Lord Acton- “power tends to corrupt, absolute power corrupt absolutely.”
Seseorang manusia tidak boleh
mengaku beriman selagi mana ia tidak diuji.
Bagi saya, ujian kuasa adalah ujian yang paling besar bagi melihat tahap
iman seseorang. Firaun mengaku dirinya
tuhan kerana memiliki kuasa. Sekarang
Basyar Assad pula mengaku tuhan juga akibat kuasa. Negara kita, pemimpinnya juga begitu, mudah
hilang pedoman apabila mendapat kuasa.
Sebab itulah pilihan raya dilihat sebagai medan untuk merebut kuasa kerana
melalui kuasa tersebut, pelbagai perkara yang mustahil dikecapi berada di dalam
genggaman dalam sekelip mata.
Entri
saya kali ini ditulis bertitik tolak dari pengalaman pertama turun ke tapak
menemui masyarakat Putrajaya bagi membuat kajian mengenai Indeks Kebahagiaan
Penduduk Bandar. Berdasarkan soal
selidik yang diberikan, saya perlu meminta penduduk di kawasan Putrajaya untuk
mengisi dan menilai sejauh mana kebahagiaan mereka. Saya pernah menyebut sebelum ini, the world is my lab. Jadi ini sampel pertama saya. Turun menemui masyarakat bukanlah perkara
yang mudah. Tapi urusan saya
dipermudahkan Allah. Pengalaman rakan
yang bersama saya, sewaktu dia mengetuk pintu, tiba-tiba muncul seorang lelaki
bangsa asing tidak berpakaian di depan
pintu. Kalau mak saya mendengar cerita
ini, betapa risaunya mak saya akan jadi.
Tetapi sebenarnya kami ditemani dengan dua orang kakitangan lelaki dari
Jabatan Perancang. Tapi saya lebih
selesa bergerak seorang kerana lebih laju dan mungkin salah saya sebab tidak
menemani rakan saya. Nasib baik dia
terus lari. Hmm..
Pengalaman
saya pula, saya berjumpa dengan sebuah keluarga yang memang tidak berpuas hati
dengan pengurusan Penghulu kawasan mereka.
Sewaktu saya membuka mulut menyatakan tujuan saya datang adalah bagi
membuat Kajian Indeks Kebahagian Penduduk, terus seorang akak ni berkata dengan
nada tinggi;
“Saya tak bahagia! Memang tak
bahagia!”
Saya meraikan ketidakbahagiaan
dia dengan memintanya menceritakan masalah yang berlaku. Apa lagi, bermulalah sesi bebelan akak ni
ditambah dengan maknya. Mak akak
tersebut sampai mengeluarkan surat-surat bayaran serta membawa saya melihat
keadaan saluran paip jiran. Tapi sebelum
itu, tengah rancak akak tu membebel, mak cik tersebut mendekati saya;
“Adik ni belah mana? UMNO ke?”
Dalam hati saya pecah gelak, tapi
saya sekadar tersenyum dan berkata;
“Saya pelajar mak cik, jadi tak
boleh terlibat dengan benda-benda ni,” Beliau mengangguk-angguk dan meneruskan
luahan.
Macam-macam rungutan yang
diluahkan mengenai Penghulu. Sedikit
sebanyak saya akui kebenaran dan bersimpati dengan mak cik tersebut. Hanya kerana disebabkan perbezaan ideologi,
mereka tidak mendapat bantuan. Apabila
pergi ke Penghulu untuk meminta tandatangan pengesahan, Penghulu tersebut akan
tanya dahulu sama ada mereka UMNO atau tidak.
Kalau cakap tidak mendaftar, beliau akan meminta untuk berdaftar dahulu
sebagai ahli UMNO, barulah beliau akan menandatangani surat tersebut. Selain itu, tanah yang sekangkang kera di
bawah flat tidak dibenarkan ditanam apa-apa pun kecuali dibenarkan oleh
Penghulu. Sejauh mana kebenaran ini saya
tidak pasti, tetapi saya memang menghabiskan masa mendengar luahan hati mak cik
tersebut. Beliau telah tinggal di situ
selama 12 tahun. Kadang-kadang saya
rasa, masyarakat bukan nak sangat wakil rakyat atau ketua memberi setiap apa
yang mereka minta, tetapi cukup sekadar sanggup mendengar luahan hati
mereka. Jadi, saya selaku wakil
menunjukkan keprihatinan perbadanan kepada penduduk Putrajaya dan mendengar
luahan mereka. Inilah kesannya manusia
apabila mempunyai kuasa…
Sepanjang turun ke tapak ni
(sudah 4 hari), kami diberi layanan yang sangat baik dari pihak
perbadanan. Selain daripada mereka
mengirim beberapa pekerja dari bahagian perancang bandar untuk membantu, kami
dibekalkan dengan makan pagi yang dihantar ke tapak oleh pegawai perancang
bandar dan sewaktu makan tengah hari, kami akan diambil dari tapak ke
perbadanan untuk makan bersama pegawai-pegawai yang lain di tingkat 7. Agak eksklusif saya kira layanan sebegini.
