Hari ni saya nak bawa satu kisah yang penuh pengajaran buat kaum wanita yang cepat panik dan kelam-kabut macam saya ni. Ceritanya bermula pada satu petang pukul 3.30 di Kolej Dato Onn...
'K.Adau (bukan nama sebenar), lesen Ayu dah mati pastu Ayu tak bawa lesen tu, kalau ada roadblock, kita switch tempat k,'
Selepas traffic light di hadapan UKM,...
'Ish, awat kereta depan slow ni?' Saya menjengah ke sebelah kanan. Tiba-tiba terperasan kun berwarna oren.
'ROADBLOCK!' Boleh tak saya nak cakap naluri perempuan sangat kuat? Tapi tetap dengan secara tiba-tiba saya menjadi panik. Dan apabila saya menjadi panik, saya mula kelam-kabut.
'K.Adau, cepat switch tempat, cepat,'
Apa yang terlintas di fikiran saya waktu tu adalah K.Adau akan ganti tempat saya dan proses itu haruslah berlaku di dalam kereta. Saya mula memperlahankan kereta dan bersedia untuk bertukar apabila K.Adau diserang panik apabila saya sudah mula duduk atas beliau. Dengan tak semena-mena dia membuka pintu kereta dan keluar dari kereta.....
(=_=)~~~~ini bukan sebahagian dari plan...
K.Adau keluar ke belakang dan K.Mar yang berada di belakang yang turut panik, keluar menggantikan tempat drebar yang kosong. Saya hanya memandang ke hadapan melihat JPJ yang dah mula tunjuk ke arah kitorang. Ya, bagus sekali...ini bukan sebahagian dari plan~~
Sewaktu menghampiri diorang, saya perlahan-lahan menarik tali pinggang keledar yang sememangnya tidak dipakai sambil berdoa minta diorang tak tahan kitorang. Ya, you wish my dear....you wish. Sorang pak polisi tu meminta kitorang parking di tepi. Hilang selera nak pakai tali piggang keledar.
Prosedur pertama:
Ketuk tingkap...buka tingkap (panik tahap pertama)
Prosedur kedua:
Minta lesen K.Mar...K.Mar pun bagi lesen dia...(panik tahap kedua)
Prosedur tambahan:
"Minta lesen pemandu sebelah...." (panik tahap gaban)
"APAKAH?" Saya dah cuak. Idea2....aaaa...belasah jer la.
"K.Adau, amik purse Ayu kat belakang," Memang serius tak tau nak buat apa kalau buka purse yang sememangnya tak mengandungi lesen.
"Tu, kat depan,"
Dalam hati, "Apa K.Adau ni, tu kan purse dia?" Tapi saya tetap ambil purse tu dan serahkan lesen K.Adau yang bertanda P. Pak polisi tu membelek lesen tersebut sebelum bersuara;
"Dah ada lesen, kenapa pindah tempat tadi?"
Kitorang memang diam habis. Pastu dia macam terperasan sesuatu;
"Mana pelekat P kat kereta ni?"
Memanglah tak ada pelekat P, dah jadi pemandu permanent.
"Ok, boleh pergi..."
Alhamdulillah....pembaca mesti pelik kenapa bila saya serahkan lesen K.Adau, dia tak cakap apa-apa? Adakah kerana dia bersimpati kepada saya sebab begitu terdesak sampai menggunakan lesen orang lain? Adakah kerana dia tertawan dengan kecantikan gambar K.Adau dalam lesen tersebut? Adakah dia sedang dipukau? Adakah dia buta?
Hehe...jawapannya adalah kerana muka saya dan muka K.Adau seiras! Ok, saya tak tau mana dapat idea nak guna lesen K.Adau but dat was totally brilliant of you K.Adau!:) Baru teringat yang muka kitorang sama, sebab tulah pak polisi itu tak perasan. Tapi waktu tu memang saya tunduk habis sebab panik+malu+rasa cam nak menghilangkan diri time tu juga...
Mesti orang akan cakap, bukannya polis tu tahan kereta pun, buat tak tahu sudahlah. Huhu. Pembaca tak tahu, setiap kali roadblock sama ada di Pulau Pinang atau di mana-mana, saya mesti ditahan. Hatta di jalan raya depan kampung pun kena. Adakah diorang ingat saya ni kecil, jadi saya ni tak layak ada lesen? Adakah diorang ingat saya ni kecil, saya ini di bawah umur membawa kereta? Orang perempuan ni tak sama dengan orang lelaki. Kalau dia tak reti bawa kereta, ada lesen kapal terbang pun memang dia takkan bawa kereta tu. Apatah lagi kalau tak ada lesen. Lainlah orang lelaki, tak ada lesen pun boleh memandu dari utara ke selatan. Tapi tak kena tahan pun. Ini tidak adil! Sebab tu saya jadi trauma bila nampak roadblock. Dah set dalam minda, diorang mesti nak tengok lesen saya.
Tapi, alhamdulillah...akhirnya saya berjaya sampai di Ipoh. Kadang-kadang kita cuba untuk tak panik, tapi once kita panik, habislah. Lagi teruk kalau memang jenis kelam-kabut sket atau cepat menggelabah. Memang dah tak ingat dah apa yang sedang dibuat, dah tak peduli orang sekeliling dan rasa cam nak seru;
'Batu belah batu bertangkup, tangkuplah aku, aku malu giler ni,'
Solusinya tidak lain tidak bukan, kita kena melatih diri untuk bertenang di saat-saat kritikal. Tarik nafas dan lepas dulu. Seperti mana seorang ustaz ni selalu kata, 'Buat biasa sudah...'
p/s: Ayu, pi perbaharui lesen nanti...