Saturday, May 14, 2011

Dilema wanita...


sebab wanita sekarang tak nak jadi suri rumah:

1) kerja tak bergaji- tak ada duit sendiri nak bershopping sakan
2) kerja 24 jam
3) tak dapat nak pakai baju comel-comel sebab nak wat house chores kang kotor plak
4) tak dapat nak berwangi-wangian sebab nanti masuk dapur melekat bau makanan gak
5) kurang bersosial dengan dunia luar

tapi selaku anak, saya suka kalau mak saya suri rumah sebab:

1) bila balik sekolah ada orang sambut kat rumah
2) ada orang sediakan makanan yang sedap-sedap
3) ada orang temankan buat kerja sekolah
4) ada tempat kita nak bercerita apa-apa yang berlaku kat sekolah (kena cubit dengan cikgu, kena buli, jatuh longkang, dsb)
5) rumah mesti akan bersih dan kemas
6) ada figur orang dewasa yang kita boleh contohi di rumah

Bagaimana pula wanita yang bekerjaya, lepas tu jadi ahli gerakan? Kita suka kalau mak jadi suri rumah, tapi adakah kita (khusus utk wanita) bersedia untuk menjadi suri rumah? Mengorbankan kerjaya, dunia sosial untuk tinggal di rumah dan attend to our kids and husband need? Sebab tu no wonder lelaki akan pilih wanita yang bukan ahli gerakan sebagai pasangan hidup. Eh bukan, pilih ahli gerakan tetapi yang pasif.  Biarlah dia seorang sahaja yang all out dan isteri duduk di rumah didik dan jaga anak-anak.  Ya, mungkin ini hanya pandangan stereotaip.  Hakikatnya mereka bukanlah begitu.  Tapi memang perkara ini yang julung-julung kali dibangkitkan oleh muslimat.  Kalau nak meletakkan saya di tempat orang lelaki untuk berfikir perkara ini, mungkin pandangan saya tetap pandangan seorang wanita, tapi kalau memberi pandangan selaku anak, saya memang nak 'bakal' mak saya suri rumah dan lebih bagus suri rumah yang berPhD. Kata Hassan al-Banna dalam buku Fiqh Siasah, kalau wanita tak dapat nak uruskan keluarga bagaimana dia nak uruskan negara?

Kalau memberi pandangan selaku wanita, saya memang nak bekerjaya dan menjadi ahli aktif gerakan. Bolehlah ini dikatakan dilema wanita sejak zaman-berzaman.  Mungkin kena highlightkan perkataan PENGORBANAN.  Easy said then done. Kalau ada wanita yang boleh seimbangkan antara kerjaya, ahli gerakan, suri rumah memanglah dia seorang supermom. Macam Ustazah Nuridah.  Tapi dia akan menjadi wanita garang sebabnya nak pastikan segalanya teratur bukanlah mudah.  Tambahan pula orang sekeliling kurang memahami.

Post kali ini hanyalah sekadar lontaran, seronok ada mak seorang suri rumah tapi belum tentu kita nak jadi suri rumah...hakikatnya kerjaya ini lebih mulia...untuk membina masyarakat sejahtera perlu bermula dari individu yang sejahtera dan keluarga yang sejahtera.  Sekarang ini keluarga tak sejahtera sebab ibunya sibuk bekerja dan tak sempat nak didik anak-anak.  Sebab apa ibu terpaksa bekerja? Sebab si suami yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga telah gagal berfungsi dengan baik...

4 comments:

Unknown said...

=)

ayu said...

umi pun cmtu kan zizah...tp xper sbb ada abi yg btnggungjwb cmtu...:)

bertamiy said...

salam wbt..

sekali pandang..cm ringan..suri rumah..
dua kali pandang...renung..waa..memang perlu pertimbangan..

~tunggu mr zauj..apapun bnyk yg perlu dipertimbangkan..moga dipermudahkan amin.~

ayu said...

salam...mr zauj...hmm...nice call...:) ~nk jadi suri rumah pun satu jihad juga...