(tukar jadi kampung girl)
Bukan semua orang ada kekuatan untuk berjaga selepas Subuh. Tapi kekuatan itu boleh dibina. Semua tu dikawal oleh minda. Oleh itu, sementara menunggu matahari terbit, terimbau nostalgia sewaktu darjah 4 apabila terhidu bau masakan dari rumah jiran.
Di pekan kecil tempat saya bersekolah dahulu, ada satu warung cucur udang. Pak cik yang berniaga di warung tu sangat baik. Setiap kali waktu rehat sekolah Arab (kini dikenali sebagai KAFA), saya dan kawan-kawan mesti pergi lepak kedai pak cik tu. Penampilan pak cik tu macam ustaz. Dengan ketayap putih dan janggut sejemput memang sejuk jer mata memandang. Even dia hanya peniaga warung tapi pakaiannya kemeja lengan panjang putih dengan seluar slack hitam. Ntah-ntah dia seorang ustaz pencen. Wallahualam. Specialnya warung pak cik ni disebabkan cucur udangnya sangat sedap. Saiz cucur udang sebesar tapak tangan orang lelaki dewasa. Lepas tu ada udang di tengah-tengah. Lagi istimewa apabila kita boleh pula buat permintaan nak udang berapa. Satu keping 30 sen jer.
Menjadi pengunjung setia memang menguntungkan. Kadang-kadang dapat sirap percuma. Kadang-kadang dapat kuah kacang extra. Selalu kalau datang ke warung mesti saya akan ambil kesempatan untuk melihat pak cik menggoreng cucur udang. Laju jer kerja dia buat. Orang dah mahirlah katakan. Maher Zain pun tak mahir macam pak cik tu. Pak cik tu selalu dibantu oleh isterinya.
Tabiat sewaktu saya dan geng berkunjung ke warung atau kedai makan ialah kami akan selalu masuk ke bahagian dapur sebab nak tahu proses pembuatan masakan mereka yang sedap. Kanak-kanakkan memiliki tahap curiosity yang sangat tinggi. Kalau singgah kedai laksa seorang atuk ni, kami mesti pergi ke bahagian dapur. Rahsia kuahnya sedap sebab dia masak kuah dalam buyung. Sebab tu wangi. Kalau nak teh ais yang lemak manis mesti singgah Restoran Bawal. Mesti berdiri sebelah abang yang buat teh ais sebab nak belajar buat teh aisnya yang lemak manis. Memang setakat ni saya belum pernah rasa lagi teh ais yang lemak manis macam restoran tu buat. Tapi, saya tahu rahsianya :P
Waktu naik darjah 5, saya lihat warung selalu tutup. Saya tertanya-tanya. Selidik punya selidik, ada sahabat yang mengatakan pak cik ni sakit. Waktu pulang dari sekolah Arab melalui jalan kampung, ada sahabat yang tunjuk rumah pak cik tersebut. Baru saya tahu, rumah sederhana besar tepi jalan tu rumah pak cik tu. Oleh itu, setiap kali saya melintasi rumah pak cik, saya selalu berharap dapat melihat dia. Nak tahu kondisi sama ada dia betul-betul sakit atau tak. Tapi tak pernah berpeluang sebab saya malu. Dia mesti tak ingat saya.
Sejak hari itu, memang tidak ada lagi cucur udang buatan pak cik tersebut. Dan sejak hari itu saya sudah mula berhenti makan udang. Setiap kali ada udang dalam cucur udang saya akan buang. Even udang besar pun saya tak sentuh sampai sekarang. Saya sendiri tak pasti saya berhenti makan udang adakah disebabkan oleh pak cik tersebut atau kerana sudah jemu sebab selalu makan cucur udang pak cik tu? Its weird how a person can give an impact in your live. Sewaktu saya berhenti sekolah Arab sebab nak tumpukan perhatian pada UPSR, saya lihat rumah sederhana besar tersebut menjadi sunyi. Halaman depan rumah dah tak terjaga. Belakang rumah dah jadi hutan. Tidak ada sebarang kenderaan di hadapan rumah. Ke mana pak cik tersebut pergi? Hidupkah? Matikah? Berpindahkah? Bagi saya sewaktu kecil, berpindah adalah satu perkara yang pelik pernah dilakukan manusia. Saya selalu tertanya-tanya kawan saya yang selalu berpindah-randah, bestkah berpindah? Mereka cakap best. Tapi pada pandangan saya berpindah adalah sesuatu yang sangat menyedihkan sebab kita akan meninggalkan banyak nostalgia yang indah di kawasan tersebut. Saya tak pernah tahu pun perpindahan kadang-kadang perlu dilakukan atas tuntutan-tuntutan semasa.
Apabila kita dah besar dan menjadi dewasa, pelbagai persoalan mengenai tindakan orang dewasa yang pelik-pelik pada pandangan kita sewaktu kecil terjawab. Oleh itu, jadilah orang dewasa yang sejahtera jasmani dan rohaninya. Moga menjadi inspirasi buat mereka yang masih kecil dan meninggalkan kesan yang baik kepada mereka. Its good to know that you can make an impact on somebody’s live.
Sangat menyedihkan persekitaran sekarang tidak mengizinkan kanak-kanak untuk explore dunia masyarakat sekeliling. Pelbagai bahaya menanti. Sangat bahagia menjadi kanak-kanak dahulu. Dunia pada penglihatan saya sangat luas. Sangat-sangat adventure. Adakah generasi akan datang dapat merasainya? Generasi kita yang akan corakkan. So, please do not hesistate. Create the wind of change.
~Vote for a better world to your kids~
2 comments:
ayu, pe cerita pkck tu...? sedey nya...
no idea...he really was a gud guy, may Allah blessed him
Post a Comment