Sunday, July 22, 2012

‎Hujung akal, tawakal.



ApaBila saya sedih saya suka letak dekat blog.  ApaBila saya gembira, kurang cerita dekat blog.  Kenapa?  Kerana saya rasa, kalau saya sedih, saya tak nak mengadu dekat manusia, Allah kan ada.  Tapi bila saya letak di blog, manusia membaca juga.  Hakikat manusia suka bercerita, jadi daripada saya bercerita dan mengadu kepada orang, lebih baik saya bercerita di blog.  Mungkin sebab apabila meletakkan di blog, saya bukanlah mengharapkan simpati, tapi mungkin apabila pembaca membaca, ada perkara baik dan pengajaran yang dapat dikutip dari cerita saya.  Itulah yang saya harapkan. 

Apabila saya berazam untuk memperbaiki hubungan dengan Allah apabila memasuki bulan Ramadhan, I know it by heart yang Allah takkan biarkan kata-kata saya kosong tanpa dibuktikan dan diuji terlebih dahulu.  Jadi saya perlu bersedia mental dan fizikal.
Akhirnya cubaan-cubaan tersebut datang dalam bentuk:

1i)    Saya kehilangan tag nama praktikal
2ii) Saya tertinggal kunci bilik dalam bilik sekali dengan cermin mata sewaktu bergegas nak pergi ke rumah kawan
3iii)    Saya kehilangan tafsir Al-Quran pada malam kedua terawih

Seem like a small thing, but not for me.  Saya cenderung untuk terlalu memikirkan sesuatu perkara sehinggalah saya boleh sakit otak kerananya.  I kept thinking where I left those thing and how to solve the probs yang menyebabkan saya hilang fokus dan khusyuk.  Sebenarnya dalam saya pening kerana memikirkan perkara di atas ditambah pening kerana melihat tanpa memakai cermin mata, saya terlupa sepotong ayat: innalillahiwainnailaihirojiun.  Apabila saya sudah berusaha saya terlupa untuk bertawakal.  Dan di saat-saat tawakal itu datang, dengan serta-merta pertolongan Allah datang.  Bagai terjaga dari mimpi.  Selesai masalah kedua, sekarang tinggal masalah 1.

Masalah 3, saya pinjam Al-Quran.  Sekarang malas nak bersedih.  Dah tawaf satu masjid mencari-cari Al-Quran yang tak ketemu.  Bagai hilang surat cinta rasanya.  Tapi surat sekarang guna email, jadi tak mungkin hilang.  Tapi Al-Quran…isk2. 

Terbaca sepotong ayat di FB, hati makin terpujuk… rasa ok buat masa sekarang.  

"Apabila Allah mengambil daripada mu apa yang kamu tidak sangka kehilangannya, akan diberikan kamu apa yang kamu tidak sangka akan memilikinya." ~Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi.

Friday, July 20, 2012

Sakura in Putrajaya

Right now, I have become so obsessed with everything in Putrajaya especially the environment.  It really is blooming season in Putrajaya.  Though sad story came, I could not deny the fact that being in Putrajaya had brought new kinds of feeling for me.  A new fresh air.  Take a look at the pics below, that is really sakura in Putrajaya.  However, our sakura trees still got leaves compare with sakuras in Japan.



Fallen sakuras

My friend forced me to pose under the full blooming tree of sakura...looks kind of akward~






Salam Akhir


19/7/2012 @ 29 Syaaban 1433 H

Langit Putrajaya gelap dan mendung bagai sedang menanggung kesedihan yang amat.  Waktu Nabila bertanya;

“Putrajaya ni dekat sangat dengan langit,”

Spontan saya membalas;

“Ye la, nanti kalau pemimpin banyak buat dosa, Allah timpa bala kat pusat pentadbiran dulu.”

Rupa-rupanya langit mendung dan sedih ada makna.

Walaupun hari ini kami mengadakan Perhimpunan Bulanan dengan Presiden, Tan Sri Shamsudin bersempena perpisahan dan persaraan beliau, ada satu lagi perpisahan yang memang tidak dirancang dan disangka-sangka melainkan hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sahabat sepraktikal saya kehilangan ayahnya pada jam 1.20 pagi.  Baru sahaja beberapa hari lepas ayahnya dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami serangan jantung.  Puncanya kerana memakan daging kambing.  Mereka keluar pada hari itu juga kerana ayahnya nak merujuk terus ke Institut Jantung Negara.  Dan beberapa hari itu juga apabila bersamanya, dia sering meluahkan kerisauan terhadap keadaan ayahnya.  Ayahnya tidak pernah mengalami serangan jantung lagi sebelum ini.  Dan petang kelmarin saya tidak perasan seorang lelaki separuh umur yang sedang duduk menunggu anaknya itu merupakan ayah rakan saya.  Sewaktu diberitahu rakan, baru saya perasan dan terdetik di hati ingin menyapanya dan bertanyakan keadaan kesihatan.  Tetapi, ayahnya sudah bergerak ke kereta. Masih terbayang-bayang air muka ayahnya yang kelihatan sedih dan termenung jauh sewaktu kami ke kaunter untuk punch card.  Takdir Allah, itu merupakan kali pertama dan terakhir saya bertemu ayahnya.  Saya tak dapat nak gambarkan dan ungkapkan perasaan sebuah kehilangan.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sepanjang majlis berlangsung, fikiran saya terganggu.  Risau dengan keadaannya.  Sms takziah dari saya tidak dibalasnya.  Mengenangkan pelbagai cerita yang diceritakan mengenai ayahnya menambahkan lagi rasa sebak di dada.  Bagaimana ayahnya sentiasa memantaunya, memegang password Fbnya, pesanan-pesanan yang diberikan.  Keluarganya memang sangat bergantung dengan ayah mereka.  Dia kehilangan ayahnya sehari sebelum puasa… Teringat abah di kampung sekaligus teringat sewaktu abah masuk hospital kerana kencing manis.  Mak yang tidak dapat menahan rasa risau kehilangan abah sehingga bergenang air mata dan raut pucat wajah abah, menyebabkan air mata saya tumpah tanpa dapat ditahan.  Cadar hospital menjadi mangsa saya menyapu air mata dan menghembus hingus.  Abah yang terkejut terpinga-pinga;

“Laa..janganlah menangis,”

“Bukan menangis, air mata ni yang keluar sendiri.”

Rupa-rupanya Putrajaya turut menangisi pemergian ayah Fatin.  Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Ada yang tidak sempat menyambut Ramadhan sedangkan lagi sehari Ramdhan tiba, jadi kita?  Gunakanlah sebaiknya walau sesaat cuma..

Di hujung majlis, pasukan koir mempersembahkan lagu Salam Akhir dari Sudirman.  Sebak terasa.  Selepas dari pemergian ayah rakan saya, berturut-turut saya mendengar berita kematian dari beberapa orang rakan selepas itu.  Tiba-tiba semakin mendekati Ramadhan, semakin ramai yang tidak sempat menyambutnya.  Semestinya menjadi peringatan besar buat kita dan saya terutamanya andai Ramadhan kali ini datang bagi mengucapkan salam akhir buat saya.

Sunday, July 15, 2012

power is seductive


Lord Acton- “power tends to corrupt, absolute power corrupt absolutely.”
Seseorang manusia tidak boleh mengaku beriman selagi mana ia tidak diuji.  Bagi saya, ujian kuasa adalah ujian yang paling besar bagi melihat tahap iman seseorang.  Firaun mengaku dirinya tuhan kerana memiliki kuasa.  Sekarang Basyar Assad pula mengaku tuhan juga akibat kuasa.  Negara kita, pemimpinnya juga begitu, mudah hilang pedoman apabila mendapat kuasa.  Sebab itulah pilihan raya dilihat sebagai medan untuk merebut kuasa kerana melalui kuasa tersebut, pelbagai perkara yang mustahil dikecapi berada di dalam genggaman dalam sekelip mata.

