give to people around me


Lots of love...
XOXO

Saturday, October 29, 2011

Penaakulan Matematik

Premis 1: Mak saya seorang yang tidak kuat semangat
Premis 2: Saya anak mak



Kesimpulan: .........................T_T


Tak mampu nak buat kesimpulan

Wednesday, October 26, 2011

Nilai sekeping wang kertas

Pernah tak dengar orang bertanya,

"Kenapa kilang cetak duit tak cetak duit banyak-banyak?"

Tau tak kenapa duit tu bernilai?  Kalau jatuh, ayam tak patuk, itik tak sudu, tapi manusia yang sapu?

Secara ilmiahnya, kerana kita menukarkan wang kertas dengan emas dan perak.  Bagi sesebuah negara, untuk mencetak wang bagi kegunaan domestik, emas dan perak akan ditukarkan.

1 auns emas = 37 dolar

Ingat duit tak dibeli?  Duit pun dibeli okey, dengan emas dan perak.  Tinggikan nilai emas dan perak?  Jadi, para wanita, belilah banyak-banyak emas dari sekarang dan simpan untuk masa akan datang.  Untuk hantaran nanti, minta set barang kemas yang puluh-puluh ribu atau senang jadikan mas kahwin supaya suami tak boleh ambil.

Sebab itulah UK nilai pound dia sangat tinggi sebab mereka mempunyai simpanan emas yang banyak.  Jadi, ingat senang ker nak cetak sesuka hati?

Lagi satu, wang kalau dicetak banyak-banyak akan menyebabkan nilainya jatuh macam duit daripada daun pisang.  Terlalu mudah didapati.  Sebabnya, jika duit banyak tapi kuantiti barang yang ditawarkan tidak berubah, akan menyebabkan inflasi.  Waktu tu barulah jika duit jatuh, ayam tak patuk itik tak sudu, manusia lagilah buat tak tahu~

Senang apabila kita menelaah buku ekonomi dan politik sebab kita tak meletakkan perasaan sewaktu membacanya.  Kita hanya bermain dengan logik dan jangkaan tentang sesuatu isu.  

***

Seronok apabila kita berjumpa dengan seseorang, semangat kita untuk menuntut ilmu semakin berkobar-kobar. Peluang bersarapan pagi dengan pensyarah dalam bidang kejuruteraan di MMU, Kak Zura pagi tadi memang satu rahmat.  Walaupun ia hanyalah perjumpaan tidak formal, tapi semacam mendapat satu taujihad darinya.  Sudahlah pensyarah dalam bidang kejuruteraan yang memang didominasi oleh lelaki, dia memang hebat.  Walaupun dulu mendapat 8 dalam Fizik, namun akhirnya dia mampu membuktikan dia akan menjadi pakar dalam bidang ni.  Bukannya terus melarikan diri.  Sekarang dia merupakan antara 10 orang wanita daripada 100 orang tenaga pensyarah dalam bidang tersebut.  Seorang yang santai dan kreatif dalam mengajar.  Terima kasih Azizah (^_^)

Dahulu katanya, mana ada teknologi seperti sekarang.  Maklumat hanya bergantung kepada buku rujukan.  Nak pinjam pun kena berebut sebab terhad.  Sekarang limpahan maklumat menyebabkan kita suka sangat buat kerja pada waktu-waktu terakhir.  Dulu, setiap malam hanya bertemankan radio, sekarang malam memang tak sunyi tapi sudah tak bererti.

Pensyarah dahulu, mengajar sebut tajuk sahaja, kemudian waktu dihabiskan dengan bercerita.  Atas inisiatif individu untuk mencari maklumat selebihnya.  Sekarang boleh sedut bila-bila masa sahaja, tapi esok nak periksa baru malam ni buka.

Life is too short to be wasted, so get going~  Dr. Rashila Ramli

Monday, October 10, 2011

Menumpang kasih

(masa ni dia masih sombong)

"Mak Ngah buat apa tu?" si kecil molek Athirah bersuara.

Saya yang asyik memotong limau nipis memandang ke bawah.  Kaget sebentar.

"Emm...Mak Ngah tengah potong limau," dalam kaget saya bersuara.

"Nak buat apa potong limau?" Athirah merenung manja sambil jari-jemari halusnya menguis-nguis buju papan pemotong.

"Nak letak dalam laksa nanti," saya mula mengukir senyuman.

"Mak Ngah...Adik nak mandi," 

Terkebil-kebil saya sebentar. " Nak mandi? Err...Athirah tak mandi lagi ke?"

"Tak... Mak Ngah teman la Adik mandi," Itu rupanya hajat dia.

"Nak Mak Ngah jirus atau mandi sendiri?"  Sekadar menduga.

"Mandi sendiri la...." Lantas dia berlari-lari mendapatkan kain tuala yang berada di bilik.  Saya menyambung kembali kerja.  Selepas menghantarnya ke bilik mandi, saya berkira-kira nak ke dapur kembali.