Menaiki kenderaan rasmi
perbadanan yang dipandu oleh pekerja perbadanan menambahkan lagi layanan
tersebut. I hate to admit it, but I kind of love this feeling. Oh, tidak~ Kami diberi layanan baik mungkin
juga disebabkan bersama-sama saya ada seorang anak Pengarah Bahagian Lanskap
Perbadanan Putrajaya, seorang anak SB yang berkhidmat di Istana Kehakiman dan
anak pegawai polis. Saya? I am
juz me, too lowly even to be noticed .
Juz joking.
Semasa kami pulang dari tapak
untuk makan tengah hari di perbadanan, kawasan hadapan perbadanan penuh sesak
dengan graduan-graduan IPG yang sedang bergambar. Namun, nampak sahaja kenderaan rasmi
perbadanan, pengawal keselamatan terus mengarahkan semua manusia-manusia yang
menghalang laluan untuk memberi laluan kepada kenderaan kami. Dapat dilihat semua manusia terteleng-teleng
untuk melihat siapakah yang berada di dalam kereta sehingga kereta tersebut
boleh masuk ke laluan orang-orang kehormat sedangkan jalan tersebut ditutup
dari laluan kenderaan luar. Allah,
ampuni saya, tapi timbul rasa best dalam diri.
Astaghfirullah. Takut saya dengan
perasaan sebegini. Ini baru sedikit,
belum lagi menjadi pegawai besar.
Bagaimanalah pak-pak menteri, penghulu, adun-adun tersebut tak takut
jawatan mereka akan ditarik, sebab ini bermakna segala keistimewaan juga akan
hilang. Saya yang belum mempunyai kuasa
tetapi dilayan sedemikian rupa pun rasa macam hebat, inikan pula yang
sememangnya memiliki pangkat dan kedudukan.
***
Sebagai selingan, tidak pernah
saya bertemu dengan ramai kanak-kanak kecil dalam sehari sepanjang hidup
ni. Tetapi di Putrajaya, rata-rata
populasi penduduk masih di tahap awal membina kehidupan. Macam-macam ragam kanak-kanak yang saya
jumpa. Semestinya tak dapat menahan
ketawa dengan keletah mereka. Ada yang
cerdik yang amat.
“Adik tolong bagi dekat mak yer,
minta mak isi, lepas tu letak bawah pintu, nanti akak datang ambil,”
“Baik,”
“Ulang balik apa kakak kata tadi,”
“Minta mak isi, lepas tu letak
bawah pintu,”
“Haa…pandai..”
Semasa datang nak ambil kertas,
mak adik tersebut memberi dua biji buah epal kepada saya dan rakan. Sweetnya….
Ada pula yang sibuk mengusik
sampai nak kena pujuk kalau tidak tak dapat nak berbual dengan mak cik
tersebut. Siapa yang tukang pujuk? Sayalah pula~
Kanak-kanak sekarang cerdik, bagi penjelasan sikit, puji sikit, baru dia
buat apa yang kita suruh.
Sempat singgah ke Ceramah Dhuha
anjuran Nisa’ Putrajaya di Fasa 12, Surau Al-Husna. Lagi ramai bayi dan kanak-kanak kecil. Hilang kosentrasi. Saya bukanlah seorang yang mudah obses dengan
bayi atau kanak-kanak kecil sebenarnya, tetapi apabila dihidangkan tiap-tiap
hari, memang lembut hati jadinya.
Betullah orang kata, melihat kanak-kanak kecil ini membuatkan kita
lembut hati dan kasih kepada mereka.
Okey, simpan kisah tentang kanak-kanak kerana tak ada kena mengena pula
dengan topik kuasa.
***
Tapi, ada dua persamaan antara
kuasa dan kasih. Power is seductive, but so is love (pepatah Inggeris). Kedua-duanya
saling melengkapi dan memerlukan. Macam
mana? Saya pun masih belajar, jadi tak
dapat nak terang lebih. Benda-benda
falsafah ni ambil masa sedikit.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s: Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan
ni, cepat-cepatlah buat wish list
untuk diminta pada bulan Ramadhan…Jangan nanti apabila penghujung Ramadhan,
baru rasa menyesal sebab ada benda yang tak diminta dari Allah Yang Maha
Memakbulkan. Nak berdoa jadi kaya tapi tak cinta harta :)-kredit to k.hajar.
2 comments:
Pengalaman untuk kehidupan. Kehidupan untuk perjuangan.
setuju
Post a Comment