ApaBila saya sedih saya suka letak dekat
blog. ApaBila saya gembira, kurang
cerita dekat blog. Kenapa? Kerana saya rasa, kalau saya sedih, saya tak
nak mengadu dekat manusia, Allah kan ada.
Tapi bila saya letak di blog, manusia membaca juga. Hakikat manusia suka bercerita, jadi daripada
saya bercerita dan mengadu kepada orang, lebih baik saya bercerita di blog. Mungkin sebab apabila meletakkan di blog,
saya bukanlah mengharapkan simpati, tapi mungkin apabila pembaca membaca, ada
perkara baik dan pengajaran yang dapat dikutip dari cerita saya. Itulah yang saya harapkan.
Apabila saya berazam untuk memperbaiki hubungan
dengan Allah apabila memasuki bulan Ramadhan, I know it by heart yang Allah takkan biarkan kata-kata saya kosong
tanpa dibuktikan dan diuji terlebih dahulu.
Jadi saya perlu bersedia mental dan fizikal.
Akhirnya cubaan-cubaan tersebut datang dalam
bentuk:
1i) Saya
kehilangan tag nama praktikal
2ii) Saya
tertinggal kunci bilik dalam bilik sekali dengan cermin mata sewaktu bergegas
nak pergi ke rumah kawan
3iii) Saya
kehilangan tafsir Al-Quran pada malam kedua terawih
Seem like a small thing, but not for me. Saya cenderung untuk terlalu memikirkan
sesuatu perkara sehinggalah saya boleh sakit otak kerananya. I kept
thinking where I left those thing and how to solve the probs yang
menyebabkan saya hilang fokus dan khusyuk.
Sebenarnya dalam saya pening kerana memikirkan perkara di atas ditambah
pening kerana melihat tanpa memakai cermin mata, saya terlupa sepotong ayat:
innalillahiwainnailaihirojiun. Apabila
saya sudah berusaha saya terlupa untuk bertawakal. Dan di saat-saat tawakal itu datang, dengan
serta-merta pertolongan Allah datang.
Bagai terjaga dari mimpi. Selesai
masalah kedua, sekarang tinggal masalah 1.
Masalah 3, saya pinjam Al-Quran. Sekarang malas nak bersedih. Dah tawaf satu masjid mencari-cari Al-Quran
yang tak ketemu. Bagai hilang surat
cinta rasanya. Tapi surat sekarang guna
email, jadi tak mungkin hilang. Tapi
Al-Quran…isk2.
Terbaca sepotong ayat di FB, hati
makin terpujuk… rasa ok buat masa sekarang.
"Apabila Allah mengambil daripada mu apa
yang kamu tidak sangka kehilangannya, akan diberikan kamu apa yang kamu tidak
sangka akan memilikinya." ~Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi.
No comments:
Post a Comment