"Mak Ngah tunggu la sini," Saya mati akal.  Hmm...apa kes sebenarnya?  Saya cuak melayannya mandi.  Di luar kedengaran tahlil dibacakan.  Mulut Athirah yang becok tidak berhenti-henti bercakap sambil tangannya laju mencedok air dan membasahkan badan.

Saya yang berdiri di hadapan pintu bilik air, hanya sekali sekala melayan soalan-soalannya.  Itupun dengan reaksi pendek, "Ya?", "Oooo," "Baik-baik, nanti jatuh," "Sudah ke belum?"

Selepas selesai mandi yang mengambil masa berbelas-belas minit juga, dia mula keluar.  Saya kelegaan lalu menghulurkan kain tuala kepadanya.  Tiba-tiba, Mak Toknya (Mak Jang saya) datang ke bilik air.

"Laaa...ni awat mandi lagi ni, tadi dah mandi dah pun," Mak Jang mula membebel.  Saya dah cuak.  Mak Jang mencapai kain tuala lalu mengelap badan Athirah cepat-cepat sambil mulut tidak berhenti membebel.  Saya hanya berdiri dan melihat kelakuan Mak Jang.

"Tak mau la! Nak Mak Ngah lap...." Athirah memprotes sambil menarik kain tuala dari Mak Toknya.  Melihat reaksi sebegitu,  Mak Toknya berlalu dari situ.

Dari mula mandi sehingga ke memakai baju saya melayan kerenahnya.  Keluar sahaja dari bilik tidur, Mak Toknya yang berada di situ menegur,

"La...yang hang pi pakai baju tu buat apa, tu baju tidoq, macam-macamla,"

"Biaq la kat dia, lawa apa," Pak Ndak saya yang kebetulan berada di situ mempertahankan Athirah.

Saya bertindak keluar terus dari rumah dan mencari mak.  Nampak sahaja saya, mak bersuara;

"Mak dok tanya, mana Ayu pi, lama sangat kat dalam, rupanya dok layan Athirah," Saya hanya tersenyum dan duduk di samping mak.

Sebenarnya kaget saya tak habis lagi.  Saya pelik kerana Athirah kenal saya.  Dulu bukan main sombong, saya sangka sebab dia tak kenal saya, yer la kanak-kanak umur 3-4 tahun, rupa-rupanya dia ingat saya.  Habis tu, kenapa sebelum-sebelum ni bila saya panggil, berpaling pun tak nak.  Tambah pula, saya memang bukan favourite kanak-kanak.  Jadi tak pernah melayan kerenah dia.  Segalanya berlaku dengan tiba-tiba.

Tiba-tiba timbul rasa simpati kepada si kecil Athirah.  Pada usia 4 tahun, dia terpaksa membesar tanpa belaian seorang ibu.  Layanan Mak Tok mana sama dengan ibu.  Sedangkan di usia inilah, tumpuan 100% harus diberikan kepada kanak-kanak kerana perkembangan mental sedang berlaku.  Dahulu pada usia sebegini, saya dikawal sepenuhnya oleh mak, bermula dari makan, pakai, main, belajar, semua diurus dan dipantau oleh mak.  Orang lain tak berpeluang untuk masuk campur.

Mak Tok.........mana sama dengan mak.....

Teringat sewaktu Athirah masih bayi dan berada dalam dakapan maknya.  Tak boleh orang cium anaknya yang gebu sikit, terus dimandikan dan diberi salinan baru.  Dilumur dan disapu semua jenis losyen Johnson's Baby.

Sekarang, di usia 4 tahun, dia kena berdikari sebab......

Mak Tok ........mana sama dengan mak....

dan yang lebih penting,

Mak Ngah........mana sama dengan mak....

Abg Farhan, cepatlah cari pengganti...sian Athirah.

Kepada semua, sayangilah dan hargailah mak, mak, mak dan ayah kalian sementara Allah bagi kesempatan.


Saya sempat menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Athirah sebelum bertolak pulang.  Semoga dia membesar menjadi insan berguna kepada agama dan negara. (macamlah takkan jumpa dah)


Monday, October 3, 2011

Dunia tak berubah...


Makin banyak tugasan, makin saya rajin update blog.  Ada kelegaan di situ.  Mungkin juga untuk memberitahu diri bahawa saya taklah sesibuk mana pun.  Dahulu waktu di asrama, walau sesibuk mana pun, sempat lagi berusrah dan berziarah. Sibuknya dengan kerja sekolah sehingga saya mengabadikan perkataan ‘ghejakolah’ di email saya. Tapi sibuk mana pun, pondok pengawal keselamatan pun sempat saya ziarah.  Bersembang dan berbual mesra dengan pasangan suami isteri yang menjadi pengawal keselamatan serasa tak membuang masa pun.  Sekarang nak pergi ke bilik kawan lama pun mengira-ngira sama ada akan membuang masa atau tak.

Betullah seperti apa yang dikatakan oleh seorang adik ni, dunia tak berubah pun, tapi manusia yang berubah.  Saya sebenarnya suka melepak dan bersembang.  Waktu di tingkatan 5 kalau tension kerja banyak, saya akan lari sebentar ke pondok pengawal bersembang dengan pasangan pengawal keselamatan di situ.  Kebetulan mereka tak mempunyai anak, jadi mereka banyak menghabiskan masa di pondok tersebut seperti rumah sendiri.  Ada tv, ada dapur.  Kadang-kadang saya makan di situ.  Kan budak-budak asrama sentiasa kelaparan.  Dekat asrama seperti yang dimaklumi kalau waktu prep memang tak boleh nak balik ke asrama menonton tv.  Kebetulan pula cerita yang menarik selalunya ada waktu malam.  Jadi, saya berbaik-baik dengan mak cik guard.  Hasilnya, saya dapat menonton cerita kegemaran pada waktu malam.  Itu pun curi-curi takut kena tangkap dengan warden yang meronda kawasan.  Pak cik dan mak cik pun bersekongkol sekali.  Tak ingat apa cerita yang saya suka sangat sehingga sanggup ponteng prep dan melepak (baca menziarahi) pondok pengawal.  Selalunya saya akan pergi dengan dormmate.  Aisyah.  Sekarang ni dia sedang menuntut jurusan perubatan di Jordan. 

Hmm…bila diingat-ingatkan kembali, sebahagian besar sahabat baik saya semuanya mengambil jurusan perubatan.  Walaupun kami berkongsi cita-cita yang sama, akhirnya saya seorang sahaja yang terdampar di bidang sains politik.  Sahabat baik waktu sekolah rendah menjadi penolong pegawai perubatan, sahabat baik sekolah menengah seorang berada di Mesir mengambil perubatan, seorang di USIM mengambil pergigian, seorang di UK mengambil farmasi (peminat setia Spongebob) dan yang ini Aisyah pun berada di Jordan mengambil perubatan.  Sebenarnya ada jer peluang untuk saya menyambung ke bidang perubatan sewaktu dapat matrik dahulu tapi saya tolak.  Memang kena marah habis-habisan dengan cikgu.  Selepas STPM, ada peluang menyambung ke bidang perundangan, saya tak ambil peluang tersebut walaupun keputusan mengizinkan.  Waktu tu abah pula kena marah dengan peguam kerana tak paksa saya ambil bidang perundangan.  Sehingga ada seorang pak cik di kampung mengatakan bodoh kalau saya tak ambil peluang tersebut. 

Apabila difikir-fikirkan balik, memanglah manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah yang sebaik-baik perancang.  Kadang-kadang ilham itu datang tanpa dipinta.  Mungkin Allah nak memberi peluang saya berbakti kepada manusia sekeliling.  Mungkin andai saya mengambil bidang yang kritikal, saya sudah tak mampu mengangkat kepala dan mengambil peduli hal manusia di sekeliling.  Pernah waktu kecil-kecil mak memarahi saya sewaktu nak melintas jalan ke kedai;

“Ayu ni selfishla!”

Sebabnya saya tak bagi adik ikut saya dan mak ke kedai di seberang.

Terkejut saya waktu tu bukan sebab kena marah tapi sebab dengar mak saya speaking.  Dalam hati saya;

“Waa…pandainya mak aku cakap Inggeris,”

Tapi saya tak luahkan kekaguman tersebut sebab dalam situasi kena marah, takkan nak seronok plak.  Jadi saya hanya mendiamkan diri dan ingat perkara tersebut sehingga kini.  Hakikatnya memang mak saya pandai berbahasa Inggeris sebabnya dialah yang mengajar saya sewaktu kecil untuk menonton kartun-kartun Sesame street, The Lion King dan lain-lain, membelikan buku-buku bahasa Inggeris, kaset-kaset lagu Inggeris, tapi dia tak pernah bertutur pun dengan kami. 

Kesimpulannya, disebabkan Allah sayanglah Allah memberikan benda yang kita perlukan dan bukan yang kita inginkan.  Walaupun saya teringin sangat nak jadi doktor dan nak kahwin dengan doktor, sehingga mengabadikan ‘mrdoc’ di email saya, saya tetap tak tahu apa yang terbaik buat saya.  Kasih sayang Allahlah yang membawa saya ke bumi UKM dan memberi pelbagai cubaan dan dugaan.  Setiap yang berlaku ada hikmahnya.  Jadi, walau apapun yang terjadi, berusahalah sebaik mungkin dalam hidup kita.  Allah knows best~

p/s: cuba untuk membezakan antara pentingkan diri sendiri dan menjaga kepentingan diri~