Membaca blog sahabat yang menukilkan warkah buat ibu buat saya teringat yang esok Hari Ibu. Ni first time saya tahu the exact date of Hari Ibu. Tu pun setelah ditayangkan dekat board depan simpang UKM. Setelah 21 tahun 9 bln hidup, baru tahu yang diorang pacak tarikh 8 Mei untuk Hari Ibu. Dan ini juga bermakna bahawa saya tak pernah pun ucap Selamat Hari Ibu kat mak di rumah selama ini. Kejamkan? Adakah ini bermakna saya tak sayangkan mak saya?
Hanya Allah yang tahu betapa saya sayang mak saya. Saya tak peduli kalau orang benci saya asalkan jangan mak saya. Biar dia marah, jangan dia benci. Biar dia berleter, jangan dia pendam. Perkataan yang paling saya takut keluar dari mulut mak saya adalah,
"Mak tak suka."
Kalau buat silap macam mana pun, selagi dia berleter, tu tandanya masih ada kompromi dan ada peluang untuk pujuk. Tapi kalau mak dah keluarkan ayat tu, saya dah tak boleh buat apa-apa. Rasa sedih sangat. But of course ayat tu jarang-jarang keluar. Boleh kira dengan jari.
Sebenarnya point dalam post kali ni bukan nak cerita tentang mak. Tapi nak cerita bahawa tak perlulah meletakkan satu tarikh untuk kita mengingati orang tersayang seperti mana Hari Valentine atau Hari Guru. Sepatutnya sayang itu berpanjangan dan hari-hari diingati dalam doa. Bukankah begitu?
Mungkin ada yang akan kata, "yer la, ko tu tak nak ingat sebab ko tu selalu jer lupa tarikh-tarikh penting camni,"
Ada betul juga. Saya memang failed bab-bab tarikh penting dalam kalendar. Ingat orang lelaki jer camtu? Sebenarnya maskuliniti dan feminiti itu hanyalah satu konstruksi sosial. Jadi tak payah nak melabel cam Barat tu. Pada pandangan saya, leceh kalau nak kena ingat tarikh pastu bagi ucapan dan hadiah segala benda. Bukan saya berlaku tidak adil dekat orang di sekeliling, even hari lahir sendiri pun saya kadang-kadang tak ingat. Allah dah tetapkan tarikh yang paling senang pun terlupa juga, belum lagi yang rumit-rumit. Kadang-kadang, sms sahabat yang mengingatkan. Terima kasih sahabat. Tapi kalau tak ingat pun saya tak kecil hati.
Kadang-kadang takut ada yang berkecil hati sebab saya tak ucap selamat apabila tiba tarikh-tarikh keramat ni. Bulan 1 hari lahir abah, mak sms;
"Ayu, ingat tak hari ni hari apa?"
Sampai begitu sekali. Alah, last-last abah gak yang kena belanja kitorang semua. Kalau tak ingat kan bagus, jimat duit.:P Waktu Hari Ibu yang saya tak ingat tarikh tu, adik saya yang ucap kat mak. Pastu mak telefon saya bagitau yang adik wish Hari Ibu dan beli hadiah buku. Mak terharu. Alahai...orang perempuan ni selalu nak syahdu-syahdu.
Kadang-kadang ada jer yang mengingatkan tarikh-tarikh tu kat saya, tapi saya buat tak tahu saja. Rasa bersalah bila tiba tarikh lahir saya, ada sahabat yang bagi hadiah sedangkan waktu hari lahir diorang saya tak bagi pun apa-apa. Kejamkan?
No offense, sosialisasi sewaktu kecil yang mendidik saya. Tak pernah pun seingat saya sewaktu kecil saya menyambut hari lahir atau hari-hari keramat seperti hari ulangtahun makabah kahwin. Setiap hari adalah hari istimewa saya. Sama ada hari kena rotan, hari pergi sekolah, hari sukan, hari hujan dan hari-hari lain. Setiap hari saya dapat bernafas dan melihat dunia adalah hari istimewa saya. Alhamdulillah...Saya tahu tarikh lahir saya 8.8 pun sebab saya tanya mak saya waktu darjah berapa ntah. Baru mak bagitau dan baru saya tahu setiap orang ada tarikh lahir masing-masing dan tarikh lahir ini merupakan hari istimewa kita. Tapi tetap mak didik kami adik-beradik untuk tak menyambut hari lahir ni. There's nothing to celebrate afterall. Bukan saya sorang jer yang jadi camni, mesti ramai lagi manusia yang berfikiran macam saya.
Jadi tak perlulah meletakkan satu tarikh untuk menyambut insan yang kita sayang. Even tarikh lahir yang diletakkan pun tak perlu diingati. Kita akan sentiasa menuju hari tua pada setiap masa dan detik yang berlalu dalam hidup. Tua dan kematian sentiasa mengintai. Cuma kita jer yang akan ingat perkara ni apabila tiba tarikh lahir. Kalau sayang kat seseorang, ingat dia selalu dalam doa. Biar Allah jer tahu. Allahkan tahu apa yang terbaik untuk kita? Wallahualam~
2 comments:
untuk yg sgt sayang ibu dan setiap hari mengungkapkn kalimah sayang pada ibu, mmg x perlu pacak hari...ttapi utk insan lmah mcm say, prlu ada satu hari utk mngngkapkn kata2 sayang spya ianya lbih istimewa dan punyai mksd yg sgguh mndalam...
pd pndangan akak la, klu kekasih memg akan anggap cmtu, tp klu mak, dia akn anggap retorik jer klu wat cmtu... nnti dia fkir juz ucap sbb hr tu hr ibu, cam kurg bkesan...seorg ibu ni dia lihat sdlm mana syg anaknya mll pbuatan bkn pkataan, klu pkataan dsusuli dgn pbuatan lg dia syang...
Post a Comment