              Entri saya kali ini ditulis bertitik tolak dari pengalaman pertama turun ke tapak menemui masyarakat Putrajaya bagi membuat kajian mengenai Indeks Kebahagiaan Penduduk Bandar.  Berdasarkan soal selidik yang diberikan, saya perlu meminta penduduk di kawasan Putrajaya untuk mengisi dan menilai sejauh mana kebahagiaan mereka.  Saya pernah menyebut sebelum ini, the world is my lab.  Jadi ini sampel pertama saya.  Turun menemui masyarakat bukanlah perkara yang mudah.  Tapi urusan saya dipermudahkan Allah.  Pengalaman rakan yang bersama saya, sewaktu dia mengetuk pintu, tiba-tiba muncul seorang lelaki bangsa asing  tidak berpakaian di depan pintu.  Kalau mak saya mendengar cerita ini, betapa risaunya mak saya akan jadi.  Tetapi sebenarnya kami ditemani dengan dua orang kakitangan lelaki dari Jabatan Perancang.  Tapi saya lebih selesa bergerak seorang kerana lebih laju dan mungkin salah saya sebab tidak menemani rakan saya.  Nasib baik dia terus lari.  Hmm..

                Pengalaman saya pula, saya berjumpa dengan sebuah keluarga yang memang tidak berpuas hati dengan pengurusan Penghulu kawasan mereka.  Sewaktu saya membuka mulut menyatakan tujuan saya datang adalah bagi membuat Kajian Indeks Kebahagian Penduduk, terus seorang akak ni berkata dengan nada tinggi;

“Saya tak bahagia! Memang tak bahagia!” 

Saya meraikan ketidakbahagiaan dia dengan memintanya menceritakan masalah yang berlaku.  Apa lagi, bermulalah sesi bebelan akak ni ditambah dengan maknya.  Mak akak tersebut sampai mengeluarkan surat-surat bayaran serta membawa saya melihat keadaan saluran paip jiran.  Tapi sebelum itu, tengah rancak akak tu membebel, mak cik tersebut mendekati saya;

“Adik ni belah mana? UMNO ke?”

Dalam hati saya pecah gelak, tapi saya sekadar tersenyum dan berkata;

“Saya pelajar mak cik, jadi tak boleh terlibat dengan benda-benda ni,” Beliau mengangguk-angguk dan meneruskan luahan.

Macam-macam rungutan yang diluahkan mengenai Penghulu.  Sedikit sebanyak saya akui kebenaran dan bersimpati dengan mak cik tersebut.  Hanya kerana disebabkan perbezaan ideologi, mereka tidak mendapat bantuan.  Apabila pergi ke Penghulu untuk meminta tandatangan pengesahan, Penghulu tersebut akan tanya dahulu sama ada mereka UMNO atau tidak.  Kalau cakap tidak mendaftar, beliau akan meminta untuk berdaftar dahulu sebagai ahli UMNO, barulah beliau akan menandatangani surat tersebut.  Selain itu, tanah yang sekangkang kera di bawah flat tidak dibenarkan ditanam apa-apa pun kecuali dibenarkan oleh Penghulu.  Sejauh mana kebenaran ini saya tidak pasti, tetapi saya memang menghabiskan masa mendengar luahan hati mak cik tersebut.  Beliau telah tinggal di situ selama 12 tahun.  Kadang-kadang saya rasa, masyarakat bukan nak sangat wakil rakyat atau ketua memberi setiap apa yang mereka minta, tetapi cukup sekadar sanggup mendengar luahan hati mereka.  Jadi, saya selaku wakil menunjukkan keprihatinan perbadanan kepada penduduk Putrajaya dan mendengar luahan mereka.  Inilah kesannya manusia apabila mempunyai kuasa…

Sepanjang turun ke tapak ni (sudah 4 hari), kami diberi layanan yang sangat baik dari pihak perbadanan.  Selain daripada mereka mengirim beberapa pekerja dari bahagian perancang bandar untuk membantu, kami dibekalkan dengan makan pagi yang dihantar ke tapak oleh pegawai perancang bandar dan sewaktu makan tengah hari, kami akan diambil dari tapak ke perbadanan untuk makan bersama pegawai-pegawai yang lain di tingkat 7.  Agak eksklusif saya kira layanan sebegini.

Menaiki kenderaan rasmi perbadanan yang dipandu oleh pekerja perbadanan menambahkan lagi layanan tersebut.  I hate to admit it, but I kind of love this feeling.  Oh, tidak~ Kami diberi layanan baik mungkin juga disebabkan bersama-sama saya ada seorang anak Pengarah Bahagian Lanskap Perbadanan Putrajaya, seorang anak SB yang berkhidmat di Istana Kehakiman dan anak pegawai polis.  Saya?  I am juz me, too lowly even to be noticed Juz joking.

Semasa kami pulang dari tapak untuk makan tengah hari di perbadanan, kawasan hadapan perbadanan penuh sesak dengan graduan-graduan IPG yang sedang bergambar.  Namun, nampak sahaja kenderaan rasmi perbadanan, pengawal keselamatan terus mengarahkan semua manusia-manusia yang menghalang laluan untuk memberi laluan kepada kenderaan kami.  Dapat dilihat semua manusia terteleng-teleng untuk melihat siapakah yang berada di dalam kereta sehingga kereta tersebut boleh masuk ke laluan orang-orang kehormat sedangkan jalan tersebut ditutup dari laluan kenderaan luar.  Allah, ampuni saya, tapi timbul rasa best dalam diri.  Astaghfirullah.  Takut saya dengan perasaan sebegini.  Ini baru sedikit, belum lagi menjadi pegawai besar.  Bagaimanalah pak-pak menteri, penghulu, adun-adun tersebut tak takut jawatan mereka akan ditarik, sebab ini bermakna segala keistimewaan juga akan hilang.  Saya yang belum mempunyai kuasa tetapi dilayan sedemikian rupa pun rasa macam hebat, inikan pula yang sememangnya memiliki pangkat dan kedudukan.
***
Sebagai selingan, tidak pernah saya bertemu dengan ramai kanak-kanak kecil dalam sehari sepanjang hidup ni.  Tetapi di Putrajaya, rata-rata populasi penduduk masih di tahap awal membina kehidupan.  Macam-macam ragam kanak-kanak yang saya jumpa.  Semestinya tak dapat menahan ketawa dengan keletah mereka.  Ada yang cerdik yang amat.

“Adik tolong bagi dekat mak yer, minta mak isi, lepas tu letak bawah pintu, nanti akak datang ambil,”

“Baik,”

“Ulang balik apa kakak kata tadi,”

“Minta mak isi, lepas tu letak bawah pintu,”

“Haa…pandai..”

Semasa datang nak ambil kertas, mak adik tersebut memberi dua biji buah epal kepada saya dan rakan.  Sweetnya….

Ada pula yang sibuk mengusik sampai nak kena pujuk kalau tidak tak dapat nak berbual dengan mak cik tersebut.  Siapa yang tukang pujuk?  Sayalah pula~  Kanak-kanak sekarang cerdik, bagi penjelasan sikit, puji sikit, baru dia buat apa yang kita suruh.

Sempat singgah ke Ceramah Dhuha anjuran Nisa’ Putrajaya di Fasa 12, Surau Al-Husna.  Lagi ramai bayi dan kanak-kanak kecil.  Hilang kosentrasi.  Saya bukanlah seorang yang mudah obses dengan bayi atau kanak-kanak kecil sebenarnya, tetapi apabila dihidangkan tiap-tiap hari, memang lembut hati jadinya.  Betullah orang kata, melihat kanak-kanak kecil ini membuatkan kita lembut hati dan kasih kepada mereka.  Okey, simpan kisah tentang kanak-kanak kerana tak ada kena mengena pula dengan topik kuasa.

***
Tapi, ada dua persamaan antara kuasa dan kasih.  Power is seductive, but so is love (pepatah Inggeris)Kedua-duanya saling melengkapi dan memerlukan.  Macam mana?  Saya pun masih belajar, jadi tak dapat nak terang lebih.  Benda-benda falsafah ni ambil masa sedikit.  Renung-renungkan dan selamat beramal.  

p/s:  Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan ni, cepat-cepatlah buat wish list untuk diminta pada bulan Ramadhan…Jangan nanti apabila penghujung Ramadhan, baru rasa menyesal sebab ada benda yang tak diminta dari Allah Yang Maha Memakbulkan.  Nak berdoa jadi kaya tapi tak cinta harta :)-kredit to k.hajar.

Sunday, July 8, 2012

Welcome reality!

So, this is how it looks.  I despise competition but I always being put in that situation.  Whether I like it or not.  There is no more play on the safe side.  I have to take side and face it.

Jadi, langkah pertama ialah membasuh baju pada jam 1 pagi.  This is how I handle the nervous feeling.  Saya akan buat macam-macam kerja yang tak berkaitan sehinggalah ilham datang.  Kalau dahulu it's always about sport competition and examination, now its about working world.  Seharusnya saya duduk bertenang dan membuat persediaan, but I am taking most of my time trying to shake the nervous feeling away.  One way is writing dis entry.  I should get ready!

Seluruh alam, tolong doakan saya...

Tuesday, July 3, 2012

Kuasa doa


Rata-rata sahabat memiliki pelbagai cerita mengenai hari pertama praktikal di FB.  Ada yang bosan, sedih, gembira, ceria, semangat, dan sebagainya.  Saya? Puas hati.  Tapi terlalu awal untuk memberi penilaian.  Tetapi, so far so good. Alhamdulillah… we have been treated nicely by our supervisor.  Sebenarnya, suasana di Putrajaya memang sangat baik dan seperti bersedia untuk menerima pemerintahan Islam yang sebenar.  Permulaan pagi adalah dengan bacaan doa melalui speaker dan didengar di seluruh bangunan perbadanan, iaitu pusat yang mengurus dan mentadbir Putrajaya.  Tersentuh saya sewaktu mengaminkan doa tersebut.  Kakitangan-kakitangannya semua ceria-ceria dan sangat sabar.

Kami tidak diberi tugasan-tugasan admin seperti kisah-kisah stereotaip pelajar-pelajar praktikal macam fotostat, bancuh air, and so onWe are corporate.  Disebabkan hari pertama, I have already expected some freedom will be given.  Nak tahu apa saya buat?  Tak nak tahu pun saya cerita juga.  Becoz I felt different.

Saya diletakkan di bahagian perkhidmatan korporat (komuniti)- 3 orang pelajar UKM di sini.  Tips untuk tak boring hari pertama-melancong di Putrajaya.  Disebabkan pejabat perbadanan berkonsepkan taman dalam pejabat, saya isi masa lapang dengan melepak di taman menghadap Masjid Sultan Mizan sambil mengambil gambar masjid, istana kehakiman, mercu perbadanan dan membaca buku terbaru yang saya beli- Jerusalem di dalam Al-Quran oleh Imran N.Hosein.  Sempat juga meng’snap’ gambar pasangan pengantin yang berposing di hadapan perbadanan. Memang heaven.  Balik ke pejabat, terlihat muka-muka rakan sekerja yang kebosanan.  Waktu lunch, saya makan di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan rakan sekelas.  Pukul 4 baru diberi taklimat dan projek oleh penyelia, Encik Mohamad.

Hari pertama:

(Bawah: Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di belakang Perbadanan Putrajaya)





 (Kiri: Perbadanan Putrajaya bertentangan dengan Istana Kehakiman)











Kami diberi projek baru yang telah dijalankan oleh bahagian perkhidmatan korporat iaitu mengenai MURNInet (Malaysia Urban Indicator Network) pada tahun 2010.  Tugasan pertama ialah buat homework which should be taken as assignment.  Kami diberi kebebasan untuk bergerak ke mana sahaja dengan pengetahuan bertujuan untuk mendapatkan maklumat di any of the library hatta UKM.  Dengan satu syarat, punch card 8 dan 5Second day, saya berpindah ke Presint 9 di Kompleks Kejiranan.  Agak happening tempat ni.  Kami (saya dan rakan) bertemu dengan team UMT 2 orang menjadikan kitorang teammates untuk projek ni.  Berita baik, semua perempuan.  Heaven!  Kami dibenarkan untuk menggunakan facilities di bangunan baru ni.  Internet yang laju, perpustakaan di bawah, foodcourt di seberang , taman permainan, gym dan kolam renang!  Penyelia saya benarkan kitorang untuk berenang di kolam tertutup untuk wanita anytime kitorang nak.  Heaven once more!  Tomorrow I must bring some extra changes.  Memang eksklusif.

(Kompleks Kejiranan, Presint 9)
Hari Kedua:


(atas: Swimming pool  terbuka untuk kanak-kanak
bawah: Swimming pool tertutup untuk wanita)

(atas: Foodcourt Presint 9)

Thus, in order to be grateful with all the privileges that I have got, I will give my best performance sepanjang 2 bulan iniInsyaAllah.   Perlu mencabar diri untuk menguasai statistik dan SPSS which is new to me because in order to complete our project, we have to analyze the data.  Untung ada dua orang pelajar Sains Matematik yang dapat memberi tunjuk ajar.  Satu lagi cabaran ialah perlu turun berhadapan dengan masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya masyarakat kelas menengah untuk membuat soal selidik.  Projek ini memang disediakan khas for our first exposure in completing the thesis.  Tapi disebabkan saya sudah selesai tesis, ini mungkin persediaan jika saya menyambung belajar di peringkat sarjana nanti.  InsyaAllah.  Terima kasih ya Allah…di saat ada yang merungut-rungut penyelia mereka garang, tidak memberi kerja, tidak menegur, perlu berada di pejabat 8-5, kena buat kerja-kerja pejabat, ada yang nak mohon pertukaran tempat praktikal atau bahagian, saya mendapat penyelia yang sangat memahami, open, melayan kami dengan profesional, pembimbing yang baik, bukan sahaja saya mendapat meja sendiri, malah kumpulan kami mendapat pejabat sendiri, dan bebas bergerak.  Totally saya rasa macam masih dalam kuliah.  Cuma bezanya kuliah saya kali ini di Putrajaya dan tugasan kami ialah menyelesaikan satu tajuk assignment yang diberikan sepanjang 2 bulan berada di sini. 

Sungguh, kuasa doa memang sangat BESAR!  Terima kasih ya Allah! Moga perasaan ini berpanjangan sehingga habis tempoh praktikal... Aamiin... Btw, pesanan ringkas dari penaja--> doalah banyak-banyak sempena Nisfu Syaaban ini..insyaAllah dimakbulkan :)

Sunday, July 1, 2012

Janji Allah

Allah s.w.t dalam firmannya telah berjanji bahawa;

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)



Pertama kali saya mendengar ayat ini dari mulut ustazah, saya yakin, kalau kita hendak pasangan kita seorang yang baik, maka kita wajiblah menjadi baik.  Jangan berangan nak pasangan yang baik kalau kita sebaliknya.

Oleh itu, saya berpegang dengan ayat ini dan prinsip, kalau saya hendak seorang suami yang solat lima waktu cukup, maka saya haruslah menjadi orang sebegitu terlebih dahulu.  Kalau saya inginkan yang kerap bangun qiamullail, saya perlu terlebih dahulu menjaga qiam saya.  Kalau saya inginkan yang menjaga pergaulannya, saya perlu terlebih dahulu menjaga batas-batasnya.  Tapi saya tidak minta yang hafal 30 juzuk al-quran sebab saya tahu saya tak mampu nak buat.  Kalau Allah beri, itu adalah nikmat yang besar kepada saya.  Kalau saya inginkan yang hormat orang tuanya, maka saya pun perlu lebih-lebih lagi menghormati orang tua saya.  Saya membesar dengan berpegang kuat kepada janji Allah ini.  Allah tidak meletakkan sesuatu yang kita tidak dapat ubah.  Contoh, kalau kita nak yang hensem rupa paras, kita tidak boleh merubah muka menjadi cantik seperti tafsiran kita.  Kalau kita nak yang berketurunan Syarifah, kita tidak boleh mengubah keturunan kita.  Semua yang Allah letak memudahkan hamba-Nya.  Jadilah baik, dan kamu akan mendapat yang baik juga.  Allah bagi adil.  Jadi, SIKAP boleh diUBAH dan tolong jangan beri alasan.

Oleh itu, kalau saya sudah bersusah-payah menjaga pergaulan, hanya mampu melihat apabila wanita bergaul bebas dengan lelaki, bersenda-gurau tak cukup tempat menyebabkan saya dicop anti-lelaki, syadid, serius, garang, adakah saya perlu mengubahnya?  Tidak, sebab saya lakukan bukan untuk diri sendiri, tapi saya inginkan pasangan saya pun sebegini sebab saya tak sanggup lihat pasangan saya diusik oleh perempuan-perempuan asing, tak sanggup melihat dia bergurau-senda tak cukup tempat dengan perempuan asing.  Kerana nanti, apalah nikmat yang tinggal untuk saya sedangkan saya cuba sedaya-upaya menjaga diri demi Tuhannya dan dia.  

Kalau mendapat sebaliknya?  Itu hanya boleh dikatakan ujian oleh Allah jika setelah diijabkabulkan.  Tapi selagi belum diikat, kita semua masih boleh membuat pilihan.  Kita perlu yakin, jika kita hendak pasangan yang baik, maka kita perlu baik dahulu dan Allah akan beri yang baik.  Kalau kita  tak sanggup melepaskan sedangkan sikapnya langsung tidak mencerminkan kebaikan yang kita hendak kepada pasangan di mana kita sedaya upaya menjadi sebegitu, adakah kita sanggup hidup bergelumang duka dan nestapa dengan sikap tersebut?

Mak pernah cakap semasa mak masih anak dara, mak selalu berdoa selepas solat, mak minta Allah kurniakan seorang suami yang tidak meninggalkan solat (pada zaman tersebut, solat kurang dititikberatkan), kalau suami tersebut tidak menjaga solatnya, mak rela tidak berkahwin seumur hidup.  Doa mak dimakbulkan Allah.  Oleh itu, saya perlu lebih yakin berdoa selepas ini.  Saya tidak kisah kalau pasangan saya kurang serba-serbi harta, pangkat, paras rupa, tapi saya terlalu sensitif dengan bab-bab pergaulan dengan berlainan jantina.  Sangat sensitif sebab saya yakin kalau ada hamba Allah yang mampu menjaganya, kenapa tidak kita?  Apakah kita ni wakil rakyatkah sehingga perkara yang tidak perlu boleh dibualkan dengan berlainan jantina?  Saya memiliki ramai sahabat yang turut sensitif dengan perkara ini sehingga ada di antaranya lebih rela menolak lamaran lelaki-lelaki yang pada pandangan saya baik amalannya, tapi bagi mereka tidak menjaga pergaulan dengan wanita.  Kata salah seorang sahabat saya;

" Saya sedaya upaya menjaga pergaulan, saya tak sanggup terima pasangan yang tidak menjaga.  Sakit hati melihatnya,"

Sedangkan pasangan bukan Islam pun kalau melihat pasangannya bergaul mesra, bersenda gurau dengan orang lain turut makan hati, inikan pula kita umat Islam yang memang Allah perintahkan untuk menundukkan pandangan dan menjaga batas-batas pergaulan.  Kalau anda sanggup menerima pasangan yang terlampau ramah dengan semua orang tanpa mengira batasan, silakan... saya tak sanggup sebab saya cuba membatasinya selagi terdaya kerana saya mahu pasangan saya pun sebegitu.  Fatimah Syarha dalam penulisannya turut melihat kriteria ini dalam pemilihan bakal suaminya membuktikan perkara ini sangat serius sebagai kriteria pasangan tidak kira lelaki ataupun wanita.  Jika seseorang itu tidak baik untuk kita, maka Allah akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar di hadapan dan di belakang kita.  Thus, be brave in making a decision...its about our future... Kalau orang cakap, wanita tidak ada pilihan, saya tidak setuju.  Dalam hidup, sentiasa ada pilihan.  Cuma antara berani dan tidak sahaja untuk menanggung risiko pilihan tersebut.  dan jangan sesekali RAGU kerana JANJI ALLAH itu pasti...

Tribute  buat sahabat-sahabat yang masih mencari pasangan terbaik anda dan juga diri...