Politik seringkali dikaitkan
sebagai hak maskulin. Orang perempuan tiada tempat dalam politik suatu masa
dahulu. Kemudian wujud gerakan feminisme yang mendakwa kenyataan yang
menyatakan sesuatu itu maskulin dan sesuatu itu feminin adalah konstruksi
sosial semata-mata. Tapi, persoalannya, macam mana sesuatu tersebut
dikonstruksikan sedemikian? Contohlah, menjahit baju selalu dikatakan feminis,
membaiki kereta dikatakan maskulin, memasak feminis, menjaga anak feminis,
memburu maskulin dsb. Sudah tentu sebab masyarakat
memandang kepada majoriti perlakuan sedemikian dimonopoli oleh jantina
tertentu.
Namun, apabila dunia semakin
kompleks, berlaku silang peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki nak memasak,
wanita nak masuk politik. Oleh itu, perkara ini dikaji semula dari sudut yang berbeza. Sesuatu bidang
tersebut tidak harus dilabel hak maskulin dan hak feminis semata-mata.
Selalunya wanitalah yang paling
melenting jika melihat isu double-standard
sebegini. Sehingga tertubuhnya gerakan feminisme. Sejauh mana pula muslimat
dalam PAS melihat hal ini?
Ini pemerhatian saya.
Semalam saya berkejar sendirian ke
Hotel Armada untuk mengikuti Dialog Politik Anak Muda. Panelis merupakan Tuan
Guru Haji Hadi, YB Zailah, YB Mumtaz dan Puan Fareedah Ahmad. Saya lebih suka
memerhati daripada terlibat. Seronok keluar dari Bangi sekejap ambil angin.
Jumpa dengan orang kampung, Kak Wani (orang kampung sebelah), Kak Naimah dari
Pulau Pinang. Semasa sesi dialog, perwakilan atau para hadirin boleh mengajukan
sebarang soalan kepada panelis.
Walaupun tidak dinyatakan
peraturan, tetapi apabila tajuknya Dialog Politik, maka sudah pasti persoalan
perlu berkisar tentang politik. Rata-rata soalan yang ditanyakan berkisar
tentang isu double-standard PAS
terhadap muslimat dibandingkan dengan pemuda. Selain daripada itu, muslimat
suka tanya soalan yang berkaitan dengan rumahtangga dan karakter panelis. Itu
bukan isu politik mainstream. Itu
politik rumahtangga. Well, it is still
politic. Saya seorang sahaja yang tahu itu juga isu politik, orang lain
lihat isu tersebut tak berkaitan langsung dengan topik sehingga moderator perlu
memberi amaran. Orang sebelah saya melontarkan komen terhadap soalan yang
dilontarkan dan saya hanya mengangguk-angguk tersenyum dengan remarks yang dibuat. Soalan kita merefleks pemikiran kita.
Jadi, jangan salahkan lelaki
kalau politik itu dilabelkan sebagai maskulin. Sebab hanya orang lelaki yang pandai
bercakap tentang politik. Tetapi orang perempuan apabila diberi peluang
bercakap topik politik, dibantainya tanya soalan ‘Adakah Ayah Chik seorang yang
garang dengan keluarga,?’ ‘Macam mana YB Zailah menguruskan rumahtangga dan
dalam masa yang sama terlibat dalam politik?’ ‘Apakah cabaran terbesar YB
Mumtaz menjadi seorang exco?’ ‘Apakah peristiwa yang membuatkan TGHH tergelak
besar?’ Memang la… kalau ada pemuda dalam majlis ni, mesti diorang pandang slack kepada muslimat sebab tanya
soalan-soalan yang sungguh ‘catchy’ sebegitu.
Peristiwa tersebut membuatkan
saya terfikir nanti kalau ada rezeki saya sambung PhD, saya nak kaji Teori
Politik Wanita. Kaji politik dari sudut pandang wanita. Sekarang ini, tiada
siapa menghalang wanita kehadapan dalam pentas politik. Mereka diberi peluang
seluas-luasnya. Wanita rasa didiskriminasi sebab dia sendiri tak boleh berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki semasa proses pembuatan
keputusan dibuat. Kalau tidak, dia mesti tidak akan rasa rendah diri seperti
mana pemimpin politik wanita yang ada sekarang. Siapa nak orang yang diam dan
mengikut sahaja apa orang lain cakap dalam proses pembuatan keputusan tanpa ada
pendapat dan pendirian sendiri? Dalam buku The
Definitive Book of Body Language, perempuan yang nak dirinya dipilih jadi
isteri dengan perempuan yang nak dirinya dipilih jadi ketua perlu mengamalkan
sikap yang berbeza dalam dua keadaan tersebut. Kalau tidak dia tidak akan
dihormati dan suaranya tidak didengar. Jadi pilihan di tangan anda.
Agak kemalasan nak menulis entri
walaupun pelbagai perkara menarik berlaku di sekeliling… jadi saya berhenti di sini.
No comments:
Post a Comment