Pernah tak dengar orang bertanya,
"Kenapa kilang cetak duit tak cetak duit banyak-banyak?"
Tau tak kenapa duit tu bernilai? Kalau jatuh, ayam tak patuk, itik tak sudu, tapi manusia yang sapu?
Secara ilmiahnya, kerana kita menukarkan wang kertas dengan emas dan perak. Bagi sesebuah negara, untuk mencetak wang bagi kegunaan domestik, emas dan perak akan ditukarkan.
1 auns emas = 37 dolar
Ingat duit tak dibeli? Duit pun dibeli okey, dengan emas dan perak. Tinggikan nilai emas dan perak? Jadi, para wanita, belilah banyak-banyak emas dari sekarang dan simpan untuk masa akan datang. Untuk hantaran nanti, minta set barang kemas yang puluh-puluh ribu atau senang jadikan mas kahwin supaya suami tak boleh ambil.
Sebab itulah UK nilai pound dia sangat tinggi sebab mereka mempunyai simpanan emas yang banyak. Jadi, ingat senang ker nak cetak sesuka hati?
Lagi satu, wang kalau dicetak banyak-banyak akan menyebabkan nilainya jatuh macam duit daripada daun pisang. Terlalu mudah didapati. Sebabnya, jika duit banyak tapi kuantiti barang yang ditawarkan tidak berubah, akan menyebabkan inflasi. Waktu tu barulah jika duit jatuh, ayam tak patuk itik tak sudu, manusia lagilah buat tak tahu~
Senang apabila kita menelaah buku ekonomi dan politik sebab kita tak meletakkan perasaan sewaktu membacanya. Kita hanya bermain dengan logik dan jangkaan tentang sesuatu isu.
***
Seronok apabila kita berjumpa dengan seseorang, semangat kita untuk menuntut ilmu semakin berkobar-kobar. Peluang bersarapan pagi dengan pensyarah dalam bidang kejuruteraan di MMU, Kak Zura pagi tadi memang satu rahmat. Walaupun ia hanyalah perjumpaan tidak formal, tapi semacam mendapat satu taujihad darinya. Sudahlah pensyarah dalam bidang kejuruteraan yang memang didominasi oleh lelaki, dia memang hebat. Walaupun dulu mendapat 8 dalam Fizik, namun akhirnya dia mampu membuktikan dia akan menjadi pakar dalam bidang ni. Bukannya terus melarikan diri. Sekarang dia merupakan antara 10 orang wanita daripada 100 orang tenaga pensyarah dalam bidang tersebut. Seorang yang santai dan kreatif dalam mengajar. Terima kasih Azizah (^_^)
Dahulu katanya, mana ada teknologi seperti sekarang. Maklumat hanya bergantung kepada buku rujukan. Nak pinjam pun kena berebut sebab terhad. Sekarang limpahan maklumat menyebabkan kita suka sangat buat kerja pada waktu-waktu terakhir. Dulu, setiap malam hanya bertemankan radio, sekarang malam memang tak sunyi tapi sudah tak bererti.
Pensyarah dahulu, mengajar sebut tajuk sahaja, kemudian waktu dihabiskan dengan bercerita. Atas inisiatif individu untuk mencari maklumat selebihnya. Sekarang boleh sedut bila-bila masa sahaja, tapi esok nak periksa baru malam ni buka.
Life is too short to be wasted, so get going~ Dr. Rashila Ramli
No comments:
Post a Comment