Saturday, September 8, 2012

balik

K.L Sentral
8.45 pm

Tinggalkan MS selepas mengisar bawang besar dan bunga kantan buat cik Azidah yang kepingin makan laksa Penang.  Siap tuliskan di buku in case she forgot how to do it.  Btw, Blog ni dah jadi macam diari pulak.  Biasalah fasa-fasa selepas habis belajar peringkat sarjana.  Sedang merenung dan menilik jalan mana yang patut diambil.  

Jadi dalam fasa-fasa ini, best to be around your peers.  You will need all the motivation and support from them.  When we have spent most of our time together, I got to know them really well that I started to love them.  Macam-macam kerenah dan perangai.  Yang pasti saya tak larat nak ketawa.  Sometimes I think I laugh too much  that I almost break.  Akan ada dalam kalangan sahabat-sahabat kita seseorang yang berperangai pelik dan apa yang lebih penting perangai tersebut tersembunyi selama ini dan hanya diketahui apabila kita mula rapat dengannya.  Saya sangat menghargainya.

Tapi tiba masa untuk balik ke rumah sekejap.  Baru-baru ini pergi melawat sahabat sejemaah yang kemalangan.  Tapi kami tidak dibenarkan masuk kerana bukan waktu melawat.  Hanya seorang dibenarkan masuk pada satu-satu masa.  Dan as we expect, tidak ada yang nak masuk seorang diri ke dalam.  Jadi kami mengambil keputusan untuk meneman ibunya di luar sementara salah seorang sahabat yang sudah biasa dengan pesakit masuk untuk mengirim buah tangan yang dibawa.  Saya terkesan dengan apa yang dikatakan ibunya;

"Kamu dah habis belajar dan masih tinggal di sini?"

"Haah."

"Lepas habis belajar, mak-mak ni berharaplah anaknya untuk pulang ke kampung, rupa-rupanya anak-anak ni lebih suka berada di sini."

Jadi , ini yg menyebabkan saya balik sekarang. ok, tren dah sampai.bye

No comments: