Sunday, May 15, 2011

Buat pendidik...

Guru yang garang adalah guru yang akan kita ingati dan kita sayangi.  Sebabnya itu menunjukkan keseriusan mereka mendidik kita. Garangnya dia bertempat, hukuman yang diberikan juga terselit pengajaran.  Keikhlasan tidak boleh diukur tapi boleh dirasa.  Kadang-kadang guru tu mengajar tapi tetap kita menjadi kurang ajar.  Tapi ada guru yang mengajar tetapi ajaran yang diberi kekal sepanjang hayat.  Malah mengubah kita menjadi a better person.

Dulu waktu darjah 1, saya ada seorang guru kelas nama Shahrum.  Dengar nama macam lelaki, tetapi perempuan. Garang tak payah cakap. Tambah pula waktu tu dia tengah pregnant. Dia guru yang memberi satu pengajaran yang besar dalam hidup saya sehingga sekarang iaitu antara lelaki dan perempuan perlu ada batas dalam pergaulan.  Kadang-kadang terfikir, apalah salahnya budak darjah 1 bergaul mesra antara lelaki dan perempuan.  Bukankah kita masih kecil?  Tapi bagi dia pendidikan harus bermula dari kecil.  Dulu saya tak nampak pengajaran di sebalik hukuman yang diterima, tapi sekarang saya amat berterima kasih kepada beliau.  Disebabkan rasa malu dan trauma kena hukum, saya terus melabel bahawa kaum lelaki adalah merbahaya dan boleh menyebabkan saya kena hukum dan kena marah. Mentaliti budak darjah 1.

Ganjarannya, saya boleh fokus dalam pelajaran pada masa kawan-kawan saya terjebak dalam kisah cinta monyet sewaktu darjah 6. Dunia saya juga ceria dari tingkatan 1 sehingga 5.  Pada waktu remaja-remaja lain kecewa kerana kecundang dalam dunia percintaan sekolah menengah, saya boleh fokus kepada mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan dan berusrah.  Bukankah besar faedah menjaga ikhtilat?

Saya menceritakan dari ruang lingkup hidup saya, menumpukan kepada betapa pentingnya peranan seorang guru bukan sahaja dari sudut memberi ilmu yang telah digariskan bahkan membina sahsiah pelajar.  Kesabaran memang kena tip-top.  Saya juga nak menyalahkan sistem pendidikan Malaysia yang tidak efisyen dalam pembinaan sahsiah pelajar sehingga menyebabkan peranan ini terbeban ke atas bahu guru.

Kajian di Eropah menunjukkan, prestasi pelajar yang belajar di sekolah yang diasingkan lelaki dan perempuan adalah lebih tinggi berbanding mereka yang belajar di sekolah campuran.  Sebabnya tahap fokus adalah lebih tinggi.  Sebenarnya tak timbul istilah akan jadi jakun atau culture-shock apabila bercampur dalam bidang kerjaya sebabnya dalam keluarga bukankah sudah ada figur lelaki dan perempuan? Kecualilah ada keluarga yang si suami ialah perempuan, si isteri ialah perempuan dan anak-anak pun hanyalah perempuan.  Itu semua hanyalah propaganda nak menggalakkan percampuran antara lelaki dan perempuan.  Saya kira inilah cabaran buat semua pendidik sekarang bagaimana nak membina sahsiah pelajar agar tidak berlaku masalah sosial yang berpunca daripada satu jer masalah. Percampuran lelaki dan perempuan dari peringkat awal tanpa kawalan.

Kalau semua guru sibuk menangani masalah ni, bila masa pula mereka nak mengajar? Hmmm...memang hebat mereka yang menjadi guru.  Tahniah buat semua guru! Anda memang orang yang sabar....(walaupun saya selalu tidur dalam kelas Fizik, guru saya memang seorang yang sabar...)

~tiada kata dapat kuungkapkan untuk menggambarkan besarnya jasa seorang guru, moga Allah merahmatimu....




No comments: